Wednesday, August 18, 2010

Ayam Masak Merah Secukup Rasa

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:02:00 AM
Dah lama rasanya aku tak masak dalam erti kata betul-betul nak memasak. Sebelum ni aku cuma masak sup dan sayur goreng campak-campak aje. Jadi, semalam dengan semangat membara aku pun pergi la membeli 2 ketul dada ayam dan 2 ketul drumstict ayam. Niat nak memasak ni pun sebab gara-gara hari isnin lepas aku tak berpuas hati dengan makanan yang dibeli dari pasar ramadhan.

Ok jom kita layan resepi cincai aku kali ni...sangat simple dan sangat sempoi.

Bahan-bahannya (berdasarkan kuantiti yang aku masak untuk aku makan sendiri ye)

2 ketul dada ayam di potong sederhana besar
3-4 ulas bawang merah
2-3 ulas bawang putih
bawang besar dihiris bulat-bulat
sedikit potongan halia
6-7 tangkai cili kering (kalau ada cili blender lagi bagus...)
kulit kayu manis dan bunga lawang
2 sudu besar sos tiram
3-4 sudu besar sos cili
sedikit air asam jawa
santan (jika perlu nak letak untuk kasi lagi lemak)
minyak untuk menumis
garam, gula dan serbuk secukup rasa Maggi

Cara memasaknya:
1. ayam digaul dengan sedikit kunyit dan garam
2. goreng ayam sampai masak tapi jangan sampai garing macam nak buat ayam goreng tu (nak tau ayam tu dah masak bila nampak minyak goreng tu semakin jernih dan ayam sedikit kekuningan)
3. angkat dan tos kan ayam tersebut
4. tumbuk atau blender bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering.
5. tumis bahan yang diblender, kulit kayu manis dan bunga lawang sampai naik bau.
6. Masukkan sos tiram dan sos tomato cili.
7. masukkan ayam yang dah digoreng dan juga air. Biar seketika sampai mendidih.
8. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan secukup rasa. (garam jgn byk sgt sbb sos tiram tu dah masin dan ayam pun dah bergaram)
9. Masukkan santan (semalam aku guna santan kotak je dalam 2-4 sudu besar).
10. Biar mendidih dan pastikan rasa semua dah cukup, tutup api, angkat dan sedia untuk dihidang.
11. Nak lagi wangi, boleh je letak daun sup.


terlupa snap gambar dalam magkuk aku snap terus dari kuali...hahhaha

Nota_jari: nak masak dalam kuantiti banyak korang kena pandai agak kuantiti bahan-bahan yang digunakan. Gunakan instinct korang ye.

2 uncang teh :

Azi said...

ayam masak merah or ayam masak kuning?

~*irjune*~ said...

masuk santan kotak yg sangat maha pekat jadi kaler kuning.....

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea