Thursday, February 13, 2014

Review: Hantaran

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:56:00 AM
Assalamualaikum wbt.

Hola semua....Lama dah tak update blogkan. Kawan-kawan dah request suruh update pasal majlis kahwin aku. Slow-slow ok. Bukan tak nak update cepat-cepat, tapi elok-elok je habis majlis menyambut menantu sebelah Perlis, terus pulun siapkan soalan final exam student pula. Kebetulan pula gambar pun belum dapat dari OP. So untuk update yang akan ada sekarang ni, aku just guna gambar yang ada dalam simpanan aku aje la ek. So kualiti gambar memang kurang la sikit.

Before dah upload entry pasal teaser hantaran. Teaser la sangat. Actually boleh je nampak rupa bentuk hantaran tu. Tapi yelah...mana nak puaskan. So kali ni aku buat entry pasal hantaran itu. Oleh sebab majlis dah berlalu, jadinya semua yang berkaitan pasal hal nikah kahwin aku tu aku cuma buat as review aje la ek.

Warna tema majlis hantaran aku adalah hijau + krim, jadinya untuk hantaran pun aku utamakan warna hijau + krim juga la. Tapi untuk naikkan seri aku gabungkan dengan warna baby pink. Aku just bagi 5 dulang hantaran je dengan satu bekas bunga pahar.

Semua gubahan ni aku buat sendiri beberapa hari sebelum kenduri. Gigih aku jahit bunga riben tu satu-satu. Tapi aku jahit bunga tu masa aku lepak sorang-sorang tengok tv malam-malam je pun. Hantaran aku ni berkonsepkan diy. Aku ambil idea dari sini: filmshotartifact


Ada cerita pasal coklat Ferrero Roche tu. Aku beli satu bekas besar yang konon-kononnya nak dibuat hantaran la. Tapi bila aku tengok coklat tu aku terus jadi teringin nak makan. Makanya tak boleh la nak dibuat hantaran semua coklat dalam bekas tu. Jadinya terpaksa la memerah idea yang tak seberapa ni untuk buat corak seperti yang tertera. Kalau tengok dari tepi memang tak nampak ape motif yang aku buat. Tapi kalau tengok dari atas nampaklah yang sebenarnya corak untuk hantaran coklat tu dalah berkonsepkan bunga/handbouquet.
Dalam banyak-banyak hantaran ni, inilah hantaran yang paling aku suka. Bukan sebab simple tapi sebab hantaran ni adalah hadiah sempena birthday En.Syg pada awal Januari yang lalu. Delay hadiah sebulan sebab nak buat untuk hantaran. 

7 uncang teh :

She's DHHassan said...

kreatif sangat

~*irjune*~ said...

tq She's DHHassan

AMANI JIBRIEL said...

Teringat zaman 4 tahun yg lalu... btw tahniah yer da jd puan... yer puan..

~*irjune*~ said...

tq Amani Jibriel..:D

Rafeah Sapari said...

haa..aku letak kat meja ofis, my ofismate pun cakap ala cutenye..heee..

Rafeah Sapari said...

haa..aku letak kat meja ofis, my ofismate pun cakap ala cutenye..hahaha

~*irjune*~ said...

hahahha...aku pun ada letak 2 pasu kat opis aku yg sepah ni

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea