Friday, July 30, 2010

Skandal Strawberi Kering

masa minum teh ~*irjune*~ pada 7:00:00 PM 2 uncang teh
Horror tak tajuk tu? Hahahha...Ntah ape-ape je tajuk entri ni kan. Strawberi pun boleh nak jadi skandal.

Sebenarnya semalam baru je dapat souvenir (sebenarnya aku yang pesan suruh beli) 2 pek strawberi kering dari "kawan" aku. Kawan???....kenapa ada quote plak kan? Hehehhe..interpret sendiri la keadaan kawan tu.

Jadi apa masalahnye? Strawberi kering...makan aje la kan. Ape yang boleh jadi skandal pulak?

Apa yang menyebabkan terjadinya skandal tu adalah tentang bentuk pek strawberi itu. Menarik tapi menyebabkan aku memerah otak juga la sambil makan strawberi tu. Dah la bentuk tu menarik...tapi mahal pulak harga dia. 150gm pun sampai RM5.00. Tahun lepas pesan kat anak jiran aku 150gm cuma RM3.50 je, bekas pek yang bentuk 4 segi tu.

Jadi korang tolong bagi idea...kalau dia cuma seorang kawan, dia akan beli pek strawberi berbentuk empat segi aje yang sah-sah harga tu murah la sikit. Tapi....pek strawberi yang dia beli adalah berbentuk.......



Nampak tak...pek strawberi ni bentuk hati. Beli dua pula tu. Tak macam skandal ke?

Nota_jari: alamak vacation next week tak jadi la pula. sedihnye T__T

Wednesday, July 28, 2010

Mega Sales

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:51:00 PM 3 uncang teh
Sabtu minggu lepas, bermula la rutin aku untuk semester ketiga...berulang-alik antara Kangar-Shah Alam semata-mata untuk melengkapkan sesi mengaji master-ji aku. Diam tak diam...dah setahun aku menjadi tua dalam bas Shamisha. Tiap-tiap minggu asyik kene wap dengan aircond aje...habis la keanjalan kulit muka aku. Hehhehhe...


Sekarang ni kan dah penghujung bulan 7 dan minggu depan dah nak masuk bulan 8 dah. Selalunya time-time camni ada Mega Sales. Kalau takde mega pun mesti ada sales punya la especially kat Sogo tu. Lagi-lagi plak bila member-member kat KL ngan Che Jimah pun dok cakap ada sales, seronok gak nak buat window shopping ni.

Disebabkan minggu lepas baru 1st week kuliah, jadi takde la banyak keje lagi, aku pun buat plan dengan Che Jimah nak gi window shopping. Plan asal nak gi Sogo aje. Tapi sebab Sogo tu selalu buat sales dan aku pun selalu gak menapak gi Sogo tu, kami buat plan nak gi Midvalley aje. Selalu aku gi Midvalley dari arah Shah Alam, jadinya bila nak gi dari arah KL, aku cakap kat Che Jimah, gamble aje la..Maklumlah sebelum ni driver a.k.a tunang Che Jimah  yang drive, so kali ni kami berdua pula nak pegi, jadi harung aje la jalan tu. Tapi last-last sampai juga dan tak sesat. Cuma time balik je tersilap jalan...tapi tak boleh consider sebagai sesat.


Che Jimah menonong je nak gi window shopping

Masuk Midvalley je nampak orang berpusu keluar masuk butik Charles & Keith. Aku pun ape lagi, tarik tangan Che Jimah la ajak masuk juga. Lagi pula Che Jimah ada citer 2 minggu lepas Charles & Keith buat sales sampai 70%. Jadinya aku sangat teruja. Tapi amat malang sekali, sales minggu lepas cuma setakat 50% aje, itu pun untuk kasut. Handbeg cuma 10% je. Tapi tengok macam banyak koleksi lama, bukan new collection. Tapi tak kisah la. tengok juga la, sampai la aku berkenan dengan satu handbeg ni. Tertacap mata aku sampai tak boleh nak tengok yang lain dah.

Tapi aku tabahkan hati, keluar dulu pusing-pusing masuk Jusco ngan Metrojaya. Wah!...lagi heaven sales kat Jusco dengan Metrojaya. Nasib je aku takde kad Metrojaya, kalau tak habis aku borong. Jusco pulak, takde blouse yang berkenan, jadi boleh diabaikan untuk seketika. Jalan-jalan lagi, jumpa buti Carlo Rino, berkenan dengan satu tote bag tu..sangat comel tapi harga dia lagi comel (boleh je nak rembat tapi over budget la pula).

Jadi, last-last semasa menuju untuk pulang ke pangkal jalan, aku singgah lagi dalam butik Charles & Keith, dan akhirnya setelah mencongak dengan melakukan operasi darab, tambah, tolak dan bahagi, akhirnya aku rembat juga handbeg hitam yang telah mencairkan hati aku. Dengan harga yang masih dalam range budget dan setelah ditolak diskaun 10%, inilah dia tangkapan aku untuk sesi Mega Sales pertengan tahun 2010...

                                    


 Nota_jari: ada lagi yang aku beli tapi itu untuk entry beautilicious. Tunggu......


Thursday, July 22, 2010

Manusia Jahiliah Zaman Moden

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:35:00 AM 7 uncang teh
Benci dapat bayi perempuan
AMPANG: Bagai hidup pada zaman jahiliah, seorang bapa tergamak mengasari isterinya disebabkan kecewa wanita itu melahirkan bayi perempuan yang juga anak sulung hasil perkongsian hidup mereka.
Sejak isterinya hamil dan diberitahu doktor anak dalam kandungannya dijangka perempuan, lelaki terbabit sering memukul isterinya.
Lebih menyedihkan, selepas bayi perempuan itu dilahirkan, dia menjadi mangsa perbuatan zalim bapanya dan perbuatan itu berterusan sehingga usianya kini lima bulan.

Dalam kejadian terbaru, dua beranak itu diperlakukan dengan kejam apabila lelaki terbabit memukul bayi dan isterinya selain turut mengurung wanita berkenaan apabila mangsa cuba melarikan diri.
Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi, 7 Julai lalu apabila mangsa yang berusia awal 20-an ketika itu berada di rumah manakala suaminya yang bekerja sebagai pengutip barang lusuh baru pulang.

“Sebaik tiba di rumah, lelaki terbabit tiba-tiba menghampiri bayi perempuan mereka dan dalam keadaan naik angin dia melepaskan tendangan ke arah bayi itu yang berada dalam buaian.
(Bacaan Selanjutnya)

Respond aku...
.....oit jantan...dulu suruh sekolah tak nak. Yang tau nak kawin. Bila dah kawin tak tau psikologi rumah tangga. Tak tau peraturan hidup berumah tangga. Tak tau nak berterima kasih. Tu sebab hang keja jadi pengutip barang lusuh aje.

Mangkuk...hang tau tak kenapa bini hang boleh mengandung anak pompuan. Tak ingat ke kuasa Tuhan. Ok la..kalau hang ni bukan jenis taat dengan agama...Aku cakap pakai logik sains aje. Hang tau tak, untuk tentukan jantina, pihak lelaki yang bawa gen tu. Pihak pompuan ni cuma tadah aje gen hang tu. Hang tu ada gen XY tapi bini hang cuma ada gen X. Kalau gen X hang banyak...tu namanya banyak la koleksi anak pompuan yang hang akan dapat.

Apsal BODOH sangat hang ni?

Satu lagi..kalau apa2 anak hang tu jadi sakit ke atau kena apa2 penyakit sejak lahir...tu sbb gen lelaki juga. Bukan sbb gen X yang ada kat perempuan tu.

Aku geram betul la dengan jantan2 bodoh yang ego tak kena tempat ni. Bodoh tolol. Asal ada salah, pompuan aje yang kena tanggung. Habis yang ko tu tanggung ape.....tangggung k*** aje ke yang tau.

Kepada bini jantan kat atas tu...tak payah nak sayang la ngan laki yang macam tu. Orang jahiliah tu mungkin boleh dimaafkan sbb bodoh tak blaja kat sekolah. Ni kalau dah zaman moden ni...tak payah nak maafkan. Ko bercerai aje dengan laki ko tu. Lantak la laki ko tu nak kawin dengan sape pun. Setakat keje kutip barang buruk aje....apelah sangat.

Sekali lagi....jantan dalam artikel diatas adalah sangat bodoh, bangang, bengong, beruk pun ada.

Sekian terima kasih.



Wednesday, July 21, 2010

1 Pergi 2 Mari

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:16:00 AM 7 uncang teh
Shiro...hang tak payah nak balik dah. Duduk aje la dengan tuan baru hang tu. Aku dengan tuan hang dah tak heran dah pun. Kami dah ada pengganti hang. Walaupun takde la senakal hang, tapi rasanya lagi comel dari hang.
Hang nak kenal ke dengan kucing-kucing baru tuan hang tu? Diperkenalkan..MILO dan KOPI. Bulu kembang lagi. betul tak lagi comel dari hang kan.
Lepas ni duduk aje la dengan tuan baru hang tu. Memang dasar tak sedar di untung la hang ni Shiro.

Ok..untuk Shiro...good bye.

Untuk Milo dan Kopi....welcome to new family and home sweet home.

Meet Milo (left) and Kopi (right)


Tuesday, July 20, 2010

Mencari Kesempurnaan

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:48:00 PM 0 uncang teh
"Jun, minggu depan awk ganti saya ngajar. Saya kena attend meeting 2 hari".

Itu ayat pernyataan atau mungkin lebih sesuai ayat arahan dari team partner aku. Dan aku..macam biasa sengih...sengih...dan sengih...seterusnya...dalam nada kelat-kelat masam..aku menjawab:

"Chapter ape minggu depan. Nanti msg lain ingatkan saya".

Sempurnakah aku bila menjawab macam tu? Nampak macam ia menghampiri kesempurnaan tapi sebenarnya tak sempurna langsung. Dalam hati memberontak; " Mana adil...chapter hg...ngajar sendiri la. Huh!!!!".

Tiada yang sempurna dalam dunia ini...Kau...Aku...dan Dia...siapa yang sempurna. Tiada....
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku mengeluh....Ahhh!!!!...

"Kenapa Jun?", tanya kawan aku..
"Dia manja sangat..gatal pun ye...nakal pun ye. Aku tak larat nak layan kerenah dia", luah aku.
"Layan aje la. Ko kan suka kat dia. Kena la layan perangai dia sikit-sikit. Dia nak perhatian tu", galak kawan aku.
"Memang la suka...memang la boleh nak dilayan. Tapi lama-lama aku bosan. Kadang-kadang melampau sangat sampai aku sendiri mati akal", luah aku lagi.
"Sabo aje la. Kalau aku akan berusaha jaga hati dia dan cantas semua lalang yang menyibuk", pujuk kawan aku.
"Huh! Extreme nye ko..hahahhaha", aku kelegaan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Siapa yang sempurna? Tiada. Walau satu masa dulu dia sangat sempurna di mata aku, tapi realitinya tidak. Dia juga seperti manusia biasa yang sedang mencari kesempurnaan.

Dan aku....mungkin kerana sibuk mencari kesempurnaan sampai menjadikan aku seorang yang cepat bosan dengan sesuatu keadaan dan situasi.

Ketidaksempurnaan itulah yang menjadikan kehidupan manusia ini menarik, penuh berwarna -warni. Kesempurnaan hanya akan berlaku bila 2 manusia yang tidak sempurna saling melengkapi atas nama kasih sayang. Dan kesempurnaan hanya akan berlaku bila kita redha dengan apa yang berlaku adalah diatas arahan dan keizinan-Nya.



Nota_jari: Si pujaan hati mms gambar dia malam tadi dan tetiba aku rasa dia huduh...hehehhehe


Monday, July 19, 2010

Missing In Action

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:58:00 PM 3 uncang teh
Dia dah hilang...sejak dari hari Jumaat minggu lepas.
Masih terngiang-ngiang suara dia menjerit2 siang dan malam.
Masih terbayang-bayang keletah nakal dia bermain-main sambil menggigit jari kaki dan tangan aku.
Masih ternampak-nampak kecomelan dia tidur sambil memanjangkan badan montelnya itu.

Rindunya aku pada budak kenit ni.
Sunyi dah rumah aku.
Macam takde seri dah.
Mood pun dah takde.

Memang jahanam la malaun yang kidnap budak kenit ni.
Aku tak redha dunia akhirat.
Minta-minta kena timpa bencana.
Padan muka.
Si kenit tu memang la nampak selebet...tapi dia milik rumah aku.
Ada bongok punya manusia.

Shiro..balik la...
Aku ngan tuan hang dok rindu kat hg ni.
Kami rindu sangat-sangat kat hg...
Balik la Shiro...


gambar ni diambil pada hari Khamis. Sehari sebelum kehilangan Shiro. Patut la dia manja masa tu, rupanya tanda dia nak kena kidnap.

Nota_jari: Pss!!! Polis terima tak laporan kucing hilang melebihi 48 jam. haish!!!



Wednesday, July 14, 2010

Umur Itu Mungkin Hanya Angka Tapi.....

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:57:00 PM 2 uncang teh
Entri ni aku buat lepas aku baca entri  dari seorang rakan blogger FarhanaDr yang sempat menaip entri memberi pandangannya kepada entri salah seorang rakannya juga iaitu Adziim Mimpi, mengenai jika pasangan wanita lebih tua dari lelaki. FarhanaDr menulis dari sudut pandangan seorang wanita manakala Adziim pula menulis dari sudut pandangan lelaki (atau mungkin mengenai dirinya sendiri). Jadinya entri mereka berdua telah memberi aku satu idea untuk menulis mengenai pengalaman aku sendiri.

Ternyata, istilah cinta itu sebenarnya tidak mengenal usia. Yang muda bisa menjadi pasangan yang tua...begitu juga sebaliknya. Hal ini tidak terikat kepada istilah lelaki mesti lagi tua daripada wanita, tetapi ada juga wanita yang mendapat pasangan muda. Inilah cinta namanya.....

Pasangan wanita lebih tua, eeee...kepada lelaki...korang nak ke? Dan kepada wanita, anda sedia ke untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki yang layak dipanggil adik?? Macam memalukan pulak kan. Betul kata Adziim...."Tak tahu malu ke kahwin dengan lelaki lagi muda?". Hahahhaha....Dan betul juga statement Farhana,"Pandangan orang tua-tua, begitulah selalunya.. Kadang-kadang terikat dengan stigma masyarakat.. Kan?"

Dalam famili aku pun ada juga pasangan yang isteri lebih tua daripada suami. Seorang makcik aku, suaminya muda setahun (kalau aku tak silap fakta) dan juga abang sepupu aku, isterinya tua setahun. Tapi alhamdulillah...bahagia. Mungkin sebab beza usia cuma setahun, jadi perbezaan tu tak jauh ketara dan pada kami sefamili, tak perlu la nak diungkit sebab itu sudah jodoh mereka. Selain famili, ramai juga kawan-kawan sebaya aku yang bersuami muda setahun.

Bagaimana pula kalau si suami muda 2 tahun dari si isteri? Ada....kawan aku sendiri. Suaminya muda 2 tahun. Mereka bertunang semasa masih belajar. Pilihan keluarga. Masa tu kawan aku (sebaya aku la) berumur 23 dan suami pula baru mendapat kunci kebebasan...21 tahun. Bila kawan aku ni beritahu dia bertunang dengan lelaki muda, memang nampak perasaan cuak..dan malu. Malu untuk mendapat bakal suami muda barangkali. Dan reaksi aku ketika itu,"erk!!!..tunang ko muda 2 tahun ke". Macam janggal pula keadaan aku masa tu...2 tahun pada aku yang ketika itu berumur 23 tahun adalah beza umur yg sangat jauh. Lagi pula si lelaki baru berusia 21 tahun (aku tengok student aku yang 21 tahun masih kanak2 ribena). Kalau masa tu kami dah berumur 27 dan si lelaki 25 mungkin aku dapat terima kot beza usia tu. Tapi alhamdulillah....sehingga kini mereka bahagia dengan 3 org hero yang menceriakan perkahwinan mereka.

Suatu masa dahulu aku pernah tanya mak aku jika aku mendapat pasangan muda setahun dari aku. Masa tu aku baru berumur 18 tahun. Masih di alam matrikulasi. Kebetulan matrikulasi aku ketika itu dibuat di salah sebuah SBP (masa tu KPM tak take over lagi matrikulasi). Masa tu, aku antara pelajar nakal juga ketika itu yang mencari agenda sendiri untuk mendapat mood belajar. Akibatnya, aku telah mengganggu kehidupan seorang pelajar sekolah tersebut yang ketika itu sedang bergelut dengan SPM. Dari rasa rasa seronok mengisi kebosanan di asrama, aku jatuh rasa suka kepadanya. Masa tu macam pasrah aje kalau aku couple dengan dia. Tapi nak tau apa respond mak aku, sama macam respond mak Farhana. Mak aku kata, lagi bagus kalau dapat lelaki beza umur yang tua 3 atau 4 tahun. Nampak matang. Daripada dapat pasangan lelaki muda. Dan selepas itu terus aku senyap. Tak tanya dah. Sekali lagi mak aku menyatakan pendiriannya berhubung bakal menantu lelaki selepas adik aku ada pakwe dan kini telah bertunang. Mak aku kata, pasangan adik aku tu ok sbb tua dari adik aku 3 tahun. Itu pendapat mak aku.

Pendapat aku, umur ni hanya angka aje. Yang penting selesa dan serasi. Andai umur si lelaki tua tapi tak serasi...macam mana. Tapi secara peribadi, kalau lelaki tu muda setahun atau 2 tahun, aku boleh consider lagi untuk dijadikan calon. Sebabnya beza setahun dua pada aku tak banyak yang nak diungkit sebab level tu boleh dikira sama dengan aku. Tapi kalau dah muda 3 tahun, aku sendiri juga yang tak selesa. Bila diri sendiri tak selesa, keserasian pun susah nak muncul. Jadi apa motif satu perhubungan tu??

Sehingga hari ni dan lebih tepat sehingga umur aku sekarang ni, ramai juga lelaki muda yang cuba cucuk jarum. Antara yang pernah aku jumpa adalah muda 5 tahun. Mudanya....maafla...akak bukan jenis bela anak ikan ye dik. Ada sekali, muda 8 tahun...Ya ampunnnnn.......lagi la akak kata...dik minta maaf ye. Ada juga yang muda 3 tahun. Kalau nak diikutkan pada ketika itu umur aku 29, dia 26 la...kiranya boleh dikira lelaki matang. Tapi maaf...aku tak selesa. Jadinya....terima kasih aje lah. Ini pengalaman aku.

Ironinya, sampai sekarang aku tak pernah on crush dengan lelaki yang seusia atau tua 2 3 tahun dari aku. Last dulu, tua 2 tahun, aku punya ex-bf. Itulah yang pertama dan terakhir. Yang lain, kebanyakkannya aku on crush dengan lelaki yang muda setahun dari aku. Dan sekarang ni, jejaka pujaan hati pun muda setahun dari aku. Ok..exactly 6 bulan sebenarnya sbb aku lahir bulan 8 dan dia lahir bulan 2 tahun berikutnya. Macam mana tu...bakal adik ipar pun muda setahun je dari aku...tapi nasib baik bakal adik ipar tu lahir bulan 4.

Mungkin diluar sana ada wanita yang sanggup, sedia dan pasrah untuk menerima lelaki jauh yang lagi muda berbanding muda setahun aje. Dan pada aku, itu terpulang pada individu itu sendiri. Cuma, kalau menerima atas nama cinta...mungkin susah untuk kekal...lebih baik terima atas rasa selesa dan serasi. Insya Allah...walau bagaimana beza umur suami kita, muda atau tua pasti mampu kekal bahagia.

Nota_jari: Insya Allah aku akan cuba buat entri lain pasal cinta, selesa dan serasi.


Monday, July 12, 2010

Viva South Africa 2010...Welcome Brasil 2014

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:08:00 PM 0 uncang teh
Kalau org lain buat entri masa World Cup start, tapi aku buat entri masa World Cup dah habis.

Pagi tadi secara rasminya berakhirlah demam Piala Dunia 2010. Perlawanan akhir antara Belanda dengan Sepanyol memang menarik. Tapi akhirnya piala berprestij tu jadi milik Sepanyol untuk tempoh 4 tahun. Sepanyol menang 1-0 ke atas Belanda.

Aku pun tak sangka dengan tetiba WC kali ni aku excited nak tgk. Ada la 2 3 perlawanan yang aku tggu sampai pukul 4 pagi. Ada gak yang aku tak tahan daulat..last2 bola yang tengok aku. Banyak pasukan tak ternama yang menyerlah untuk game kali ni...dan banyak pula pasukan elit bola sepak yang kecundang sedari pusingan pertama lagi.

Kontroversi memang ta boleh nak dielakkan. Paling yang tak boleh dilupakan adalah kekalahan pasukan final WC 2006, juara bertahan Itali dan pemenang tempat ke-2 Perancis yang terpaksa pulang dengan status maruah tercalar. Pasukan England yang disebut2 bakal menyerlah dan memberi tentangan sengit pula hanya sempat merasa sampai ke pusingan kedua.

Apa pun, tahniah untuk 4 pasukan terakhir yang layak ke separuh akhir. Belanda, Uruguay, Jerman dan Sepanyol. 4 pasukan ni sememangnya layak untuk menjadi pasukan elit 2010.

Viva South Africa 2010


Welcome Brasil 2014




Tuesday, July 6, 2010

Terima Kasih Tuhan

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:43:00 AM 0 uncang teh
Terima kasih Tuhan, kerana menyedarkan dan mengembalikan sahabat aku kembali kepada jalinan silaturrahim ini. Syukur doa ku menjadi kenyataan.

....dan....

Terima kasih Tuhan kerana masih lagi memberikan perasaan ini kepada aku. Syukur kerana aku masih ada lagi peluang itu....

Nota_jari: My dear Yani....realiti tu kadang-kala menyakitkan....tapi terima dia dengan keupayaan diri kita sendiri.

Monday, July 5, 2010

Tetiba aku rasa...wah! wuh! wih!

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:07:00 PM 0 uncang teh
Dah lama aku perhatikan, selama ni aku malas nak amik port sbb igt diorang ni cuma tersesat. Tapi hari ni tergerak hati lagi nak tengok...jadi betullah...



Wah...ade juga pengunjung dari luar Malaysia ye. Aku target ni mesti student Malaysia atau pun orang Malaysia yg kat luar negara. Terfikir kejap, so far yang aku tau memang ada sorang kawan aku tengah sambung PhD kat Aussie, jadi tu normal la kalau tetiba tersesat ip no dari sana. Tapi kalau dari US, Canada, ngan Indonesia...sape la agaknya gerangan mereka itu.

Anyway...tq ye sbb sudi jengah2 blog mereng aku ni. Ape pun singgah la lagi.

Nota_jari:  terasa glamer la kejap blog aku ni...hihihihi......


Meet My Boyfriends...

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:02:00 AM 2 uncang teh
Jom layanzzz......
Perkenalkan...ini Seol Gong-Chan...bf yang setia temankan tidur aku diatas katil. Sbb aku suka sangat dengan watak Gong-chan dalam citer Korea My Girl tu, jadi kekal la nama beruang ni sebagai Gong-chan. Walaupun takde la hensem macam Gong-chan My Girl tapi at least bila aku sedih, gembira atau stress...muka Gong-chan beruang ni la yang aku tenung.
Ini En. Faiz....Kenapa nama beruang kecik ni En. Faiz....sbb aku suka nama Faiz la...hahhahaha.....Dah ada nama korea kena la ada yang nama Melayu juga kan. Kalau tak dapat Faiz yang betul....dapat beruang nama Faiz pun jadi la. Hahahhahahhaha.....(hampeh la plak aku ni)
Ini Encik Ted...aku panggil Cik Ted aje. Hadiah dari ex-bf suatu ketika dahulu. Dulu masa aku rindu kat dia aku dulu, aku peluk dan ganyang beruang ni puas-puas. Tapi bila aku dah berjaya keluar dari bayangan ex aku (well aku tak pernah lupakan ex aku), aku dah tak layan Cik Ted ni sangat dah. Jadinya aku just display aje atas rak. Cuma kadang-kadang cucu jiran aku datang, diorang amik bawa balik untuk tidur.

Ini takde nama tetap lagi. Buat masa ni aku panggil dia Mr. Joe Doe.Maksudnya...tiada identiti lagi. Ini hadiah dari kenalan internet aku yang akhirnya atas sbb musabab yang tak dapat dielakkan, aku bayar balik harga beruang ni kat manusia tu. Ini pun mengalami nasib yang sama juga dengan Cik Ted. Sbb bulu dia tu aku tak suka sangat, aku just display aje atas rak atau kadang2 cucu jiran aku datang nak pinjam.
Ini nama dia Minnie Mie...Perut dia tu buncit. Hadiah dari kawan aku. Juga jadi mangsa display atas rak aje sbb aku pun tak tau bila boleh nak tido dengan dia.

Huh..banyak juga binatang beruang ni ek. Tu belum lagi 2 3 ekor yang ada kat umah mak aku kat Perak. Ada sekor Pooh besar hadiah dari ex-bf aku dulu la juga. Cuma aku tak ingat la ada ke tak lagi hadiah dari bekas kawan baik aku masa matrik dulu. Aku buang ke????


Thursday, July 1, 2010

Meet Dolly Partorn torn...

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:44:00 PM 4 uncang teh
Beli kasut baru dari opismate selepas kasut tu oversize dari kaki dia. Kasut baru ni...bukan freelove.

kelihatan comel tak? ekkeke


ada bunga2 lagi..

Saje je aku bg nama kasut ni Dolly Partorn torn sbb suka hati aku la.



 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea