Tuesday, August 3, 2010

Kini Semua Orang Mampu Cantik

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:21:00 PM
Hujung bulan ni aku dah nak masuk umur siri 3. Kata orang bijak pandai, kecantikan seorang wanita bermula pada usia 30-an. Aku setuju tu sebab pada masa ni secara zahirnya kulit wanita berada pada fasa kulit matang. Pada masa ni lah, keutamaan pada penjagaan kulit yang betul dapat menjadikan kulit wajah lambat berkedut. Hehheheh...

Korang tau kan adik aku, Che Jimah sangat obses dengan penjagaan kesihatan dan kecantikan diri. Tanyalah apa sahaja tentang supplement atau produk untuk kesihatan dan kecantikan, dia boleh bagi pendapat macam dia yang edar produk tu. Tapi kalau korang tanya aku, aku boleh cerita pasal kasut tumit tinggi aje la. Hahahhaha.....

Oleh sebab hujung tahun ni Che Jimah dah nak kahwin, jadinya sekarang ni dia sangat rajin la membelek, membeli dan menggunakan produk yang dia pesan melalui internet. Jangan risau, bukan semua produk yang dijual diinternet ni teruk. Setakat masker muka atau body scrub tu, Insya Allah boleh digunakan. Lagi pula, produk yang dijual online ni pun ada juga dijual di pasaran umum. Oleh sbb itu, aku pun join sekali la memesan dan menggunakan produk yang dibeli dan disyorkan oleh Che Jimah.

Disebabkan serum Nano White aku dah habis, jadi aku pun bersetuju untuk mencuba produk Beautee Ampoule. Ampoule ni macam serum juga. Kalau tengok kat salon (aku tengok kat Plaza Alam Sentral) ampoule ni dijual RM25 untuk sekali guna. Realitinya, ampoule ni boleh digunakan sehingga 4 kali, dengan syarat simpan dalam bekas kedap udara.


Untuk ampoule ni aku beli yang untuk Vitamin C. So lepas ni kalau tengok muka aku cantik gebu tu bukan sebab aku cucuk botox tapi sebab aku guna ampoule vitamin C ni. Aku tak ingat harga satu kotak ampoule ni sebab adik aku yang order (belum bayar pun lagi kat Che Jimah), tapi rasanya dalam harga RM25- RM30 sahaja. So...murahkan.

Sebenarnya, banyak jenis lagi ampoule yang dijual mengikut jenis dan kegunaannya. Disebabkan aku malas nak taip, aku snap aje keratan dari brosur yang terdapat dalam kotak ampoule ni.


Selain ampoule ni, masa jalan-jalan kat Midvalley minggu lepas, aku juga sempat membeli mask keluaran Taiwan yang dijual di outlet Guardian. Kebetulan masa tu tengah promosi, jadinya dapat la harga sekeping mask ni RM3. Kalau biasa confirm harga dia dalam RM6++.


Sebenarnya aku beli 5 keping tapi, sekeping aku dah pakai dah.

Selain tu, jangan lupa pula wet tissue untuk mencuci mekap anda ye.


Inilah antara barang-barang kecantikan yang sempat aku rembat. Aku ni bukannya nak jadi cantik macam Miss Universe atau Miss World tapi bila dah umur meningkat ni aku kena la jaga penampilan luar dalam. Bukan untuk sesiapa pun (mungkin juga untuk bakal suami), tapi lebih kepada kepuasan dan keyakinan diri sendiri.

Nota_jari: Kecantikan adalah hak milik semua insan


0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea