Assalamualaikum wbt
Membaca tu merupakan salah satu hobi aku malah boleh dikatakan tabiat aku juga la. Berilah ape bahan sekalipun hatta secebis kertas surat khabar atau iklan flyers tu konpem aku akan baca especially time makan. Tabiatkan. Sekarang ni kalau nak membaca dah tak perlu nak gi beli buku kat kedai dah, online je internet, maka beribu-ribu bahan bacaan terpampang di hadapan mata anda. Malahan nak baca paper pun boleh baca secara online. Hebatkan teknologi.
Tapi membaca secara online takde feel mcm kita baca bahan bacaan sebenar. Nak tak nak kita kena gak gi beli bahan bacaan bercetak; surat khabar, novel, buku motivasi dan sebagainya.
Dulu sewaktu muda remaja aku sangat suka membeli novel remaja dan novel-novel cinta. Masa study kat USM dulu, walaupun hidup "berpekin", belanja yang dah tahap ikat perut tapi sempat lagi gi beli novel-novel cinta especially buku terbitan Alaf 21. Masa keje part time pun setiap kali dapat gaji benda pertama yang aku beli adalah novel-novel cinta. Majalah tak payah cakap la kan, kalau dulu dengan majalah Remaja nya, upgrade gi majalah Wanita dan Nona, upgrade gi majalah Cosmo dan Intrend...tapi sekarang aku upgrade lagi dengan majalah Impiana dan Anjung Seri.
Tapi seiring dengan peningkatan usia, kematangan dan pengalaman, sekarang ni aku cuba beli buku berbentuk motivasi diri. Kiranya buku ilmiah la. Buku terbaru yang aku beli adalah bertajuk "Bersyukur Saat Diuji", hasil karya Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim. Prof ni dulu merupakan mantan pensyarah dan Pengarah Kampus UiTM Segamat. Sekarang ni beliau dah berhijrah ke Madinah, mengajar di Universiti Madinah.
Buku ni berkisar mengenai pengalaman beliau dalam menghadapi keadaan ketika diberi ujian oleh Allah. Masya Allah, Subhanallah, Allahuakbar. Banyak betul pengajaran yang aku dapat lepas baca buku ni. Sambil baca buku ni sambil air mata aku megalir mengenangkan kejahilan diri sendiri. Setiap ujian Allah tu bukan sekadar semasa kita susah sahaja tetapi ketika mendapat kesenangan pun adalah satu ujian juga. Allah beri kita ujian adalah untuk menguji keimanan kita, menarik kita kembali ke jalan yang benar dan menyelamatkan kita daripada terus melakukan kesilapan.
Selepas baca buku ni, aku harap ada kawan-kawan kat luar sana tu yang sudi juga baca buku ni. Daripada korang gi baca buku novel cinta yang tangkap leleh tu, baik baca buku travelog ni. Selain dapat pengajaran kita juga mendapat satu pengalaman baru seolah-olah kita turut merasai keadaan seperti penulis rasa.
Akhir kata (dah macam tulis surat la pula), jangan menyesal dan mengeluh ketika diberi ujian daripada Allah. Terima dengan hati yang ikhlas dan berlapang dada. Kita adalah istimewa kerana mendapat ujian daripada Allah SWT.
Wallahualam
0 uncang teh :
Post a Comment