Entah mengapa aku menjadi sangat sedih kebelakangan ni. Rasa ingin menangis tapi walau mata aku ni mengeluarkan air mata, namun tiada kepuasan di dalamnya. Sehinggalah aku tersedar bahawasanya selama ini hanya mata aku yang menangis tetapi bukan hati aku yang menangis, walau sebenarnya hati yang terasa teramat sebak sekali.
Aku ingin menangis dari hati. Mengeluarkan semua dan segala kesedihan yang bersarang di dalamnya. Mengurangkan semua kepedihan akibat hirisan luka yang tidak pernah sembuh. Memberikan ketenangan walaupun sedetik cuma.
Hati, menangislah dikau. Agar ringan segala beban duka selama ini. Sungguh, aku tak mampu nak menampung beban ini lagi.
Tolonglah hati. Aku merayu...menangislah dikau. Temanilah mata yang tak mampu melihat kesengsaraan ini. Lupakanlah seketika janji mu untuk tidak mahu menangis lagi. Tolonglah hati...
Tapi apa yang mampu aku katakan....aku hanya akan menangis sendiri....dan dengan sendiri juga aku memujuk hati ini. Mulia sungguh wahai engkau hatiku.
0 uncang teh :
Post a Comment