Friday, March 28, 2014

Rumput Dah Hilang...Bunga Bila Nak Tumbuh?

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:40:00 AM
Assalamualaikum wbt.

Salam Jumaat semua. 

Sambil-sambil aku print untuk buat filing ni, ambil kesempatan la nak update blog. Asik cerita perihal dalam rumah je, kali ni nak tunjuk progess luar rumah pula.

Alhamdulillah...berkat kerajinan En.Syg, laman rumah aku dah bersih sikit daripada rumput. (Thanks ye abg). Kalau nak harapkan aku....tunggu aku betul-betul ada mood rajin barulah kot nak buang rumput. Actually dulu masa bujang dulu rajin juga merumput kat luar tu. Mana-mana rumput yang boleh dicabut buang aku cabut la. Masa tu takde cangkul pun. Tapi masa merumput tu time tu musim hujan, tanah lembut je. So time tu nampak kemas la sikit laman rumah tu.
Masa pun berlalu....

Lama-lama rumput pun bermaharaja lela. Time ni aku dah tak kuasa nak merumput dah. Dengan sibuk nak kahwinnye....dengan sibuk kejenye...dengan sibuk nak markingnye...lepas tu pula musim kemarau...tanah keras macam batu. Lagilah mood nak merumput tu ke laut.

Last weekend...En.Syg bertukar wajah jadi Hang Cangkul. Semangat ooo laki aku. Petang cangkul..malam cangkul...Bersih terus. Dalam hati...wah bangga gila..rumah pun dah bersih. Tak sabar nak tanam bunga dan tanam rumput karpet. Tapi tak boleh nak buat ape2 lagi....sekarang ni kat Perlis tengah musim kemarau lagi. Panas je. Tanah pun keras. Tunggu ada hujan baru boleh start nak berkebun.

4 uncang teh :

ummi affendi jr said...

Besarnya rumah awak. (dari view luar ni). Kalau bercucuk tanam best ni.

~*irjune*~ said...

Alhamdulillah...rumah semi-D. Ada tanah sikit kat tepi dan belakang. boleh la kalau nak bercucuk tanam...

! Arjunakirana ! said...

wahhhh... ini buat edibel garden nie best wooo... mesti cantik...

~*irjune*~ said...

!Arjunakirana!...belum cukup budget nak buat garden.

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea