Wednesday, July 24, 2013

DIY: Jambangan Bunga Di Bilik Tidur

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:03:00 AM
Assalamualaikum wbt.

Haa....bulan ni aku memang aktif sikit update blog. Maklumlah, rasa dah free sikit. Tahun 2009 sampai 2012 aku sibuk dengan study master-ji. Lepas tu pula, awal tahun 2013 pula kena memangku jawatan pentadbir kat opis aku ni. Haaa...sekarang ni terasa budget macam free sikit walaupun sebenarnya aku kena siapkan kerja-kerja mengajar aku. Tapi takpe, kat luar pintu bilik tu aku dah tampal warning supaya tidak menganggu aku. So..hopefully memang tiada gangguan aje la.

Back to the story. 

Aku ni bukannya pandai bab nak gubah menggubah ni. Memang aku failed. Orang cakap main cucuk-cucuk aje. Aku pula cucuk-cucuk dah jadi macam hutan hujan khatulistiwa. So, alternatifnya pergi beli jambangan bunga yang dah siap digubah la. Tapi ada masalah la pula. Masalah budget. Aku bukannya nak jambangan bunga yang gubahan dia eksklusif sangat, aku nak yang simple aje untuk bilik tidur aku. Lagi pun, kalau simple senang aku nak cuci dan kemas. Kalau dah kompleks sangat gubahannya, payah plak aku nak buang habuk. Dah la umah aku ni di tengah sawah. Konpem bila musim orang ambil padi, berhabuk la jawabnya.

Jadinya, aku buat jambangan bungan gubahan sendiri (bukan aku gubah pun, just letak dalam vase aje. Inilah jambangan bunga yang aku letak atas meja solek dalam bilik tidur aku tu. (Sila layan gambar ye)


Simple aje kan. Hahaha...tu sebenarnya bunga pahar masa kenduri kawin adik lelaki aku. Aku dah aim dah bunga tu masa aku tengok kat pelamin. Simple dan cantik, kaler putih creme. Bunga dia pun lain daripada design-design bunga pahar yang sedia ada.  Masa tu dalam kepala otak aku dah terbayang nak buat jambangan bunga. Vase tu pula, adik aku Jimah yang bagi. Dia cakap vase opis lama dia yang dah kena tutup. Jadi banyak barang-barang opis yang berguna dia ambil. Tapi nampak macam bogelkan sebab nampak sangat batang bunga pahar tu yang macam orang togel. Teringat pula aku ada beli batu-batu plastik hiasan beli kat Daiso. So aku pun punggah la kotak-kotak kat stor sementara iaitu di bilik no 2. Hasilnya.....


Tara.....konon-konon batu plastik kaler biru tu macam air dalam vase. Simple aje kan. Korang pun boleh buat. Cari je balance balance bunga pahar yang korang dapat dari kenduri kawin (cari yang design sama la), lepas tu letak je dalam vase. Tak perlu bazir duit. Bila dah rasa buruk, tukar je dengan bunga pahar daripada kenduri yang lain. At least takde la membazir sangat bunga pahar tu. Pengantin beli mahal-mahal, lepas ambik telur buat sambal tumis terus buang. Sian pengantin. At least dengan cara ni, dapatlah kita jadingan bunga pahar tu sebagai kenangan.

2 uncang teh :

shida said...

kretip

~*irjune*~ said...

hahah...memang kretip...tak tak kreatif

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea