Friday, January 10, 2014

Jiran

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:27:00 PM
Assalamualaikum wbt.

Hari ni aku nak cerita pasal jiran. Jiran di Perak dan juga jiran di Perlis. Jiran yang sama-sama melihat aku membesar dan juga jiran yang melihat aku pasca membesar. Hahahaha...

Jiran aku di Perak...of course la jiran rumah mak ayah aku kat kampung tu. Pada aku diorang sememangnya jiran yang terbaiklah. Cakaplah rumah jiran mana yang aku tak pernah masuk dan tak pernah melepak makan tengah hari semasa kecil dulu. Semua aku pernah masuk dan lepak. Maklumlah...anak-anak diorang tu adalah kawan sepermainan aku dan kawan mengaji aku masa kecil dulu. Bila dah besar ni, masing-masing dah berpindah membina kehidupan masing-masing. Tapi time raya kalau sempat memang akan berjumpa. Time raya ajela...

Daripada kalangan jiran tu, 2 keluarga jiran aku ni memang yang paling rapat dan kamceng la, sampai memang dah tau perangai kami adik-beradik. Kalau masa aku kecil dulu aku kan sekolah asrama. Kalau tetiba diorang dengar aku bertempek sampai bergegar macam gempa bumi tu, diorang tau la yang aku balik bercuti dari asrama. Aku bertempek tu bukan apa, saje test high note konon-konon nak mengalahkan Ziana Zain time tu, tapi tak menjadi. Hahahaha...Bila dah kamceng tu...kadang-kadang aku dengan slumber badaknya akan menegur dan marah kat anak-anak diorang tu macam aku tegur adik-adik aku. Bannyak kali jugalah aku bertempek/marah/jerit kat anak jiran aku tu kalau nampak diorang tengah main parit atau main hujan. Bukan ape risau kalau-kalau diorang ditimpa bahaya. Malang tak berbaukan. Mak aku tegur juga dengan perangai aku ni yang belasah marah anak-anak jiran macam marah kat adik-adik sendiri. Aku minta maaf juga kat jiran aku pasal tu. Tapi jiran-jiran aku tu cakap bagus juga aku tegur anak-anak diorang tu, sebab kalau diorang yang tegur memang tak makan saman. Hehehe....aku pun macam tu gak...kalau mak aku tegur pun takdenya nak makan saman sangat.

Sekarang anak-anak jiran aku pun dah besar. Aku pun takde nak jerit-jerit dah. Perubahan usia kot. Hahahaha....

Itu cerita jiran kat kampung halaman.

Ini cerita jiran kat Perlis pula. Sebelum aku duduk kat kejiranan yang sekarang ni. Aku pernah duduk di kawasan kejiranan yang lain. Kawasan kejiranan yang pertama ni aku menyewa lebih kurang 2 tahun lebih. Jiran-jiran ok cuma aku tak berapa nak mesra sangat. Mungkin sebab situasi taman tu yang membuatkan aku kurang selesa nak lepak diluar rumah. So kalau balik kerja tu aku terus masuk rumah, kunci, rehat dan esok ulang balik aktiviti yang sama. Kadang-kadang tu bersembang juga dengan jiran sebelah tapi takde la selalu. Time ni kehidupan aku memang amat-amat membosankan.

Lepas tu aku pindah ke rumah makcik aku di kawasan pinggir Kangar. Makcik aku naik pangkat so kena pindah tempat kerja la. Kawasan kejiranan ni memang best. Kawasan dia tepi sawah dan kebetulan pula rumah makcik aku tu end lot dan tepi sawah. Best gila kat sini. Jiran-jiran pelbagai bangsa, ada Cina, Melayu, India dan Siam. Semua baik-baik. 5 tahun aku duduk sini memang sangat selesa. Walaupun aku duduk sorang-sorang aku rasa selamat dan terjaga. Maklumlah jiran-jiran aku semua orang-orang tua sebaya mak ayah aku je. Kat taman ni memang aku rajin lepak kat luar rumah. Layan angin timur sambil sembang-sembang dengan jiran. Rumah makcik aku pun banyak pokok bunga, so bolehlah buat aktiviti siram pokok bunga atau membakar sampah atau makan buah cermai atau buah asam yang tumbuh kat tepi rumah. Hmmm.....rindu pula kat taman ni. Serius...kalau makcik pakcik aku nak jual rumah diorang tu, aku memang sanggup beli. Kedai dekat, selamat dari banjir, pastu geng-geng polis bujang pun ada menyewa kat lorong depan. Rasa selamatkan.

Sekarang ni pindah ke kejiranan baru pula. Pindah sebab dah duduk kat rumah sendiri. So far jiran-jiran semua ok. Cuma belum berkesempatan nak kenal dengan semua jiran sebab masing-masing sibuk kerja. Tapi jiran sebelah rumah memang aku dah kenal la. Ini jiran yang lain-lain tu. Maybe sebab aku still bujang kot, tu pasal masih rasa segan nak bertegur sapa. Yelah....jiran-jiran semuanya umur sebaya aku, so kalau tersilap tegur nanti bermasam muka pula. Bezakan kalau berjiran dengan orang muda dan orang tua. 

Tapi dalam segan nak bertegur sapa tu, rupa-rupanya salah satu jiran aku tu reader blog aku yang tak seberapa ni.Ohhh!!!.....malunya. So...tak bolehlah nak merapu meraban sangat, nanti jiran baca pula. Hahahaha.....

Takpelah...tunggu nanti aku dah official ada husband (tengah menghitung hari je lagi), bolehlah buat kenduri kesyukuran di rumah baru dan jemput semua jiran tetangga. Bolehlah berkenal-kenalan dengan lebih rapat.

Betul tak?

So...ape pula cerita korang pasal jiran korang pula?

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea