Tuesday, October 30, 2012

Ketam Lembut Kuala Gula

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:27:00 PM
Assalamualaikum wbt

Dah lama tak sembang pasal bab jalan-jalan dan makan-makan. Asyik sembang pasal ALSD2 aje kan. Almaklum la bila dah involved dengan bisnes ni, sekali sekala kena la juga masuk entri pasal susu untuk promosi.

Weekend lepas iaitu pada hari Sabtu iaitu sehari selepas Raya Haji, ape mimpi ntah adik aku si Semail tu nak open table belanja makan seafood untuk kami sekeluarga. Kebetulan raya kali ni adik aku si Jimjim suami isteri pun balik beraya di Perak (famili abang aku je tak balik, gigih cuti 3 hari nak balik Pahang), so ape lagi si Jimjim ni pun request la nak makan ketam lembut Kuala Gula (penangan lepas dia tengok rancangan Jom Terokai Perak yang ade Maria Tunku Sabri tu). 

Perjalanan dr kg aku ke Kuala Gula tu takde la jauh mana pun. Cuma lebih kurang 30 minit je melalui Kuala Kurau. Tapi kalau gerak ikut Semanggol, mau hampir satu jam perjalanan (dah macam nak gi Penang jauhnye). Jadi kenapa perlu ikut jalan jauh kalau boleh lalu short cut nak naik jambatan Kuala Kurau-Kuala Gula kan.

Kuala Gula ni sebenarnya kampung nelayan aje. Keistimewaan tempat ni adalah hutan paya bakaunya masih lagi terpelihara dan menjadi transit persinggahan burung-burung dari Benua Utara yang berpindah ke Benua Selatan.

Kat Kuala Gula ni kami singgah makan kat Kuala Gula Sanctuary Resort. Ini kes tersilap tempat la ni, rancang nak makan kat restoran terapung tapi ter"corner" kat tempat ni la pula. Tapi nasib baik la ade ketam lembut dan makanan dia pun not bad la juga. Sedap. Si Jimjim yang cerewet tu pun habis dia hirup sup sayur dia. Sedap katanya. Nyum nyum.

Nak cerita pun dah takde idea nak susun ayat sebab best sangat, so layan aje la gambar-gambar di bawah.

Aku haruslah ade untuk jadi penyeri papan tanda resort ni.

Nak bercuti pun boleh sbb ade resort kan

Mai la datang melawat Perak

Restoran ni nama dia Restoran Cenderawasih

A part of makanan. Cer cari mana satu ketam lembut

Semangkuk sayur kangkung goreng belacan

Itu la person in charge, Semail yang sudi nak buat open table

Ini pula gambar-gambar pemandangan Kuala Gula

Pemandangan dari Restoran Cenderawasih

Suasana senja di Kuala Gula...ni aku capture guna mode lomo kat hp lumia aje

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea