Tuesday, February 25, 2014

Bahana Bila Aku Bercuti Panjang

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:56:00 AM
Assalamualaikum wbt

Bukan tak pernah ambil cuti panjang. Pernah. Tapi selalunya aku akan bercuti panjang bila time cuti semester. Kerja siap, otak pun tak serabut. Tapi untuk tahun 2014 ni, awal-awal tahun dah ambil cuti panjang sebab nak berkahwin. Masa tengah-tengah semester pulak tu...tengah busy. Pitam.

Kesan daripada itu...inilah yang berlaku kat aku....
Ya....kerja aku bertimbun-timbun. Nampak...dah macam tiang roman dah cara susunan dia. Ini baru 2 minggu. Belum lagi tambah dengan cuti honeymoon bagai. Itu pun dah nak nangis tengok kerja yang banyak ni. Boleh pula tu diorang kata aku cuti kejap je. Alahaiiii....kalau tak disebabkan semua kerja ni nak kena setel by the end of Februari....mau sebulan aku ambil cuti kahwin. Pulun puas-puas honeymoon dan honeystar dengan En.Syg. Tapi disebabkan kerja ni adalah amanah, pergi honeymoon dan honeystar tu lambat-lambat pun takde salah pun. 

Alhamdulillah...nasib baik En.Syg pun paham. Sabar ye abg...kasi syg setel hal kerja ni dulu...nanti bila budak-budak dah cuti kita pulun cuti puas-puas. Itupun kalau 'AGONG' mengizinkan. Hahahahaha

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea