Wednesday, July 24, 2013

Hotel Ku Bilik Tidur Ku

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:31:00 AM
Assalamualaikum wbt

Seingat aku la kan, aku start merasa tidur kat hotel ni masa aku belajar kat USM dulu. Itu pun sebab ada bengkel anjuran USM Induk untuk AJK-AJK Desasiswa. Almaklumlah...masa kat USM dulu kalau nak duduk asrama kena la aktif. So salah satu cara nak memastikan nama aku tak tercicir daripada senarai pelajar yang layak duduk asrama, aku jadilah AJK asrama. AJK aje pun, bukannya exco. Ok, balik pada cerita tidur kat hotel, masa tu aku tak berapa nak menjiwai sangat sebab terpaksa share bilik hotel dengan kawan-kawan lain. Jadi pada aku, ok ok aje la time tu.

Bila dah kerja ni, maka adalah beberapa kali aku kena pergi kursus dan perlu lepak kat hotel. Time ni baru la aku merasai kehidupan tidur di hotel. Apa yang menarik bila tidur kat hotel ni, pada aku la kan...aku suka dekorasi bilik hotel tu yang simple dan cozy. Dan of course la...katil dan tilam yang best. Paling yang aku takkan lupa bila aku kena pergi Sabah tahun lepas, dan dapat stay kat hotel bertaraf 5 bintang kat sana. Perghhh...memang terbaik la. Bagi tau aje aku stay kat Magellan, semua pakat terkejut. Hotel mahal tu kot.

Lepas balik dari Sabah tu la aku beria benar nak deko bilik aku ala-ala hotel. Sebelum ni aku nak deko bilik aku tu ala-ala English style, perabot semua putih bagai. Tapi sebab mostly perabot kat dalam bilik hotel adalah berwarna gelap (hitam, coklat, coffee), maka aku pun nak gak beli perabot macam tu. 

Serius cakap (bukan nak menunjuk), aku memang lebihkan budget untuk bilik tidur aku ni. Selain daripada set perabot, tilam dan bantal, set cadar pun aku beli yang berjenama. Beli waktu sale Sogo. Nak kata mahal tu tak tau la, tapi sebelah tangan juga la melambai kat duit yang keluar tu. Tapi takpelah...sale Sogo setahun 2 kali. Bukan 2 2 tu aku pergi pun, jadinya sempat la simpan duit untuk membeli pada sale yang berikutnya. Hehehehe..

So, buat masa sekarang ni, beginilah susunan bilik tidur aku...(mari layan cerita bergambar).


Katil aku saiz queen je. Nak beli saiz king takut bilik tak muat. Rupa-rupanya besar gak bilik aku ni. Tapi tak pe lah...at least ada ruang untuk aku solat, dan kebetulan cadar yang aku beli pun saiz queen je. Lampu meja tu pula aku beli dekat Romatika, sebiji harga RM79 kalau tak salah aku, siap dapat mentol free (aku suka beli barang yang dapat barang free ni, jimat duit nak beli mentol tu...heheh).


Rasa cozy je bila buka lampu meja tu (perasan jap...hahaha). Lampu meja aku out of theme sikit, kaler putih (tapi ada sedikit sentuhan silver dan coklat), sbb dah semua kaler gelap (merah, kelabu, coffee) aku cuba naikkan seri bilik aku tu dengan kaler putih. Karpet tu pula aku beli kat lelong hari raya Jakel. Harga RM95, warna kelabu silver. Memang sedap kalau nak guling2. Saiz pun ngam-ngam dengan ruang yang ada. Selesa sikit untuk solat.


Yang buat aku rasa sedikit terkilan tu adalah soket kat dinding tu la. Mencacatkan pemandangan je. Silap aku juga la minta wireman tu pasang atas, nak elak banjir konon. Dah la tu pasang satu je. Kalau pasang 2 soket kat bawah baru la nampak cantik. Ape pun, safety first. Cantik no 2 punya hal.Oh...meja solek pula aku letak kat tepi. terpaksa letak macam tu so baru nampak ruang luas sikit. At least dapat juga membiaskan cahaya lampu tu. Tapi bila aku bangun tidur aku sendiri terkejut tengok muka aku yg serabai dengan rambut dah macam mak lampir. Hahahaha....Nak bagi seri sikit kita letak bunga. Bunga pun bunga kaler putih gak. 

Almari pula aku letak mengadap pintu bilik air. Tapi aku terlupa nak snap picture la pula. Coming soon aku nak letak gambar dalam frame putih kat atas kepala katil tu. Sebenarnya dah ada, frame putih beli kat Ikea, tapi ade sedikit kerosakkan la pula. So kena hold dulu. Lagi pun En. Syg tak free lagi nak datang drill lubang. Maklumlah..bulan puasa. Ikutkan En. Syg, dia rasa macam tak perlu je nak gantung gambar bagai. Tapi aku nak letak gak sebab nak bagi naik seri. Kat hotel kan ade gambar kat atas kepala katil tu. Hihihihihi....

Itu je kot pasal susunan bilik tidur aku. Nanti kalau ada penambahan (konpem takkan ada pengurangan), aku cerita la lagi. Semoga korang-korang yang kat luar tu dapat la idea macam mana nak deko bilik korang kan. (Budget macam hebat sangat mendeko...citttt)

6 uncang teh :

Azi said...

wahhh..nanti darrien nak datang tido kat situ la..

~*irjune*~ said...

mai mai...darrien je yg boleh tidur...mama dgn dedi tidur kat lantai...hehehe

Azi said...

takpe..nanti mama ngan dedi boleh tido peluk2 balik..wak ijun tido la ngan darrien atas katil tu..hahaha..

~*irjune*~ said...

mama nak bg darrien adik cepat2 ke? hahahhaha....

Azi said...

darrien blum gigit ibu jari kaki..blum nak adik..wakaka..

~*irjune*~ said...

hahahah....sekarang. coming soon...belum tau.hahha

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea