Monday, February 24, 2014

Review: Butik Kahwin

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:44:00 AM
Assalamualaikum wbt.


Hmm...aku tak tau nak letak tajuk entri kali ni as tajuk apa. Sebab entri ni aku nak cerita/review semua perkara yang aku dapat daripada pakej kahwin yang aku sewa.

Aku sewa pakej kahwin ni daripada Butik Kahwin Nur Kaseh. Actually adik aku dulu pun sewa pakej kahwin dari butik ni juga. So sebab aku dah tau hasil kerja butik ni, jadi aku decide nak guna khidmat dari butik ni juga. Alhamdulillah...perkhidmatan dia sangat bagus dan memuaskan hati.

Untuk pakej kahwin ni aku request banyak benda juga la; baju baru, red carpet, mekap nikah dan mekap sanding, pintu gerbang, meja makan, photographer and of course pelamin la kan untuk aksi posing memosing.

Untuk baju pengantin ni aku memang request baju baru. Bukan setakat baju aje yang baru, tapi total semua yang aku dan laki aku pakai masa hari sanding tu adalah baru iaitu termasuk veil, samping dan tengkolok. Kak Jan (owner butik) memang betul-betul berusaha cari warna baby pink yang aku nak tu. Yang lama kat badan aku tu cuma rantai yang laki (wah...tulis perkataan laki je...hilang dah panggilan En.Syg) aku pakai dan juga crown yang aku pakai juga termasuk kasut. Hahahha...maklumlah kasut sendiri kan. Manakala tudung yang aku pakai tu adalah tudung design aku sendiri. Nanti kalau rajin aku buat review pasal tudung pula ok.

Untuk pelamin pula, masa mula-mula booking tu aku just minta pelamin satu panel je bentuk omega. Tapi sebulan dua sebelum kenduri aku tu Kak Jan ada update satu pelamin yang dia ada buat kat satu dewan tu. Aku berkenan sangat kat design tu. Pelamin 3 panel..memang la suit dengan konsep kenduri kat dewan kan. Tapi memandangkan kalau aku request pelamin 3 panel tu nanti kos mungkin meningkat, so aku diamkan aje la. Tetiba Kak Jan offer aku pelamin design 3 panel tu kat aku dengan harga yang sama. Wah....macam orang mengantuk disorongkan bantal. Of course la aku setuju. Sesuai la dengan konsep yang aku nak...English style. Hahahha....(perasan)
Aku snap gambar pelamin ni malam sebelum kenduri. Famili in law pun cakap cantik pelamin ni, sampai diorang nak rasmikan dulu sebelum aku bersanding. Baiklah makcik dan pakcik ku, aku snap aje la gambar tu. See...pelamin aku simple je...takde la grand sangat pun. Sesuai la dengan budget yang keluar dari poket aku. Lagipun pelamin ni just suka-suka je untuk ambil gambar. Lagi satu yang best bila aku request red carpet, Kak Jan siap letak bunga diri kiri kanan sepanjang red carpet tu dari pintu gerbang ke pelamin. Best sangat, sebab bunga kiri kanan tu sebetulnya aku tak request pun, tapi Kak Jan letak. 

Nak letak gambar meja makan aku tak snap la pula. Tunggu kot-kot ada gambar dari OP. Tapi kalau takde aku just nak bagi tau, meja makan pun design dia simple je, tapi aku suka. Maklumlah...aku rasa aku ni manusia simple so tak suka la crowded sangat sampai sakit mata dan kepala otak aku.

Owh...ade ke sesiapa yang berminat nak dapatkan perkhidmatan dari Butik Pengantin Nur Kaseh ni, boleh la pm Kak Jan di Facebook beliau: FB Butik Pengantin Nur Kaseh. Tapi kalau area Bagan Serai tu memang dialu-alukan sangat la. Senang berurusan dengan Kak Jan ni, janji jangan melampau sangat. Yelah...as customer kita memang always right, tapi kena la ada konsep tolak ansur, barulah ada win win situation. Kak Jan nak buat pun senang hati, kita as pelanggan pun akan puas hati juga.

Lokasi Butik Pengantin Nur Kaseh ni adalah di Taman Serai Permai, Matang Gerdu, Bagan Serai, Perak. Dari area Bagan Serai tu ambil simpang ke Kuala Kurau. Lebih kurang 200 meter dari Masjid Matang Gerdu akan ada satu taman perumahan, so itulah Taman Serai Permai. Kalau terlajak sikit akan jumpa Kolej Vokasional Kerian, so itu maknanya korang kena patah balik la kan. Hahahha...

So kepada pengantin budget macam aku yang nak bergaya di hari bersejarah korang tu, boleh la jenguk-jenguk kat butik ni sebab design baju yang ada sangat up to date dan harga pula sangat berpatutan. Serius...ini pendapat aku ye as customer yang dah 2 kali berurusan dengan Kak Jan (1st time masa adik aku kahwin dulu).

2 uncang teh :

Unknown said...

salam..sis.. bolh bgtaw no fon butik nurkaseh x? sy gugel xdpt la.. pls.. :(

Unknown said...

salam.. sis.. bolh btaw no fon butik nur kaseh x? sy gugel x dpt la.. pls.. :(

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea