Monday, October 15, 2012

Alpha Lipid Slim Diet 2

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:07:00 AM

Assalamualaikum

Proses penambahan berat badan, pada aku bukanlah satu perkara yang merunsingkan otak. Pada diri aku...normal la keadaan tu. Mungkin kerana aku ni dikategorikan sebagai tinggi, so kalau setakat 60kg tu takde masalah pun. Keadaan ini mungkin sebab berat aku ni mcm yoyo..jadinya ayoyo..sekejap naik sekejap turun. Itu cerita dulu, cerita masa aku berumur dalam lingkungan 20 thn sehingga 29 tahun.

Tapi secara seketika, aku terlupa bahawasanya bila usia mencecah 30an, kadar metabolisme akan semakin menurun. Lagi-lagi pula bila suasana kerja aku yang tidak memerlukan banyak pergerakkan. Keadaan penambahan lemak dalam badan ni semakin ketara bila aku berada dihujung pengajian master-ji aku. Masa tu memang rilek sangat-sangat. Ape nak risau, kelas dah takde, tak perlu nak ulang-alik ke Shah Alam setiap minggu, cuma perlu siapkan projek kat rumah aje. Jadinya berlakulah sindrom makan, tgk tv, tido. Indahnya dunia masa itu kan.

Kawan-kawan opis dh mula tegur.."Jun, hg ni makin bulat la", " Jun, hang punye bontot makin lebar la", tapi aku sengih je. Muka macam takde masalah pun, sebab aku ingat berat aku just cecah 65kg je. Kemuncaknya, bila aku tak boleh nak pakai seluar slack kegemaran aku masa gi konvo awal bulan 5 dulu. Masa tu baru la betul-betul risau. Balik je umah terus aku timbang dan mak oiiiii....berat aku dah cecah 70kg. Nak nangis tak boleh, nak jerit tak boleh. Kalau nak tengok gamba aku masa time gemuk tu boleh baca entri Gemuk ni. Gambar tu masa aku gi bercuti ke Langkawi seminggu sebelum aku konvo.

Jadinya selepas balik konvo tu aku pun berazam untuk turunkan berat badan (azam tahun lepas konon nak turunkan berat badan, tapi rupanya berlaku penambahan berat la pulak). Mula-mula tu aku praktis elakkan makan nasi. Start belajar makan oat. Tapi bila timbang cuma turun 1kg je. Hmm...tak boleh jadi ni.

Last-last satu artikel aku baca dalam Majalah Mingguan Wanita (tak tau keluaran bila) sembang pasal Alpha Lipid Slim Diet II. Huh!...macam menarik. So aku pun bertanya la pakcik Google, dan dihantarnya aku ke blog Kak Hazura Bani Hashim. Baca punya baca, fikir punya fikir, timbang baik buruk, akhirnya aku pun contact la Kak Hazura ni dan start order 4 tin alsd2.


Aku start minum ALSD2 ni hujung bulan 6 dan alhamdulillah sehingga awal bulan 8 iaitu masa nak raya puasa dulu, berat aku turun sebanyak 6 kg. Seluar slack yang dulu sangat sangat ketat sekarang dah boleh dipakai, dan di zip. Hahahaha....

Sekarang aku masih lagi mengamalkan minum ALSD2 ni. Walaupun berat badan ni takde la nak turun mendadak mcm dalam iklan (setiap orang lain tindakbalasnya), tetapi at least sekarang ni aku dah dapat berat yang ideal dengan ketinggian aku. 

Tidak aku nafikan harganya agak mahal berbanding produk lain di pasaran, tetapi iainya berbaloi. Jadi kepada sesiapa diluar sana yang teringin mendapatkan maklumat lanjut mengenai ALSD2 ini dan ingin mencuba, boleh PM saya di email/ym chat: irjune298@yahoo.com hp: 012 5606046


Nota_jari: Picture kredit to Google n Hazura Bani Hashim

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea