Sunday, August 29, 2010

Registration For 3rd Series Club

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:41:00 AM
It's my birthday today....hehheh...wish for myself...Happy Birthday Ijun...

Akhirnya....masuk juga ke dalam kelab 3-series ni. Tua? Takdelah...lebih senang aku katakan aku memasuki alam matang. Umur aje meningkat, tetapi aku tetap orang yang sama seperti sebelum ni. Slogan aku senang aje, kita cuma akan menjadi muda hanya sepuluh tahun sekali. Kalau tak percaya, sila terbalikkan nombor 30 menjadi 03...so...muda kan? hahhah (gurau aje).

Tak banyak pencapaian aku sepanjang aku menjalani kehidupan di alam 20-an. Maklumlah, pada aku umur 20-an adalah fasa untuk memulakan kehidupan. Tapi, dalam umur 20-an juga aku banyak belajar mengenai kehidupan sebagai seorang manusia, seorang anak, seorang pekerja dan juga seorang wanita. Kebanyakkan personaliti aku juga terbentuk semasa usia 20-an. Banyak perubahan yang aku alami sepanjang tempoh 10 tahun diusia 20-an. Kalau kawan-kawan sekolah aku tengok keadaan aku sekarang, dibandingkan semasa belajar di sekolah dan mrsm dulu, semua orang terkejut dengan diri aku. Tapi, ciri-ciri brutal aku tetap kekal sampai sekarang. hehheheh...trademark beb...trademark

Perancangan untuk tempoh 10 tahun akan datang....
1. complete master-ji (dah nak pengsan dah ni)
2. beli rumah sendiri (org lain dah beli rumah..aku baru hegeh nak beli)
3. tukar kereta baru...hehhehehe
4. pergi haji
5. plan nak bela anak angkat (kalau still bujang)
6. sambung PhD (kalau masih bersemangat nak belajar).
7. Habiskan hutang PTPTN (tensen bayar hutang ahlong alaf baru ni).
8. Habiskan hutang kereta kancil.
9. Nak melancong puas-puas dalam dan luar negara
10. Nak beli DSLR..
11. Nak beli gadget baru la plak (tengah fikir nak beli apa).

Perancangan panjang-panjang tapi mana perancangan jodoh??? Itu aku tak mampu nak rancang atau nak jawab. Aku serahkan urusan tu pada Allah SWT. Sebagai hambanya, aku akan sentiasa berusaha untuk mencari dan menjadi yang terbaik. Insya Allah.



2 uncang teh :

fie said...

i'll join ur club in a few months. huahuahua.tunggu ye.bila nak g holiday sesama lagi eh?

~*irjune*~ said...

hehhhe..im counting the day of your birthday....takpe....aku setia tggu bila kita berdua akan free

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea