Monday, September 29, 2014

Aku Yang Keciwi

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:14:00 PM
Assalamualaikum wbt

Diam tak diam sekarang ni aku dah masuk dalam trimester ketiga dah. Dah tak lama dah nak bertukar status lagi. Tambah tolak darab bahagi...tinggal lagi lebih kurang 11 minggu je lagi. Alahai...itu pun kalau cukup-cukup 40 minggu. Kalau baby ni tak sabar nak keluar lagi awal....maknanya kurang dari 11 minggu je lagi aku nak tunggu hari.

Ok..hari ni aku nak cerita pasal keadaan aku yang makin keciwi ni. Korang tau ke makna keciwi tu ape? Yelah kalau perkataan "kecewa" tu tau la kan yang bermaksud "frust". Ni keciwi ni benatang ape plak kan?

Keciwi ni perkataan Perlis. Kalau orang Perlis konpem tau. Masa mula-mula aku dengar perkataan ni pun aku rasa pelik. Siap gelak-gelak lagi kat kawan aku. Rupanya keciwi ni lebih kurang macam ni la maksudnya (mengikut pemahaman aku la), terlalu seronok dan beria-beria dengan sesuatu perkara, macam terlalu excited la. Ni yang aku paham. Kalau aku silap paham, minta kerjasama orang Perlis buat pembetulan ok.

Sebab apa aku keciwi? Sebab ni lah....
Haaa....persediaan baby la yang membuatkan aku jadi keciwi. Aku start beli kelengkapan baby ni since kandungan nak masuk 6 bulan. Beli ni bukan ape, takut tetiba aku terberanak awal. Jadi beli la apa yang patut in case emergency la kan. Time ni aku tak berapa nak eksited sangat la. Beli...tengok sekali dua...check apa yang patut, lepas tu simpan. Aku pun cakap kat En.Syg yang aku rasa semua kelengkapan ni dah lengkap dah kot.

And then, senyap-senyap aku beli la sehelai dua kelengkapan baby yang lain yang aku rasa perlu dilengkapkan macam towel tu (mula-mula beli sehelai je, tapi bila fikir balik, kene juga beli lagi sehelai sebab kalau basuh ada towel lain nak ganti). Lepas tu jalan-jalan jumpa baju baby murah aku rembat juga sehelai dua. Sehelai dua je ok...lepas tu dengan tekad cukup la beli baju tu.

So bila dah masuk 7 bulan, aku pun keluarkan la semua kelengkapan baby ni, especially baju, lampin dan sebagainya. Nak basuh. Bila aku kira balik...mak oii...baju baby je dah kat 20 pasang yang terdiri daripada pelbagai saiz dan warna, kecuali warna pink. Hahahah....aku memang tak ready baju pink langsung. Masa nak basuh tu aku tengok balik baju-baju baby ni...rasa...alahai comelnya. Kecil je saiznya, warna pun lembut...comei-comei ko.
Ini separuh je ni yang aku baru basuh. Ada lagi yang belum basuh macam napkin dan towel. Baju-baju semua dah basuh.

Walaupun dah 20 pasang baju baby yang aku ada, tapi aku rasa macam tak cukup je. Check balik...rupanya baju saiz newborn tak banyak. Yang banyak aku beli size M. Andaikata la tetiba baby aku lahir saiz kecil, tak ke gelebeh je baju saiz M tu. So senyap-senyap aku plan nak beli baju size newborn pula dalam 2 3 pasang lagi. 

Jadinya, Jumaat lepas aku ajak En.Syg jalan-jalan kat shopping complex konon-konon nak window shopping aje la. Tapi sebenarnya aku nak rembat baju baby lagi. Plan awal nak beli 2 3 helai...akhirnya aku rembat 5 helai, plus dengan extra beli lagi satu bedung dan 2 helai barut untuk baby. Bila balik rumah, En.Syg senyum je kat aku siap perli lagi tu kata aku excited. Tapi nak buat macam mana kan....umur dah lanjut baru nak merasa dapat anak...so excited tu lain macam la sikit. Hahahaha...
Yes...sekarang aku mengaku, aku sangat keciwi. Teruja nak tunggu khalifah baru di muka bumi ni. Tapi aku control diri sebab tak nak terlalu excited sangat, takut-takut kalau sesuatu perkara buruk yang berlaku, aku tak dapat nak terima hakikat pula nanti. So...cool aje la kan. Walaupun kawan-kawan dah bagi warning/tips cakap baju baby jangan beli banyak-banyak...tapi rasa teruja ni membuatkan kadang-kadang aku jadi lupa diri pula. Tapi nasib baik awal-awal aku dah buat checklist, so sikit-sikit dapatlah control diri aku ni. 

p/s: aku kan suka shopping, kalau tak start takpe, tapi kalau dah start memang payah nak stop. Nak nak pula dah lama aku tak shopping since aku peknen ni.

5 uncang teh :

Anonymous said...

Hahaha sama kita. Konon kata dah cukup. Senyap2 beli tambah lagi. Sekarang bila send gambar baby kat husband baby pakai baju yg dia tak beli, dia tanyala mana datang baju ni 😉😉😉😉

Samala along pun langsung x beli kaler pink. Dah lahir ni bnyk pulak hadiah baju kaler pink 😄😄

~*irjune*~ said...

along....kalau baju gegurl lagi la geram nak beli kan.

Anonymous said...

Bj gegurl rambang mata 😄😄😄😄

zuesaran said...

masa aku dulu tade langsung kaler biru atau pink..amik kaler yg 2 jantina bleh pakai sbb sampai lahir aku tatau jantina anak aku...memang sgt best shopping bj baby..sepecially the smells!!

~*irjune*~ said...

zue...skrg ni mcm2 kaler baju baby dah ada. kalau dulu banyak kaler putih...pastu biru ngan pink...skrg ni macam2 ada...kuning, kelabu, hijau, ungu...rambang mata ooo...design tu sama je...tapi nape ntah rasa macam comel je

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea