Thursday, August 12, 2010

Hantu Kasut

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:46:00 AM
Seram tak tajuk ni. Hahahha....setakat hantu kasut je...ape yang nak seramkan..kan...kan...

Ape lagi yang menyeronokkan aku minggu lepas dan minggu ni?! Ye..mestilah sebab aku dah berjaya menambah koleksi platform 4 inci aku. Hahhahah......betul-betul ambil kesempatan masa sale ni. Bab pakai tu belakang kira, yang penting mesti beli dan kena beli. Kalau tak, mau aku tersampuk demam angau terkenangkan kasut idaman hati.


Kasut platfrom putih ni aku beli kat outlet Red Modani kat Taiping Sentral. Eh! banyak la pula kasut aku jenama Red Modani ni. Tapi serius la, kasut jenama ni memang sangat selesa. Harga pun affordable. Kiranya mampu milik. Lagipun ni kasut buatan Malaysia. Tapi design memang up to date. Sekarang ni pun Kerajaan tengah re-launched balik Kempem Beli Barang Buatan Malaysia, so kenapa kita tidak mengambil bahagian untuk menyokong kempen ni. Salah satunya dengen membeli kasut ini la.


Baru je terima kasut ni melalui Pos Malaysia. Sekarang ni kan Pos Malaysia tengah buat re-branding perkhidmatan mereka. So, apa-apa barang korang nak pos, sila lah gunakan perkhidmatan Pos Malaysia ye. Murah, Cepat dan Selamat. Kasut ni aku beli secara online menerusi facebook. Ok, aku mengaku ini kasut import dari Taiwan ke atau Korea. Tapi harga memang affordable. Kasut pun selesa juga. Design.....aku suka, sebab tu aku beli. Kasut ni ade corak macam sisik ular....sebab takde lagi dalam koleksi aku, tu pasal aku gatal tangan gi beli. Kaler pink gitu, auwww!!!!

Nota_jari: masih menanti dengan sabar kasut Clarks yang diorder dari kawan di UK....heehhehe.

6 uncang teh :

Kak Lilly Suka Masak said...

all 4" , ko mmg hantu gitew, aku plak dok beli kasut koleksi ke pejabat...tapi baru skit, nanti2 ku pun nak upload juga...lagi satu semestinya tudung la....giler jadinya

~*irjune*~ said...

lilly..dah mmg hantu high heel aku ni. ade je kasut flat tapi kalau high heel mesti yg 3" ke atas. Ye..silalah upload dalam blog. aku cukup suka tgk koleksi kasut org lain. Tak beli pun, tengok pun jadilah.

tudung aku biasa-biasa aje...takde la jadi hantu lagi...setakat zombie aje la...hehehhe

shida said...

hantu kasut ni...
mau ada kasut2 tak mau pakai sedekah je kat aku.. tp sure tak padan ngn aku.. hahahah

~*irjune*~ said...

pah....hg pakai ke kasut 4" ni? kalau pakai n muat ngan kaki hg...aku boleh je nak sedekah. boleh aku tambah koleksi baru...

Unknown said...

i suka perempuan yg pakai heels

Unknown said...

i suke kalau perempuan minat heels

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea