Thursday, March 6, 2014

Cara Aku Simpan Gelung Getah

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:52:00 AM
Assalamualaikum wbt.

Kalau kita beli nasi bungkus ke atau apa-apa jenis makanan bungkus kita mesti akan dapat gelung getah secara free kan. Hahahha...

Masa aku duduk rumah bujang ni dulu, gelung getah ni aku sangkut merata-rata je. Ada yang aku sangkut kat kepala paip sinki. Ada yang aku sangkut kat tempat sangkut cawan. Ada yang aku lempar-lempar je. Kira merata-rata la. Orang utara kata...ikut dannnn aje.

Tapi sekarang tidak lagi (aiceh...macam ayat iklan je). Masa nak pindah masuk rumah baru tu aku dah set nak susun rumah aku elok-elok. So ada la aku gi ke Daiso QB Mall, Penang tu dan ternampak satu benda comel ni. Rupanya tempat untuk sangkut gelung getah. Cantikkk. 

Inilah tempat sangkut gelung getah tu. Bentuk bunga ok. Comey je. Nak guna pun senang sebab dia pakai jenis pelekat vakum tu. So boleh je lekat kat dinding yang bertiles atau kat peti sejuk.  
So..meh share ramai-ramai cara korang simpan gelung getah ni pula. Macam mana ek?

4 uncang teh :

Fizah said...

sy buh dalam laci pastu laci tu buh dlm kabinet =)

~*irjune*~ said...

boleh juga simpan macam tu...sure koleksi gelung getuh fizah banyak kan..

JaJa_NoRLiza said...

ha..saya pon buh lam laci...tapi main taram letak cegitu jer..xde laci-laci..kdg2 terlepas pandang plak susunatur mende2 kecik ni..
gud idea..thanks 4 sharing!

~*irjune*~ said...

JaJa_NoRliza...
sy memang jenis suka sangkut gelung getah ni. Senang nak amik. cuma kali ni sy beli tempat sangkut yg khas utk dia...sebelum ni main aci sangkut mana yg nampak je...hehhe

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea