Wednesday, October 17, 2012

Jom Masak 2

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:29:00 PM
Assalmualaikum wbt

Dulu masa muda remaja aku gila beli buku novel cinta. Tapi bila dah masuk usia muda belia ni aku gila beli buku masakan la pula. Tapi ironinya, aku ni malas masak melainkan masak merapu. Nasib baiklah bujang lagi so kalau masak merapu  and then ade side effect mcm sakit perut tu so sendiri tanggung la. Kalau dah kawin ada suami and ada anak, tiba2 sbb suka sangat buat experiment masakan ni and ade side effect mesti kuar kat paper Sinar dengan tajuk, " Sekeluarga Cirit Birit Sebab Makan Masakan Eksperimen Ibu". Hahahha...akhbar tabloid kan suka buat tajuk gempak.


Buku "Bukan Sekadar Resepi" tu adalah travelog masakan penulis tersebut. Aku dah try satu resepi beliau iaitu Baklava tapi kurang sedap sbb tak cukup ramuan. Resepi dalam buku "Menu Lengkap 100 Resepi" tu aku tak try lagi. Tengah study mcm mana nak masak resepi2 beliau. OOOO.....nak masak pun kene study gak bukan main hentam keromo aje.

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea