Friday, September 20, 2013

Rak Buku Ikea

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:52:00 AM
Assalamualaikum wbt.

Lama dah nak beli rak buku untuk susun semua buku-buku aku. Tapi akibat kekangan budget dan masa, aku tak menyempat nak pergi jenguk kedai perabot.

Last weekend masa cuti Hari Malaysia aku kan pergi Shah Alam. Cuti lama jadi ambil kesempatan pergi Ikea la. Plan nak beli almari dresser yang aku berkenan tu. Tapi stok kaler hitam dah habis. So yang aku berjaya rembat adalah rak buku Laiva. Murah je cuma RM75. Aku beli dua unit.

Rak buku ni aku letak dalam bilik no 3. Bilik yang sekarang ni aku reserved jadi bilik untuk adik-adik bujang aku kalau diorang datang. Nak display kat ruang tamu tak sesuai sebab ruang tamu aku sempit..huhuhu...(sedih sikit).

Inilah rupe rak buku aku yang telah siap disusun.


Kalau ikutkan hati aku suka rak buku jenis Kilby ataupun jenis Billy, nampak kukuh sikit. Tapi dua-dua jenis ni sangat panjang. Tak boleh nak angkut dengan Edward de Bono aku tu. Kalau nak angkut juga kena sewa lori. Jadinya hanya jenis Laiva je yang sesuai diangkut dengan kereta aku. Itu pun aku letak kat seat belakang. Nak letak dalam bonet macam tak larat nak angkat. Berat tau, anggaran 14kg.

Rak buku Laiva ni macam kurang kukuh sikit. Tapi dia ada bekalkan sekali skru untuk ikat rak ni dengan dinding. Nanti bolehlah suruh En.Syg tolong buatkan bila dia free.

4 uncang teh :

Fizah said...

ramai gemarkan rak ikea ni..very neat n nice ;)

~*irjune*~ said...

tq Fizah..
barangan kat Ikea mmg sangat praktikal dan murah. yang penting pandai mix n match aje.

cik hani said...

mungkin satu hari nanti akan dapatkan rak ni jugak dari ikea..
lawa.

~*irjune*~ said...

cik hani stay kat shah alam dekat je nak gi ikea. bila2 masa free boleh je gi. hehhehe

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea