Tuesday, July 23, 2013

Jom Shopping Di Best Buy

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:22:00 PM
Assalamualaikum wbt.

Korang tau kan antara hobi aku adalah shopping...shopping...dan shopping. Tak kiralah shopping kat atas tanah ke atau secara online. Aku memang akan shopping sakan. Dan barang yang aku suka shopping ni bukan setakat kain baju, kasut, periuk belanga, shopping kat pasar tani untuk setakat beli sayur pun aku suka. Ntahlah...hal yang berkaitan shopping ni mudah membuatkan aku jadi rambang mata.

So aku nak cerita pasal satu website ni yang menjual produk kecantikan, baju, perfume, kasut, dan juga kesihatan yang sangat sesuai dikunjungi oleh semua pelanggan tak kira lelaki atau perempuan, Best Buy


Asalnya adik aku yang bagitau pasal website ni sebab dia nak beli perfume online. Tapi aku start terjebak membeli dekat sini bila aku nak beli produk serum jenama Dior Snow yang aku tengah pakai. Nak beli kat kaunter, tau la kan jenama Dior of course la mahal. Lagi-lagi pula kat area Kangar/Alor Setar mana ade kaunter Dior. Kena pergi sampai Penang baru jumpa. Jauh sangat. Dah tu pula aku nak pakai cepat. Jadi sebagai alternatif aku kena beli online la. Dan aku jumpa produk tu dekat Best Buy. Aku beli sample je sebab dekat Best Buy banyak jual sample especially untuk produk skin care dan kecantikan. Tapi untuk perfume, ade je diorang jual botol saiz 50 ml dan keatas.

Harga yang ditawarkan dekat Best Buy ni memang murah berbanding harga kaunter. Penghantaran pula adalah percuma untuk pembelian RM150 dan keatas. Selalunya aku akan share dengan adik aku bila nak beli. Takde la nak beli kerap sangat, tapi bila serum aku habis, terpaksa la aku beli.

Service pun ok. Korang bank in duit tu cepat, barang pun akan di pos dengan segera. Kalau kata ada masalah berkaitan ketiadaan stok atau terdapat lebihan bayaran, diorang akan hubungi kita dengan segera. So far aku takde masalahlah berurusan dengan pihak Best Buy ni. Packaging pun diorang pek kemas. Memang puas hati.

So, kalau korang jenis suka nak beli produk kecantikan secara online, boleh la klik ke Best Buy. Just duduk, ngadap laptop, dan klik aje. Senangkan.

2 uncang teh :

Azi said...

aku pun dah terjebak dgn shopping online. zz kata aku dah terkena sihir cyber..asik nak mengorder saje..tak beli bila keluar, tak jugak bagi tau nak kekedai..tiba2 barang ikut aku balik rumah..wakakaka...best giler soping online..tiada kes bini keluar tanpa keizinan laki..hanya duit bini yg keluar...hahaha...

~*irjune*~ said...

hahaha...mudah oo soping online ni. klik klik barang dah sampai. lagi rambang mata daripada soping kat kedai.

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea