Monday, March 3, 2014

Kegunaan S Hooks Di Rumah Aku

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:00:00 PM
Assalamualaikum wbt.

Korang tau kan S hooks tu ape kan. Alaaa penyangkut bentuk huruf S tu. Tau kan.

So, ni nak tunjuk la kegunaan S hooks ni kat rumah aku. Antaranyanya...
Sangkut batang penyapu dan juga batang pengelap habuk tu. Rumah aku ni takde ruang untuk store, so aku sangkut penyapu tu kat tepi rak utiliti aku antara celah2 mesin basuh je.
tempat sangkut alatan menyukat untuk baking. Hahaha....macam biasa tetap disangkut di tepi rak utiliti juga.
Tempat sangkut papan pemotong kat tepi rak pinggan. Sebelum ni aku sangkut kat grill tingkap...tapi lepas ada rak pinggan baru, sangkut kat tepi rak sudah.
Sangkut rak rempah ikea. Sepatutnya rak rempah ni kene sangkut kat palang bulat, tapi palang bulat tu tak digerudi lekap kat dinding, so aku sangkut je kat grill tingkap guna S hooks ni. Lepas tu tempat letak pisau dan tudung bekas plastik lepas basuh.
Tempat sangkut bekas sudu,sudip,senduk dan garfu. Senang kalau sangkut ni, lepas basuh sudu, sudip dan senduk tu, air pun senang nak tos.
Last but not least, tempat sangkut penyodok sampah. Ni En.Syg punya idea ni. 

Korang ada idea lain tak untuk S hook ni? Boleh la share sama2. Aku ni nak jimat ruang je kejenye...so sangkut menyangkut adalah caranya. Tapi taknak la nampak serabut walaupun hanya sangkut menyangkut.

9 uncang teh :

lesungpipit said...

http://insyimanhafiz.blogspot.com/2013/11/5s-ruang-sinki-bonda.html

now da kurangkn yg sangkut2 tu...
gantung yg nk kai ari2 jer...

cik mah said...

Bgus2.sngt menjimatkan ruang...

~*irjune*~ said...

Yup...gantung yg utk pakai hari2 je...kalo yg jarang2 pakai...simpan dlm stor je.

cik hani said...

irjune...

lama tak singgah sini.
asyik update blog pastu tinggal tak buka-buka.. hehehe..

rumah kite pun ada S hooks ni.segala benda nak sangkut bagai.. sangat membantu jimatkan ruang jugak..

~*irjune*~ said...

cik hani...
lama tak singgah sini ye...heheh...

aaa...S hooks ni la penyelamat susun atur kat rumah saya.

Fizah said...

mcm2 kegunaan s hook ni kan...bagus betul! =)

~*irjune*~ said...

betul tu Fizah...salah satu item yang perlu untuk operasi susunatur ni..

MamaDaniel said...

baguslah rak utiliti tu.. besi.. kuat.. memang sesuai utk sangkut2 guna cangkuk S tu.. hmmmm... perlu dikaji ni.. hihihi... ;)

~*irjune*~ said...

heheh...MamaDaniel...
sy panggil rak utiliti sbb sy taktau nak panggil rak apa. lagipun sy takde pantry so itulah pantry sy...

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea