Minggu depan aku akan bercuti, tak lama cuma 7 hari sahaja tidak termasuk cuti Sabtu Ahad dan Awal Muharram. Aku akan bermula cuti pada hari Rabu iaitu selepas selesai Conference yg skul aku organize.
Tahun ni aku tak sempat nak bercuti dalam erti kata yang sebenar. Walaupun bulan lepas aku ada balik kg sbb dapat cuti sakit sampai 2 minggu sebab kena sakit mata, tapi aku tak enjoy dengan cuti tu sbb aku kena pulun study untuk final exam aku. Kesian mak aku, balik kg tapi tak boleh nak tolong apa2 pun kecuali tolong makan aje.
Jadi pada bulan ni yang bila semua keje dah abis selesai, student pun tengah cuti sem dan kebetulan sepupu aku akan berkahwin pada esok hari dan majlis menyambut menantu pada minggu depan, terpaksa jugak aku menyelitkan borang cuti aku. Kalau tak mmg tak sempat dah sbb hujung bulan 12 sem baru dah start dan aku punya kelas master-ji pun dah nak mula balik untuk 2nd sem.
Jom.....CUTI-CUTI MALAYSIA..
0 uncang teh :
Post a Comment