Thursday, February 13, 2014

Review: Centerpiece

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:52:00 PM
Assalamualaikum wbt.

Bila ayah aku cakap nak buat majlis kenduri kat dewan kampung, aku terus berangan-angan nak deko meja makan tetamu dengan centerpiece. Ni semua jadi lepas rajin sangat tengok blog orang lain yang cerita pasal centerpiece la. Tapi proses nak menyiapkan centerpiece aku ni memang take time juga la. Dalam otak tu macam-macam idea dah keluar tapi tak boleh nak buat cepat-cepat sebab kena sesuaikan dengan budget, saiz dan juga tema. Tapi selepas puas survey dan tengok idea centerpiece dalam internet dan majalah, akhirnya aku dapat siapkan 20 biji centerpiece yang aku diy sendiri. Inilah centerpiece masa kenduri kat Perak hari tu.
Comel tak? Hahahahah.....

Masa nak siapkan centerpiece ni macam-macam idea berlegar-legar dalam kepala otak ni. Nak buat macam tu la, nak buat macam ni la. Nak cari pasu kecil tu pun satu hal juga. Plan awal nak buat dalam cawan kaca kecil la, dalam cawan plastik la...tapi semua tu tak jadi sebab kos. Last-last masa  pergi Daiso kat Queensbay Penang aku jumpa pasu hidroponik kecil tu. Satu plastik ada lima biji harga 5 ringgit. Aku beli 20 biji. Murah kan.
Untuk bunga tu pula aku beli kat Rainbow Arau je. Plan awal tu aku nak buat bunga dari kertas crepe macam bunga pahar aku je. Tapi aku tak rajin nak memotong, melipat dan membentuk kertas tu jadi bunga. Alternatifnya kene cari bunga plastik la jawabnya. Bila masuk kedai Rainbow tu jenuh juga aku tawaf kedai untuk cari bunga yang sesuai. Last-last aku berkenan dengan bunga pink bulat-bulat seperti diatas. Nampak macam bungan pom pom kan. Tapi bunga plastik ni kira mahal juga la. Tapi nak buat camne, hanya bunga tu je yang sesuai dengan tema majlis.

Nak letak bunga dalam pasu tu aku letak span bunga untuk tempat nak cucuk tangkai. Masa nak potong tangkai ni pun...Masya Allah...sampai sakit tangan aku. Dawai bunga ni memang tebal giler. Tapi berjaya juga akhirnya aku potong semua bunga-bunga itu dari tangkai utama.

Bila dah siap cucuk-cucuk tu,  aku tengok pasu aku macam togel aje. So guna aje riben lebihan bunga telur dan bunga riben yang dah siap untuk aku lilit keliling pasu. Lepas tu aku lekat dengan butang yang sebenarnya aku tersilap beli, tapi akhirnya berguna juga. Jadi hasil akhirnya takde la centerpiece aku tu nampak kosong je.

Untuk elakkan bunga aku tu terjatuh dari pasu, aku letak je glue gun kat span dan tangkai bunga tu. Simple kan. Tapi serius, kalau aku rajin sikit survey bunga plastik ni atau rajin melipat kertas crepe tu, aku rasa aku dah boleh jimat kos untuk centerpiece ni. Tapi ape pun, hasil akhir tetap jimat juga. Lepas kira-kira secara kasar, kos untuk centerpiece ni adalah dalam lingkungan RM70 sahaja. 
(picture credit to Rafe)

Tapi selepas kenduri, centerpiece yang tinggal kat aku cuma 3 biji aje. Yang lain-lain orang dah ambil. Kawan aku si Rafe and Yani aku bagi 4 biji. Lepas tu anak-anak jiran aku pula ambil 6 biji. Lepas tu ada lagi yang dah ambil ntah sape sape ntah. Yang tertinggal 3 biji kat aku ni pun nasib aje tertinggal. So boleh la nak buat kenang-kenangan untuk etak kat opis.

2 uncang teh :

She's DHHassan said...

kadang-kadang kita dah plan cantik, tp last minute jadi macam lain kan... tak pe lah, centerpiece y ni pon cantik jugak

~*irjune*~ said...

betul tu She's DHHassan....last2 buat dengan apa yg ade je...

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea