Assalamualaikum wbt.
Bestkan kalau boleh dapat pantry yang lengkap macam gambar kat bawah ni. Besar dan lengkap nak simpan semua bahan-bahan memasak aku termasuklah peralatan memasak. Dah boleh jadi mini market dah pun ni.
Sumber: Google
Lepas tu pula dapat sediakan laundry area macam gambar kat bawah ni. Nak basuh baju pun seronok.
Sumber: Google
Kalau nak lagi best dapat cat laundry area tu dengan warna feveret aku pula...Ish...menariknya.
Sumber: Google
Kalau tak dapat pantry dan laundry macam gambar kat atas tu, dapat macam pantry Jen dari iheartorganizing pun dak kira ok. Simple, kemas dan most important things boleh simpan segala rempah, minyak masak dan bahan-bahan memasak dengan kemas dan mudah diambil.
sumber: iheartorganizing
Ataupun dapat laundry area macam rumah adik kepada blogger rumah comel kami. Boleh letak mesin basuh dan juga ade kawasan untuk ampaian baju. So kalau kena basuh malam-malam pun tak kisah sebab tak perlu nak sidai kat luar. Tak risau bab hujan.
Sumber: rumah comel kami
Tapi nak buat macam mana, budget tak cukup nak buat tall unit masa tempah kitchen cabinet dulu untuk jadi pantry simpanan bahan makanan. Lepas tu pula, layout rumah ni yang takde la strategik menyebabkan kawasan laundry tak boleh nak di ujudkan.
Jadi, jadilah ruang pantry dan laundry aku macam gambar kat bawah ni.
Kabinet coklat tu kabinet pertama yang aku beli masa menyewa di rumah sewa yang 1st dulu. Rak besi tu pula aku beli dekat Giant masa tengah offer, cuma RM99 aje. Kalau tak harga sebenar dia RM149 kalau aku tak silap. Sebelah rak besi tu aku letak mesin basuh aku. Saiz 8.5 kg je. En. Syg bagi cadangan beli mesin basuh saiz 10 kg, tapi over budget la pula. Lepas tu tak sesuai dengan layout dapur, jadi mesin basuh yang tu aje la aku rembat.
Idea untuk beli rak tu aku dapat daripada gambar kat bawah ni. Aku ni banyak juga perkakas elektrik yang aku beli sebelum beli rumah sewa dulu. Bila dah ada rumah sendiri ni, aku jadi malas nak letak semua benda atas kaunter dapur. Serabut je. Jadi aku Google je minta bantuan, dan keluarlah gambar pantry macam ni. Pantry jenis open shelves, untuk tempat menyimpan pinggan mangkuk dan perkakas memasak yang lain.
Source: Google
Kabinet coklat aku tu ada 4 bahagian. Bahagian pertama adalah laci yang masih lagi under construction untuk dikemas kini. Jadinya aku tak snap gambar laci tu.
Bahagian kedua pula adalah ruang bawah laci yang besar tu. Bahagian tu aku buat simpan barang-barang dapur jenis kering. Aku beli la rak putih tu dan bekas hijau tu dari Kedai D.I.Y je pun. Mula tu ingat nak beli semua benda tu akt Daiso sebab aku nampak Daiso banyak jual rak macam tu. Tapi rupanya kat kedai D.I.Y tu banyak gak jual barang yang diimport dari Jepun.
Bahagian ketiga pula iaitu jenis laci tarik aku cuma letak bahan-bahan kering yang aku simpan dalam bekas simpanan berbentuk bulat.
Bahagian keempat pula aku buat tempat simpanan untuk bahan-bahan mencuci pula dan juga bahan-bahan beracun. Bahagian keempat ni aku letak rak yang aku beli kat Mr. D.I.Y untuk memaksimumkan ruang. Tak ingat pula berapa harga seunit, so aku beli 2 unit supaya boleh buat 2 tingkat.
Nampak tak kat pintu tu aku sangkut plastik untuk simpan plastik sampah. Aku sebenarnya nak beli satu bekas yang boleh disangkut untuk menggantikan beg plastik tu tapi sampai sekarang tak jumpa lagi. So buat sementara waktu aku just guna beg plastik aje la.
See...aku ni kadang-kadang blank gak kepala hotak dengan idea, jadinya label yang aku dapat masa beli bekas putih tu aku lekat kat pintu kabinet supaya ada gak idea untuk mengemas. Selekehkan aku.
Kalau korang takde idea, boleh gak ambil idea dari label macam ni.
Tempat sidai baju? Jangan tanya la sebab aku takde laundry room so tempat sidai baju pun jenis mudah alih. Penyidai aku tu merupakan rak penyangkut baju yang aku beli satu masa dahulu di Giant. So, sementara nak ada tempat penyidai baju yang elok sikit, aku guna aje ape yang ada.
4 uncang teh :
Seronoknya ada laci tarik.. Smua leh sembunyi dalam tu je.. Tmpat laundry area tu kalo jmpe carpet kecik je just penaik seri mesti nmpak menarik lg..
Idea yang menarik juga tu yuyuy akley. nanti boleh cuba letak carpet kat tempat laundry tu. tq sebab sudi singgah blog sy ni.:D
ada gak ek bekas bertingkat ni kat mr diy...bagus tu, satu info baru..:)
Fizah...ade je bekas bertingkat tu kat Mr.DIY...cuma kena selongkar sikit la baru jumpa (merujuk kepada mr.diy di tempat saya)
Post a Comment