Sunday, December 6, 2009

Kenduri Sepupu ku

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:44:00 PM


Sabtu 5 Disember 2009..tarikh istimewa buat sepupu aku yang seorang ni. Pada tarikh ni maka hilanglah gelaran "bujang" yang disandang selama 28 tahun. Hehehehe....Tahniah utk sepupu aku, Emy dan isteri Yani.
Aku bertolak dari rumah kat kg pukul 10 pagi bersama-sama adik2. Konon2 nak pecut sampai awal tapi hampir pukul 12 tengah hari gak baru sampai kat Masjid Sungai Lalang, tempat hentian famili mak saudara aku dari Shah Alam. Ingatkan pukul 12.30 tgh hari nak bertolak ke rumah pengantin perempuan di Harvard Saujana, Bedong, Sungai Petani, tapi sampai pukul 1.30 ptg batang hidung sepupu aku pun tak nampak lagi lepas dia bertolak untuk bermekap-mekap.
Lepas solat zuhur baru la sepupu aku tu sampai untuk lead rombongan kami ke rumah pengantin perempuan. Sampai di rumah pengantin perempuan terus kami makan sbb tak ada acara bersanding. Dengan perut yang sememangnya dah bernyanyi lagu keroncong..terus je aku get ready mengambil makanan yang dihidang secara buffet. Lepas makan rombongan pun bertolak untuk pulang. Rombongan makcik aku bergerak untuk meneruskan acara mereka ke Pekan Rabu, Alor Setar..manakala aku dan adik2 terus ke Pulau Pinang untuk meneruskan acara ronggeng kepang kami. Lepas puas meronggeng..pukul 11 lebih baru kami bertolak pulang ke rumah.

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea