Wednesday, August 18, 2010

Dah Sampai

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:12:00 PM
Yang ditunggu dah sampai....Dah tak tau nak kata apa. Senyum melebar je dari tadi. Menyengeh pun boleh la juga. Seronok sangat.

Hari ni perfume yang aku order online dah sampai. Encik posmen mmg pandai budget masa la. Memang kebetulan aku ada kat main office time tu. Senyum melebar je depan secretary office. On the spot aku buka parcel tu depan kawan aku. Excited sangat sampai jahanam kotak tu aku buka. Tak kisah la...janji jangan jahanam perfume aku dah la.

Sila berkenalan dengan CK Euphoria 100ml. Wah! memang gabak besar kotak dia. Siap ada balut plastik lagi. Beli CK ni pun sbb housemate aku pakai dan bau dia tersangatlah wangi dan manis. Memang menggoda betul Nak beli kat kaunter, ntah bila la boleh aku jengah kaunter CK tu, nasib baik ade jual online. Jimat budget mileage aku. Hahahhaha.....

bau wangi yang sangat manis

Dan satu lagi...Eh!! ada lagi...aku beli 2 sekali gus. Tapi ni aku beli sbb saje nak try bau aje. Tak sangka pula sangat wangi sampai aku tak boleh hidu. Nasib baik beli 30ml aje. Perkenalkan Estee Lauder Beautiful 30ml.

sesuai untuk mereka yang suka bau wangi yang sangat tajam

Tadi sempat sembang-sembang dengan kawan aku and aku cakap, Estee Lauder ni nanti aku nak pakai masa aku dah kawin. Pakai masa time bendera merah. Bau kuat sangat confirm laki aku tak sanggup nak hidu. Kira signature masa datang bulan la ni. Jadi paham-pahama je la ye bang...hahhaha

Giila sasau tu...sekali 2 botol aku beli. Lepas ni nak jadi hantu parfume plak la. Boleh ke?

Nota_jari: Tunggu hadiah dari si pujaan hati yang kononnya nak bagi sempena birthday hujung bulan tapi jangan mengharap la sebab macam takde je hadiah itu nak muncul depan aku hujung bulan ni.



0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea