Thursday, March 27, 2014

Almari Kasut Di Ruang Makan?!

masa minum teh ~*irjune*~ pada 8:43:00 AM
Assalamualaikum wbt.

Hari tu ada buat entri teaser je. Tapi hari ni baru nak cerita lebih sikit. 

Inilah sebenarnya yang aku nak tunjukkan tu...
Iye...hanyalah almari biasa je. Lagi jujur...ini almari kasut sebenarnya. Dulu bawah frame ni takde ape nak letak. Kosong sekosong kosongnya. Memang plan aku nak letak something (sebenarnya macam nak letak console table). Tapi bila aku suarakan kat En.Syg yang aku nak beli meja console, dia bagitau dia prefer letak kabinet hiasan je, sebab boleh buat simpan barang. Bila fikir balik cadangan En.Syg tu....ada betul juga kan.

So, aku decide nak beli almari kasut je untuk letak kat ruangan ni. Lagi semangat aku nak beli almari ni sebab dah sakit mata tengok hadiah kahwin aku yang takde tempat nak letak. Kenapa aku nak beli almari kasut, bukan almari hiasan? Sebab murah, simple dan sesuai dengan imaginasi deko yang ada dalam kepala hotak aku ni. Konon aje la kan.
Hahaha...simpan terus dengan kotak-kotak. Plan aku nak susun elok-elok la semua hadiah tu. Ala bukan ape pun, set cawan je. Tapi belum berkesempatan lagi. Sibuk aje. Balik keje dah pancit. Kalau korang perasan ruang simpanan tu luaskan. Selalunya ruang simpanan untuk almari kasut ni kurang luas. Yelah...ngan-ngam nak letak kasut je pun. Hah...tunggu nanti aku dah susun cantik-cantik aku cerita la ek.

Bila dah ada almari tu, ape lagi...masa untuk mendeko-deko la. Labu sayung hitam tu dulu aku dah pernah stori kat sini dulu. Manakala labu sayung yang ada corak tu hadiah kahwin daripada kawan aku. Ngam-ngam kan. Ambil konsep dekorasi ala-ala atas meja console, so aku imagine yang almasi kasut aku tu adalah console table. Hahaha...kesin kan kat aku. Lepas tu sebab nak kasi naik seri sikit kat kawasan tu, aku letak la pasu bunga 3 biji. Kasi balance sikit...dah siap. Senangkan keje aku. Tapi laki aku pula bising cakap bila dah letak hiasan semua bagai macam mana nak letak barang (cth: kunci, beg, wallet). Alahai itu pula yang dia fikir. Tapi takpe...bini dia ni penuh dengan imaginasi deko yang hanya perlukan keizinan Agong je untuk direalisasikan. Hahahahaha....Ada agong warna warni banyak-banyak...semua itu setel.
Inilah pandangan ruang makan aku sekarang. Dah macam cacamarba dah kan. Ada kaler putih, kelabu dan coklat gelap. Sila abaikan keadaan atas meja yang bersepah itu. Masa ni aku tengah sibuk pulun marking skrip jawapan students. Penat-penat marking, tu yang snap gambar. Maklumlah masa ni rumah baru siap dikemas dan dimop. Hehehehe...

8 uncang teh :

nayfatimah rasyid said...

comel jew dan kreatif sesangat ;)

Fizah said...

sama pulak warna feature wall umah kita..hhihi

~*irjune*~ said...

tq nayfatimah arshad...simple aje pun. almari kasut aje...

~*irjune*~ said...

Fizah....feature wall tu warna mcm hijau kecoklatan yg kotor sikit...tapi bila dah snap nampak macam coklat pula.

cik hani said...

saya setuju dengan pendapat letak rak kasut, sebab boleh buatkan barang. ada lah sikit fungsi rak tu. takdelah tertunggak jer

~*irjune*~ said...

tq cik hani.....rak kasut pun skrg ni design dah cantik...dah boleh jadi macam2 selain untuk simpan kasut je

Anonymous said...

Blh sy tanya... Sy berkenan sgt tgk design almari tu... Beli di mn ya?

~*irjune*~ said...

Anonymous...
Rak kasut tu boleh beli kat kedai perabot biasa je. Saya beli kat Kangar je pun. Maybe boleh cari kat kedai perabot kat tempat anda

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea