Friday, February 19, 2010

Random Thinking!

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:45:00 PM
Ni salah satu komen dr pelawat kat blog aku untuk entri "Blue is mine". Kalau sesapa yg dah baca komen tu bagus la tapi pada yg tak sempat baca aku copy paste kan kat sini. Kenapa aku gatal jari nak copy paste komen dia ni? Syok sendiri ke? (konpem akan ada yg berkata begitu kan).

Takde la...aku rasa analisis warna biru yg dibuat oleh org ini macam kena je ngan diri aku KECUALI bab memanipulasi org utk kisah cinta aku. Haaaaaaaa......itu aku kureeeeeng bersetuju skit. Sebabnya aku percaya selama aku hidup melebihi umo sambutan jubli perak ni aku tak pernah nak memanipulasi org lain pasal kisah cinta aku yg macam novel tak jadi ni. Hahahhahaha...

..........................................................
Slm ziarah

Biru

Mengungkapkan kesetiaan. Seseorang yang mudah memberikan perhatian kepada orang lain dan mahir berkomunikasi. Cenderung mengubah diri sendiri jika terdapat sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Seorang yang sensitif dan mempunyai naluri yang sangat kuat. dia dapat merasakan jika sesuatu akan terjadi.

Kebaikan mempunyai aura berwarna biru mereka mampu merasakan dan mengetahui apa yang difikirkan orang lain. Mereka ini juga mempunyai ramai kawan kerana mereka mudah disenangi oleh orang lain.

Keburukan mempunyai aura berwarna biru adalah mereka terlalu dramatis apabila ia berkaitan dengan soal cinta dan pandai memanipulasikan orang lain.

ada ke ciri2 d atas tu?


.................................................................

So kepada sape2 yang kenal aku dulu kini dan selamanya.....ada ke ciri2 biru tu kat diri aku?


0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea