Kenapa aku kerja gomen???
Korang pernah terpikir tak kenapa korang boleh keje kat tempat korang keje sekarang. Tak kisah la korang ni keje gomen ke atau swasta ke atau keje sendiri ke atau tak keje langsung. Aku pernah terpikir gak kenapa aku boleh terlontar dan terlantar jauh di negeri Perlis ni (jauh ke Perlis dengan Perak), sedangkan aku tak pernah bermimpi pun yang aku akan merantau menjadi anak dagang di negeri sempadan Siam ni.
Jujurnya, aku memang tak pernah berangan nak kerja dengan gomen ni. Bukan setakat berangan, keje gomen ni memang tak ada dalam list kompeni yang aku nak minta keje masa tu. Impian aku nak keje swasta...sebab macam yang korang tau keje gomen ni faedahnya, antaranya cuti yang banyak dan keje yang boleh dikatakan tak banyak dan tak juga langsung takde keje. Jadi itulah yang aku nak elakkan sbb aku nak keje dengan keje yang boleh buat aku lupa bahawasanya aku ada kehidupan lain. Senang cakap impian aku nak jadi workaholic woman.
Habis belajar aku hantar banyak surat minta keje. Sumber...of course la paper The Star yang menjadi pilihan rujukan selain dari internet dan Jobstreet. Masa tu impian aku nak keje area2 KL la kononnya, sbb sepanjang masa aku belajar dari sekolah asrama sampai U...dunia aku hanyalah di utara tanah air. Dah naik bosan dah aku tengok highway ke utara ni. Jadi aku plan nak gi belah selatan pulak.
Ayah aku suruh aku jadi cikgu lepas habis belajar tapi aku taknak. Aku tak minat. Jiwa aku bukan untuk mengajar. Jiwa aku nak bebas. Sebab tu sebulan lepas habis belajar aku selamber badak je minta keje jadi pembantu kedai buku kat tempat aku. Setahun beb aku keje kat sini. Soooooo...enjoy. Aku buat kedai tu macam aku yang punya walaupun bos ade kat tepi aku. Suka suki je aku marah ngan maki customer yang kurang ajar. Hahahahahaaha...
Lepas tu kawan aku simpati dengan aku. Dia pujuk aku minta keje kat tempat keje aku sekarang ni. Oh! tidak Oh! tidak...jiwa aku bukan untuk mengajar. Banyak kali aku elak tapi akhirnya kawan aku paksa juga aku apply keje kat sini. Demi sebuah persahabatan yang dah terjalin dari sekolah tadika..aku pun dengan berat hatinya apply la juga keje sini...keje gomen tu.
Tak lama lepas tu, akhirnya aku dapat surat panggilan untuk menghadiri sesi temuduga. Orang yang paling happy mestila kawan aku dan famili aku. Masa tu aku dah bawa diri ke Shah Alam untuk mencuba nasib kat sana. Atas titah perintah ayah aku, aku pun balik kampung dan memaksa diri untuk menghadiri temuduga tersebut.
Sebahagian daripada opismate aku
Sebelum sesi temuduga bermula, aku sempat berjumpa dengan x-classmate aku masa kat U dulu yang terlebih dulu bekerja di sini. Dari dia la aku tau yang sebenarnya dialah yang menghantar surat application aku ke Bahagian Sumber Manusia kat sini. Oh! yeke...tak tau la plak.Tapi tak pe sebab lepas tu aku pun tau.
Masa sesi temuduga, depan aku ada 5 orang panel. Gabra jangan cakap la. Macam nak luruh jantung ni. Orang pangkat tinggi beb yang temuduga aku. Tapi sebab dalam otak ingat aku confirm tak dapat keje ni so aku pun jawab la semua soalan tu semata2 untuk pertahankan pendapat aku. Prinsip aku, kalau nak kalah biar kalah bermaruah. Walau kita tak suka tapi jangan undur ke belakang. Lawan. Jadi aku pun aplikasikan ape yang telah aku belajar selama ni dan selama aku terlibat dengan aktiviti ditemuduga ini dengan berkesan. Aku ni jenis tak pikir panjang bila membuat tindakan. Lepas bertindak baru la terpikir betul atau tidak cara aku tu. Sama la macam masa aku kena temuduga ni...bila panel tanya soalan, tak sampai 2 minit aku dah jawab. Setiap soalan ada aje jawapan spontan dalam kepala otak aku ni. Sampai salah sorang panel tanya aku, "Junaidah, are u debater". Hahahahah...mati hidup semula aku bukanlah debater dan tak pernah masuk list calon debater pun.
Lebih kurang 2 bulan lepas temuduga tu akhirnya aku berjaya. Diulang...aku BERJAYA. Hah! betul ke aku lulus temuduga yang macam hampeh aje tu. Masa tu perasaan 50-50 je nak kerja kat Perlis ni. Almaklumlah...5 bulan aku enjoy idup kat Shah Alam. Sekarang nak kena pindah Perlis yang...alahai memang jauh beza dengan Shah Alam tu.Tak heaven langsung hidup kat Perlis ni. Shopping complex pun takde. Manusia yang paling gembira tentulah famili aku, makcik2 pakcik2 aku, serta kawan2 aku yang dah berusaha bantu aku hantar application form.
manusia merangkap kawan aku yang pujuk aku minta keje kat sini
Dan akhirnya, disinilah aku...anak perantau seorang diri di bumi Perlis ni. Tahun ni dah hampir 5 tahun aku bergelar kakitangan gomen.Walaupun satu masa dahulu aku amat elak nak keje gomen dan amat tak suka nak mengajar tapi akhirnya inilah dunia dan rezeki aku. Kawan2 aku yang keje swasta pakat2 tanya macam mana aku boleh masuk keje gomen. Aku jawab,"Inilah rezeki dapat keje lambat". Terus hangin aje diorang. Hahahahhaha...
konon2 macam berdedikasi sangat ler aku ni
Moral of the story:
1. Kadang2 kita cuba elak satu perkara tu sedangkan itulah yang terbaik untuk diri dan hidup kita.
2. Minat dan kemahiran boleh dipupuk, yang penting kesungguhan bekerja.
3. Walau kita tak suka dengan sesuatu perkara, tapi janganlah kita memandang remeh aje perkara tersebut. Semua itu adalah amanah, jadi kena lakukan yang terbaik.
4. Tak semestinya yang cepat dapat tu terbaik dan tak semestinya yang lambat dapat tu hanya mendapat saki baki. Last2 aku yang dapat keje lambat ni dapat yang terbaik berbanding kawan2 aku. (Maklumlah..keje gomen).
Persoalan:
Haruskah aku beri peluang kepada orang itu untuk mengenali aku? Walaupun sebenarnya aku mcm malas nak kenal org itu.
1 uncang teh :
hahahaa...gomen ke swasta ke..ada pro n cons nye..hihhii..janji kita ada kerja..dan kerja dgn gembira..suma keja ada tekanan..dan, bergantung pada kita cana nak hadapi tekanan tu..keja gomen tekanannya lain..keja swasta lain..so..apa yg pentin???? BERSYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA DI BERI TENAGA UTK TERUS BEKERJA...
Post a Comment