Friday, August 16, 2013

Ya Allah...Bantulah Saudara-Saudara Ku

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:43:00 PM
Assalamualaikum wbt.



Satu masa dahulu, kita amat bersimpati dengan nasib Saudara kita di Palestin. Kekejaman tentera Zionis terhadap rakyat Palestin yang beragama Islam membuatkan kita di Malaysia menjadi sakit hati dan benci kepada Israel Zionis.

Selepas itu saat aku masih kecil dan tidak tahu ape makna satu peperangan, berlakunya perang Soviet-Afganistan yang akhirnya membuktikan jika umat Islam berjuang kerana Allah, pastinya kemenangan itu milik kita. Bayangkan ketika itu, tentera Soviet yang amat besar dan menggunakan kelengkapan tentera yang moden akhirnya kalah ditangan rakyat Afganistan yang serba kekurangan. Masya Allah.

Kita ingat kekejaman itu hanya di Palestin dan Afganistan sahaja. Tapi pada awal tahun 90-an, kita dikejutkan dengan peristiwa pembersihan etnik Bosnia yang beragama Islam dan etnik Crotia oleh etnik Serbia. Sekali lagi umat Islam diuji apatah lagi dengan peristiwa pembunuhan beramai-ramai etnik Bosnia di Daerah Srebrenica. Pada masa ini masyarakat Antarabangsa mengutuk kekejaman yang dilakukan oleh etnik Serbia. Dan Alhamdulillah, akhirnya Bosnia kembali aman sehingga kini.

Itu cerita pada abad ke-20 yang lalu. sebenarnya ada banyak lagi peperangan yang melibatkan Saudara Islam kita di beberapa negara lain.

Masuk ke abad 21, kita ingat kita hanya  fokus untuk pembebasan Palestin daripada rejim Zionis. Tapi kita lupa, seiring dengan peningkatan teknologi dan juga kemodenan hidup serta kesenangan yang diperolehi, kita lupa untuk memperkukuhkan ukhwah atas nama Islam. Kita jadi manusia yang hanya mementingkan kebendaan dunia tanpa memperdulikan nasib-nasib saudara kita di negara lain.

Maka berlakulah beberapa keganasan di bumi Anbia seperti di Gaza, Syria, Mesir, Iraq dan beberapa negara yang lain. Jika di Gaza adalah rentetan peperangan antara Palestin dan rejim Zionis yang tidak pernah habis. Di Syria pula adalah peperangan diantara Puak Sunni dan Puak Syiah yang amat ketara adalah peperangan menolak yang batil dan menerima yang benar. Terbaru adalah pergolakkan yang berlaku di Mesir selepas rampasan kuasa yang dilakukan oleh Tentera Mesir keatas Presiden Muhammad Mursi yang memperjuangkan Islam.

Ironinya, kebanyakkan peristiwa berdarah ini berlaku ketika Umat Islam sedang melakukan ibadah puasa di Bulan Ramadan. Nauzubillah.

Inilah ujian sebenarnya untuk kita. Saudara kita di sana bermati-matian mempertahankan Islam, tapi apa yang kita buat di bumi Malaysia? 

Kita tidak mampu untuk turun ke negara mereka untuk berjuang bersama-sama kerana ketidakupayaan kita melakukannya. Tapi sedarkah kita bahawa kita mampu untuk membantu saudara kita hanya dengan BERDOA.

Jika dalam dunia jurnalis, mata pena itu amat berkuasa, tapi dalam dunia Islam, doa itu adalah senjata yang paling merbahaya untuk musuh kita.

Justeru, kawan-kawan marilah kita bersama-sama menadah tangan memohon petunjuk dan hidayah serta bantuan dari Allah swt supaya memberi kekuatan kepada kita semua termasuk kepada saudara-saudara kita di Mesir, Palestin, Syria, Afganistan, Iraq dan juga negara-negara lain untuk terus berjuang mempertahankan agama Allah. Insya Allah.

Nota_jari: Mohon maaf jika terdapat kesilapan fakta kerana aku menulis berdasarkan pengetahuan yang terhad. Aku menulis dari hati.

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea