Friday, January 17, 2014

Cerita Dapur Jiran

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:23:00 AM
Assalamualaikum wbt.

Dah lama tak cerita pasal deko dan susunaturkan. Almaklumlah tengah sibuk dengan persiapan nak ubah status ni dan juga kerja-kerja kat pejabat tu, so aku jadi kurang idea nak menaip.

Hari ni nak story pasal dapur lagi. Tapi bukan dapur rumah aku sebab dapur rumah aku tengah tunggang langgang bersepah. Hari ni nak cerita pasal dapur rumah jiran lama aku kat kejiranan yang lama. Yelah....asik tunjuk idea dapur rumah orang muda je...kita tengok pula idea susunatur dapur rumah orang lama. 
Aku suka melepak kat dapur rumah jiran aku ni. Walaupun rumah dia just rumah teres je, tapi rasa selesa je. Dapur dia pun besar. Kalau pergi rumah dia tengok dia masak terasa macam tengok mak aku tengah masak je.
Dapur dia cuma ada kaunter bawah je untuk letak dapur dan juga tempat simpanan barang-barang masak. Takde cerobong penyedut asam macam rumah aku atau rumah orang-orang moden sekarang ni. Masak jenis open air je. Yang paling aku suka adalah almari kecil sebelah dapur tu. Comel la pula aku tengok. Hahahaha...
Aku snap gambar ni jiran aku tak tahu ni. Main snap curi-curi masa jiran aku ke ruang tamu jawab telefon. Masa ni jiran aku baru lepas masak untuk berbuka puasa sunat. So nampak macam sepah la sikit. 
Ini kabinet zaman dolu-dolu ni. Sekarang ni mana ada dah dijual kabinet design macam ni siap ada warna hijau bagai. Kat sini penuh dengan koleksi tupperware dia dan juga mug. Ni sebenarnya koleksi arwah anak perempuan dia. Dia ada cakap kat aku yang ikutkan dia memang takde tempat dah nak menyimpan tapi disebabkan itu adalah antara koleksi kesayangan anak dia, so dia simpan la juga.
Snap gambar curi waktu maghrib macam ni la ropenye. Dah la cuma pakai kamera henpon je. So minta maaf la ye kalau kualiti gambar kurang memuaskan.
Ini bukan keseluruhan ruang dapur aku snap ni. Dapur dia besar sangat. So aku snap untuk ruangan ini ajelah. Sebenarnya dapur dia ni lepas diubahsuai, tukar siling dia. Tu yang rasa sejuk tu. Kalau tak rasa panas la juga. Perlis ni kan antara negeri yang terpanas kat Semenanjung Malaysia ni.

Aku agak la kan, dapur rumah aku pun akan jadi macam dapur rumah ni lagi 10 atau 15 tahun akan datang. Sekarang ni barang sikit je, maklumlah rumah orang muda...bujang lagi (bujang untuk tempoh 2 minggu aje lagi). Nanti esok-esok konpem barang akan bertambah....dengan kuali kawahnye, periuk besarnya, ish...pening pula kepala macam mana nanti nak menyimpan, menyusun dan mengemas. Hahahah.

4 uncang teh :

Fizah said...

waduss penggunaan ruang yg betul2 maksimum! terbaeekkk la jiran awak ni!! :)

~*irjune*~ said...

hahaha....gaya orang lama/orang biasa mengemas. Janji nampak kemas dan selesa dimata diorang.

Linda said...

Barang banyak xpe janji kemas kan...btw, anak perempuan dia meninggal knp Irjune? Sedihh pulak baca...

~*irjune*~ said...

btul tu linda...rumah makcik ni mmg kemas walaupun barang banyak. Arwah anak dia meninggal sebab leukimia bulan 4 tahun lepas. dah hampir setahun la juga.

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea