Monday, January 4, 2010

Cerita Jodoh

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:43:00 PM
Kalau sembang pasal jodoh ni sampai bila2 pun takkan habis. Lagi2 kalau hal jodoh tu berkaitan dengan diri aku, manusia yang masih lagi bujang trang tang tang tang.

CERITA I
Wak Din aku pernah tanya soklan cepu emas kat aku, "Jun, kamu tanak kawin ke?". Ups!! tersedak aku time tu...nasib baik baju yang tengah aku seterika masih lagi terselamat dari terbakar. Wak Dah aku plak dah sengih2 je menengok gelagat aku. Dengan slumbernya aku pun menjawab, " Wak Din, kalau tanya kat Syikin yg macam tu pun konpem dia nak kawin. Inikan pula manusia normal macam saya ni". Hehehhehe....best dan bernas tak jawapan aku tu.....

CERITA II

Satu hari ketika aku sedang melepak di rumah Wak Dah dan Wak Din aku di Shah Alam, tiba2 Wak Dah datang dan bersembang dengan aku. " Kamu ni bukan sebab takde org yang nak kat kamu, tapi rasanya hati kamu ni dah tertutup untuk lelaki". Erkk!!! tersangkut air liur aku kat tekak. Nak mengiyakan pun rasanya cam tak betul....nak menidakkan plak statement tu rasanya macam ye juga sbb aku pun selain kene reject pernah gak mereject. Loast2 apa yang boleh aku buat ialah berkata," Ntahlah Wak Dah", dan mengeluh perlahan.....

CERITA III

"Mak, Nora tu tak kawin2 lagi ke?. Tu la dulu abg ipar Lokman nak masuk meminang tanak. Last2 abg ipar Lokman tu kawin ngan Cikgu. Haaaa....lagi standard lagi", sembang aku ngan Mak aku kat umah satu masa dulu. " Tu la....dah yang datang elok2 pun tolak. Mak ni kalau igt hg tu lulus SPM dengan keje kilang dah, mak offer je hg kat depa. Ni dah sbb hg keje elok, mesti hg tanak kan". Uik! mak aku ni...ada ati nak offer aku plak. Igt aku ape....tertakluk kepada program Year End Sale (YES) ke. " Huh! aku ni tak kisah sape pun nak jadi calon tapi masalahnya takde sape yang tahan ngan aku, malas arr nak pikir. Dok sorang2 lagi senang...leh buat apa yang aku suka..beli apa yang aku mampu", jawab aku nak cover line."Haaa..tu la pasal, sbb Mak tau hg tu macam mana sbb tu Mak tak kisah pun pasal hg". Ye ke tak kisah.....(musykil)

CERITA IV

"Makcik, nak tanya ni kenapa tiba2 Pakcik suruh saya tanya apa ntah kat Makcik", sembang aku dengan jiran depan rumah sewa aku di Perlis ni. "Hehehhe! Makcik nak cerita pun tak tau nak start yang mana dulu. Jom masuk kita sembang dalam rumah". Aik! pandai pulak jiran aku ni buat suspen. Dah la sebelum tu suami dia buat suspen ala2 Misteri Nusantara, ni turn isteri dia plak yang sambung misteri ni. " Macam ni Jun, makcik nak mintak maaf banyak2 la kalau apa yang makcik nak cakap ni nanti buat Jun marah. Tanya ikhlas ni, Jun dah ada sape2 ke skrg". "Aisey! itu je ke makcik. Ingatkan pasal apa. Haaaaaa!!!!! ni mesti ada yang tanya pasal saya ni kan". Dengan slumbernye aku kuar statement tak reti kontrol diri sambil gelak mengekek depan jiran aku tu. " Macam ni la makcik, saya sekarang ni mmg single lagi. Secara rasminya mmg saya takde sape2 lagi tapi tak tau la kalau kat luar tu ada yang suka kat saya tanpa saya sedar. Sebab saya ni kawan ramai". Huh! best tak ayat aku yang macam sedang perasan tgh ramai peminat. Setelah sembang setakat yang mampu untuk mengetahui siapakah gerangan yang merisik aku tu, akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk tutup topik ni. " Makcik cakap aje la kat kawan Pakcik tu, jangan harap kat saya. Buat masa sekarang saya tak terbuka hati lagi pasal ni. Saya nak belajar dulu". Ikhlas ke aku bg jawapan tu yang mmg kelihatan amat mengecewakan jiran aku tu. Tapi dr kecewakan diri aku baik aku kecewakan dulu harapan org itu.

Sebenarnya, banyak lagi kes spontan yang terjadi pasal jodoh aku ni. Jujur, bukan aku tanak kawin. Aku wanita normal. Ada nafsu..ada perasaan...dan ada akal...mestila sentiasa berdoa supaya bertemu jodoh. Sape yang tanak kene belai dan dibelai oleh manusia halal bernama suami???

Tapi, untuk sampai kepada harapan itu, aku rasa banyak benda yang aku kene consider; perangai aku, keje aku, hidup aku, family aku...bak kata kene consider semuanya pasal aku la. Nampak macam aku tamak dan pentingkan diri sendirikan?

Kadang2 kita kena jadi seorang yang mementingkan diri sendiri untuk mendapat yang terbaik dalam diri kita. Terbaik kat sini bukanlah bermakna semua mesti sempurna. I'm not the perfectionist. Tapi siapa lagi yang mampu nak berikan yang terbaik selain dari diri sendiri. Inilah yang di namakan kenali dan sayangi diri sendiri.

Pengalaman yang mengajar aku supaya menyayanyi diri sendiri sebelum cuba menyayangi diri org lain. Lain org lain caranya. Tapi dengan pengalaman aku yang sedikit itu cukup mengajar aku erti menghargai diri sendiri, dan itulah yang sedang aku lakukan sekarang ni.

Nak cari calon suami ni bukan seperti senangnya nak beli baju kat pasaraya. Jumpa baju yang berkenan, fitting, ambil dan bayar dan selepas beberapa lama di pakai baju lusuh dan terus buang atau beri pada org lain. Kalaulah semudah itu..alangkah bahagianya hidup aku. Tapi aku nak cari seorang calon suami yang boleh sayang aku selamanya...jaga aku selamanya...terima aku masa aku susah dan senang...dan kekal sehingga ke akhir hayat. Tapi sampai sekarang aku tak jumpa lagi yang betul boleh terima aku seadanya.

Kawan2 aku yang dah kawin byk bagi nasihat yg streotaip kat aku,"Jangan memilih". Aku rasa selagi semua org yg aku kenal bg nasihat macam tu, selama itulah aku akan macam ni. Diorang boleh la cakap macam tu sbb diorang tu dah kawin...dapat laki yg ensem, ada kerjaya dan ekonomi dah ok. Cuba kalau tak kawin lagi...atau jenis yang dah bergolak rumah tangga tu, confirm la mesti suh aku cari laki yg btul2 sesuai dengan aku. Kepada kawan2 sekalian yang dah kawin, kalau aku ni jenis tak memilih dah lama aku sambar laki korang tu. Tapi sbb aku ni memilih la aku masih tau apa yang terbaik untuk diri aku. Suami org...minta di jauhkan. Aku tau apa rasanya bila hak kita di ganggu.

Sebenarnya selama aku bernyawa ni byk dah spesis lelaki (mostly jantan la) yang aku kenal dan aku jumpa. Ada yang ok dan ada yang tak ok. Walaupun ada yang ok, tapi diorang semua tu cuma jadi kawan aku je...not more than that. Yang tak ok plak....hmmm....semua nak tunjuk bagus depan aku. Sori la beb....aku mmg geli skit dengan jantan yang cuba nak tunjuk bagus kat aku. Itu memang ntah apa2 punya manusia tu. Kalau umo aku baru 19 maybe aku percaya la sbb siapalah aku masa tu. Tapi skrg umo aku dah nak masuk 30 dah...dah nak monopous dah pun, so tak payah la korang nak tunjuk bagus depan aku kalau korang setakat ada habuk ngan daki aje.

Dalam umo aku yang semakin nak monopous ni aku jadi semakin berhati2 la plak. Ye la dalam umo skrg ni mostly akan igt aku ni wanita yang desprate nak kawin sbb takut jadi andartu a.k.a andalusia. Jantan2 yang macam tu ada 2 jenis je yg nak kenal aku, sama ada nak body aku (takde la mantap tapi dah body anak dara kan) atau nak duit aku (sbb aku dah stabil kan, lagi2 keje gomen). Ada lagi jahanam tu nak 2 2 sekali. Pergh!!!! apa macam ini sudah melampau la. So sbb tu aku jadi sooooooo carefull skrg ni. Tapi kalau dah takdir dan dah nak jadi walau dah berwaspada aku tak leh nak buat apa la...itu semua keje Allah.

OK...awal2 tadi aku dah mention yg apa yang aku consider skrg is about my life and myself. Selama aku jumpa jantan2 ni banyak yang nak aku berubah. Berubah dari segi apa pun aku tak paham. So banyak yang cakap kat aku, kalau nak ada org suka kat aku kene berubah. Hampehh tak ayat tu. Ayat diorang tu macam ayat org yg melawan takdir tuhan dan sama macam ayat "nak dapat no 1 kene la belajar btul2". So belajar btul2 tu macam mana? Ada org yang jenis main game tapi otak power tetap pandai gak. Ada yang dah memang otak lembab tapi pulun belajar tetap tak dapat no 1 jugak. Ini semua takdir tau. Kalau tuhan tak izin, semua ni takkan berlaku. Pada aku, kalau nak aku berubah kena la bg guideline...baru btul. Sama juga macam belajar, nak pandai cikgu tu kene bg guideline la baru budak tau apa yang perlu di buat.

Satu lagi pasal bab berubah tu, apa yang diorang nak aku ubah pun aku tak paham. Pada aku kalau suh ubah perangai...aku rasa perangai aku takde la teruk sangat. Kalau teruk dah lama aku kene marah ngan mak ayah aku. Adakah sbb aku suka tunjuk penumbuk diorang nak suh aku ubah. Alaaa....itu benda remeh la tu. Apa lagi yang aku nak kena ubah...takkan nak suh aku ubah skin colour aku kot...itu dah melawan kuasa tuhan....takkan nak suh ubah bau kentut kot...melampau...so apa yg sepatutnya aku ubah. Kawan-kawan sila beritahu ye....

Bila aku jumpa aje jantan yang byk komen suh aku ubah itu ini...maksudnya bye bye aje la. Ko nak tengok yang baik dan cantik aje...nnt kalau dah kawin baru ko jumpa buruk aku lepas tu ko nak blah ke??? Pada aku la kan...kalau org tu dapat terima kekurangan kita, maksudnya dia akan jumpa kelebihan kita juga. Tapi sekarang ni takde pun nak jumpa kekurangan aku. Aku bukanlah jenis yang hipokrit dan control ayu. Aku adalah aku...sape2 yang kenal aku tau la aku ni macam mana. hipokrit dan control ayu ni takde dalam kamus hidup aku la.


Let say kalau aku berubah supaya menjadi ayu sblm diorang setuju nak sunting aku jadi isteri diorang...adakah diorang boleh terima bau kentut aku yang busuk...adakah diorang boleh terima cara tidur aku yang sangat lasak sehingga boleh menjadi seperti steamroll apabila aku berada dalam keadaan yang terlalu letih, adakah diorang boleh terima jerawat aku saat aku nak datang haid, terima aku saat aku terpaksa sendawa ala bunyi Cameron Diaz yang sangat kuat, atau paling koman, adakah diorang boleh terima aku saat aku serabai masa bangun tido dengan air liur meleleh di tepi mulut???

Rasional la skit...aku boleh ubah semua pasal bab perangai aku yang garang ni tapi aku tak leh ubah bau kentut aku. Itu fakta. Jadi tolong la jgn kuar statement " Jangan memilih" dan statement " Berubah".

So, skrg ni benda remeh ni la yang buat aku stuck dalam hal mencari jodoh. Prinsip aku dalam mencari calon suami ni ialah, otak dan hati mesti setuju. Kalau salah satu tak setuju, minta maaf la sbb aku terpaksa say bye bye bye.

Jadi apa kesimpulan yang aku boleh buat....aku tak tutup hati aku cuma aku tawar hati je ngan semua ni sbb selama ni aku byk jumpa jantan dan masih belum jumpa seorang manusia yang bernama LELAKI. jadi di sebabkan semua tu aku kunci sekejap hati aku sbb aku percaya hanya manusia yang bernama LELAKI sahaja yang akan berjaya jumpa kunci tersebut untuk buka pintu hati aku.

Nota_jari:
  • Wak Din dan Wak Dah tu adalah mak dan ayah sedara aku.
  • Makcik dan Pakcik tu adalah jiran depan umah aku kat Perlis ni.
  • Nora tu adalah kawan sepermainan aku.
  • Mak tu adalah mak aku.
  • Syikin itu adalah sepupu aku dari kalangan kanak-kanak istimewa.
  • Semua situasi adalah betul sbb semuanya pernah terjadi kecuali dialog aje mungkin berubah mengikut tahap ingatan otak aku.

5 uncang teh :

jijah montel said...

fuuuhhh.. panjang siot..

gini babe.. pasal jodoh ni memang kena memilih sebenarnya... yang cakap ko memilih tu sbb diorang tak tau nak bagi nasihat apa kat ko.. kena la pilih.. mcm ko ckp tu.. even beli baju pun kita nak pilih yang cantik dan sepadan dgn kita kan? inikan pulakla orang yang kita nak berkongsi hidup.. takleh la suka² jek pilih kan.. nanti duka.. kalau kain baju boleh la kita nak return and mintak refund.. tu pun kadang² jek boleh.. ni kan pulak la manusia..

nape mesti berubah untuk orang lain? terimalah pasangan kita seadanya.. yang buruk pun kena terima la jugak.. dah namanya cinta kan? tak cinta sejati la kalau nak kena ubah².. ok, konsep berubah untuk kebaikan penting jugak tapi tepuk dada tanya selera lah kan.. sendiri mau ingat...

jodoh maut ditangan tuhan, semua orang pun tau.. tapi usaha mesti.. wajib.. tadek usaha tadek la hasil.. tapi kerja tuhan.. tuhan tanak bagi.. kita redha.. mesti ada ganjaran kan..

tapi kan jun.. mulut orang memang gitu.. nak buat modal sembang katanya.. kalau belum kawin, ditanya bila nak kawin.. dah kawin nanti, ditanya pulak bila nak ada anak.. biasala tu...

insyaallah.. ada jodoh engko.. tuhan dah standbykan.. tapi masa tak smpi lagi... tak di dunia.. di akhirat pasti...

phewwwwhhh.. panjang nye aku ngomel..

shida said...

mak aii.. panjangnya si IRjune ni membebel...
tp ada kebenarannya jugak...

~*irjune*~ said...

cik jijah....
perghh!!!..ko nye komen pun panjang gak mengalahkan entri aku.
aku setuju dengan ko nye statement. memilih itu perlu. hehehhe...aku suke aku suke aku suke...ngan statement ko.

~*irjune*~ said...

shida...itu realiti. hg pun kena sedar gak...bila hg kahwin dan ada anak bukan bermaksud itu kemuncak kebahagiaan hg. perkahwinan tu adalah permulaan satu kehidupan antara derita dan bahagia.

shida said...

irjune...
ya betul kata2 mu...
bermulanya sebuah episod dlm hidup...

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea