Monday, March 3, 2014

'Orang Baru' Di Dapur Aku

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:18:00 AM
Assalamualaikum wbt.

Lama dah tak sembang pasal dapur. Kali ni nak bagitau kat dapur aku ada 'orang baru'. Ape lagi...rak pinggan la. Taraaaa.....
Rak pinggan ni En.Syg yang belikan. Dia cakap rak pinggan sedia ada yang aku dok letak pinggan lepas basuh tu tinggi sangat. Jadi dia cadangkan supaya beli rak pinggan untuk diletak di tepi sinki. Aku ok je janji dia yang belikan. Hahahahah.....
Tapi bila dah ada 'orang baru' ni kena la ada sedikit perubahan. 'Orang lama' kena la menerima hakikat itu. Jadi kesan yang paling ketara adalah dispenser air Bio Aura aku la. Kalau dulu lokasi bio aura tu sebelah sinki dengan tulisan bio aura tu mengadap ke depan, so sekarang dah terpaksa ditolak ke tepi dinding dengan tulisan pun mengadap dinding. Memang huduh betul bila bontot bio aura tu yang mengadap ke luar. Nasib baik periuk nasi dapat cover. Hehehehe....

Selain rak pinggan, ada lagi pertambahan ahli di dapur kecil aku ni. Inilah dia...taraaa....
Perasan tak...ada pertambahan satu lagi bekas bawang Tupperware. Dulu ada satu je, itu pun beli sendiri sempena nak masuk rumah baru. Lepas tu dapat lagi satu hadiah kahwin daripada kawan opis. Tq Kak Ida. So bila dah ada ahli baru, cara susunan pun kena ubah sikit je. Lagipun kali ni aku dah naikkan pangkat botol minyak tu terus atas kaunter. Sebelum ni botol minyak tu aku simpan kat kabinet bawah, tapi sebab dah malas nak menonggek bila nak amik botol minyak, so aku letak terus kat atas. Tapi harus letak dalam bekas putih tu sebab nak elak kaunter tu terkena lelehan minyak pula.
Bila dah letak botol minyak dalam raga putih tu, bekas rempah yang dua botol tu terpaksa la dikeluarkan and diletakkan atas bekas bawang. Hah....bekas ikan bilis pun aku letak kat luar juga sebab malas nak ulang alik amik dari peti sejuk. Tapi nampak janggal sikit la sebab yang lain-lain penutup dia warna merah, tetiba bekas ikan bilik tu warna hiau. Tapi lantak la kan.
Yeah...kat dapur aku pun dah ada rak gantung. Rak ni dah lama dipasang oleh En.Syg sebelum kami kahwin dulu. Kat rak ni aku just letak bekas caserol dan bekas rebus telur je pun. Mula-mula tu nak letak dispenser bio aura tu la. Tapi aku risau kalau-kalau tak tahan pula. Nanti tak pasal-pasal reban pula rak tu. Tak ke naya je.
Yang lain-lain...masih dalam keadaan yang sama malah semakin bersepah pula rupenye. Alamak...sila abaikan kain lap dilantai tu ye. Itu kain untuk lap kaki dan lantai masa masak tu. Hehehe...

7 uncang teh :

Jueliza Jamani said...

kemas nyer dapo dia..

Fizah said...

pemandangan luar tu sgggtttt cozyyyyyy dan mendamaikannn =)))

~*irjune*~ said...

Jueliza Jamani...nak ambil gambo kene la dikemaskan dulu. Kalau tak...haaa..macam gambar yg last tu la...kain buruk pun boleh interframe.

Fizah...sekarang baru habis musim tuai padi...kalau musim pokok padi menghijau lagi cozy pemandangan dia.

nayfatimah rasyid said...

cantiknyer dapur dia ;)

~*irjune*~ said...

tq nayfatimah....tgh rajin mengemas...kalau dah malas tunggang langgang juga dapur ni.

Tautan Hati NabilaHasyim said...

saya ada guna s-hook buat gantung kuali2..
tapi tersembunyi dalam KC.

belum share lg kt blog, hee...

~*irjune*~ said...

Tautan Hati NabilaHasyim...
tq ye sbb sudi singgah kat blog sy ni...jom share same2 dalam blog pasal S-hooks kat rumah awk pula.

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea