Friday, March 7, 2014

Ulcer Mulut

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:42:00 AM
Assalamualaikum wbt

Ulcer mulut atau kadang-kadang kita panggil pecah mulut selalu jadi especially kalau kita stress atau dalam musim panas atau kalau badan kita kekurangan air. Tapi kat aku ni lain. Selang 2 minggu mesti akan jadi ulcer ni walaupun aku rasa aku ni takde stress, bukan musim panas dan dah minum air mengalahkan unta. Kalau jadi ulcer tu bukan kecil-kecil punya saiz...beso ooo....nanges aku nak tahan sakit.

Kalau dulu bila jadi ulcer ni aku memang biar dia sembuh sendiri, tapi kalau dah kerap sangat jadi, lepas tu pulak saiz beso-beso, takde maknanya aku nak biar dia sembuh tanpa ubat. Jadi dalam simpanan aku dirumah dan juga selalu juga diusung dalam handbeg, mesti akan ada ubat ulcer ni. Namakan aje...ape jenis jenama ubat ulcer yang aku tak pernah pakai..bonjela, oral aid, oral paste..semua aku dah try. Tapi dalam banyak-banyak jenis ubat ni, aku memang surrender dengan bonjela...sakit ooo bila dah pakai, boleh sampai kuar air mata nak tahan pedih.

Sekarang ni mulut aku memang tengah ada ulcer. Jadi kat 2 tempat sekaligus. Satu kat bibir..satu lagi kat hujung gusi. Sakit...hanya Allah je yang tahu. So untuk kali ni aku beli 2 jenis ubat ulcer. Kenapa 2 jenis? Sebab farmasi yang mula-mula aku pergi beli tu takde jenis ubat yang aku nak. So sebab tak tahan sakit, aku beli la juga ubat ulcer yang ada kat farmasi tu. Esoknye baru aku gi farmasi lain untuk beli jenis ubat yang aku biasa pakai.
See...inilah ubat ulcer yang aku guna sekarang ni. Satu jenis losyen dan satu lagi jenis gel. Ubat ulcer yang aku selalu guna tu jenis losyen (sebelah kiri) tu la. Sebabnye ubat ni bagi kesan kebas kat ulcer tu especially kalau ulcer tu dah keluar mata, besar dan pedih. Yang oral aid jenis gel tu pula dia bagi kesan sejuk tapi pedih. Yang ni kalau pada aku la lagi sesuai untul ulcer yang baru nak jadi dan saiz masih kecil.

Sekaran ni En.Syg pun asik kena ulcer macam aku juga. Tapi dia prefer yang jenis gel tu sebab dia kata tak pedih sangat. Owhh...masing-masing punya kesankan, masing-masing punya citarasa.

Ape-ape pun, tengah musim panas dan kering ni yang penting kena utamakan kesihatan, minum air jangan lupa dan jangan selalu stress...ok.

Pesanan khidmat masyarakat ni daripada aku.

6 uncang teh :

Muhammad Taufiq said...

Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

~*irjune*~ said...

Muhammad Taufiq...
thanks ye dtg ke blog akak ni. will follow ur blog later.

kHaiRunNisSa iRnA said...

cuaca sekarang ni...ALLAH ~~~
panas terik..di Batu Gajah ni langsung tak hujan. memang kena banyak minum air masak

jom join giveaway PANDORA
http://ummijournal.blogspot.com/2014/03/giveaway-giveaway-giveawaypandora.html

~*irjune*~ said...

betul tu kHaiRunNisSa iRnA...
caca panas ni kene banyak minum air masak...n banyakkan berehat dirumah atau tempat teduh.

thanks sbb jemput...Insya Allah akan join

Rafeah Sapari said...

Aku pun ada beli satu ubat ulcer yang rasa kebas tu sampai rasa bibir tebal. O,bonjela pun aku x tahan.

~*irjune*~ said...

aku pun suka yg rasa kebas tu...nyaman je kalau pakai lepas tu boleh makan.

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea