Assalamualaikum wbt
Lamakan aku tak update blog. Setahun lebih juga la. Hmm...bukan sengaja tak update, tp secara tetiba semangat nak menaip tu hilang bila aku start peknen anak no 2 dulu. Alhamdulillah pada hari Ahad 9 April 2017 jam 10.06 pagi, aku selamat melahirkan anak kedua aku, seorang puteri seberat 2.8kg secara normal di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. Wah...detailed gitu. Hahahaha
Kami namakan puteri kami NAURAH NAFEESA binti Muhamad Zani
Naurah: Bunga
Nafeesa : Yang amat berharga; berkedudukan tinggi
Nama Naurah dipilih oleh suami aku sejak Cik Umar baru usia 7 bulan. Oleh sebab aku dah deal ngan suami nak bagi dia peluang pilih nama untuk anak kedua, so aku terima cadangan nama Naurah dengan senang hati. Lagi pun maksud pun baik, nama pun rare bila didengar.
Untuk Nafeesa pula aku yang pilih. Ikutkan suami nak letak Naurah je. Tapi aku tak setuju, nak juga ada nama kedua macam nama Umar Hayyan. Jadi gigih la aku memilih nama kedua untuk anak aku ni. Suami pula macam 50-50 je setuju. Mungkin dia ada pilihan nama yang lain kot. Tapi aku suka sangat dgn nama Nafeesa tu. Jadinya aku guna kuasa seorang ibu la utk pemilihan nama kedua anak aku ni. Aku cakap, aku dah penat2 mengandungkan baby selama 9 bulan, so aku juga ada hak nak bg nama untuk puteri kami ni. Akhirnya suami setuju juga...hahahah.
Akhirnya...inilah dia Naurah Nafeesa, sekuntum bunga yang amat berharga untuk ummi, abi dan abang Umar. Semoga Naurah Nafeesa membesar menjadi anak solehah ummi dan abi dan menjadi hamba Allah yang taat serta adik yang baik untuk abang Umar.
Naurah...beberapa jam selepas dilahirkan
Lagi gambar kat hospital
Naurah at home
Naurah at home lagi
Bila Naurah kepala botak
Dagu runcing tu mmg mahal tu
Naurah @ 1 month
Naurah @ 2 month
Naurah @ 3 month
Naurah @ 4 month
Ramai orang kata muka Naurah mcm muka Umar. Hmmm...dah keluar dari perut yang samakan. Hahahha....haruslah ada iras-iras adik ngan abang tu. Tapi yang pasti fesyen rambut Naurah ngan Umar tu memang sama. Hahahaha....
2 uncang teh :
Wah, 9 April, sama besday dengan saya.
Kakak saya nama Nafisah, anaknya nama Naurah...
semua ada connection kat sini, hahaha..
Saya pula nak menunggu masa, bulan 10 ni due..
Doakan saya ya..
Nabila Hasyim....sy doakan semoga dipermudahkan urusan bersalin awk.
Post a Comment