Monday, September 30, 2013

Pizza Roti Paratha

masa minum teh ~*irjune*~ pada 8:00:00 AM
Assalamualaikum wbt.

Masa tengah tadah telinga dengar ceramah untuk kursus kahwin, sempat lagi dok fikir ape nak makan untuk dinner nanti. Balik dari kursus terus shoot pergi kedai beli barang dapur. Kebetulan banyak stok makanan dah habis, so sambil-sambil beli untuk stok la (makanan kering dan nugget aje pun).

Balik rumah terus simpan stok dan terus masak. Aku masak pizza roti paratha. Dapat idea nak masak sebab adik aku pernah masak masa aku pergi rumah dia dulu. Simple dan mudah je. Boleh la untuk lepaskan gian nak makan pizza. Hihihi...

Ini adalah bahan-bahan pizza roti paratha aku.
Roti paratha (of course la kan), ayam kisar, sos prego untuk aku sapu atas roti paratha, keju mozzarella (sbb nak bagi nampak keju panjang-panjang), keju parmesan, dan juga capsicum, tomato dengan bawang holland untuk buat topping. Tabur semua atas roti yang dah disapu dengan sos prego, pastu aku bakar dalam pemanggang ajaib cap Haji Ismail Group (aku beli kat kedai Haji Ismail Group kat Langkawi, bukan pemanggang ajaib Menang Glassware punya tau). Bila nampak dah masak, aku masukkan dalam microwave untuk bagi keju tu makin cair. Dan hasilnya....taraaa...
Simple aje kan. Inilah dinner aku untuk malam ni. Nyum..nyum...nyum....

4 uncang teh :

Azi said...

Cuba cheese baked rice wei..sedappp...

~*irjune*~ said...

nanti aku try...susah tak nak buat? aku ni susah sebab tak pandai baked guna microwave.

Azi said...

senang...kalau tak pandai guna microwave, guna la pemanggang ajaib tu.

~*irjune*~ said...

guna pemanggang ajaib HIG tu pun dok terkial-kial lagi. Hehehe

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea