Assalamualaikum wbt
Minta maaf ye, otak aku tengah jammed dengan kerja yang tidak berkesudahan ni. So, sesambil merehatkan otak dan juga otot badan, aku curi masa sekejap nak update blog ni.
Hari ni nak cerita pasal kesan-kesan awal selepas sebulan aku ambil Ephyra ni. Yelah...lain orang, lain kesannya. Ada orang tu baru ambil Ephyra 2 minggu dah nampak kesan yang paling ketara seperti rambut dah kurang gugur, kulit makin cerah dan macam-macam lagilah. Kesan untuk diri aku??? Ada je kesan positif itu disamping beberapa kesan sampingan yang lain.
Nak letak muka sendiri belum sampai tahap flawless lagi, so letak aje muka Memey ni yang dah jadi wajah baru Ephyra. Source here. |
Kesan yang aku boleh nampak dengan mata kasar aku ialah liang pori kat muka aku ni semakin mengecil. Sebelum ni nak kata besar sangat tu takde la tapi liang pori tu memang ketara la walaupun tanpa dilihat dibawah mikroskop. Sekarang kira ok sikit la berbanding dulu. Parut jerawat pun dah makin samar. Nak kulit jadi flawless tu lambat lagi la kot.
Kulit muka aku pun dah kurang kekusamannya. Nak kata cerah sangat tu taktau la, maybe kesan pemakaian bedah kot. Tapi sekarang ni aku rasa kalau pakai bedak baby Johnson's pun dah kira ok sikit kot. Takde la nampak macam muka tu kelabu sangat.
Lepas tu pula aku ni semakin bertenaga. Kalau dulu asal sampai ke opis je yang aku nampak part nak landing bawah meja. Sekarang ni kurang la sikit rasa mengantuk tu. Masih boleh bertahan tanpa perlu landing dibawah meja. Bila malam pun boleh lagi berjaga sampai pukul 1 pagi gitu. Mula-mula tu ingat aku ni nak kena insomnia sebab stress dengan keja. Tapi lepas baca testimoni orang lain, rupanya itu adalah kesan penggunaan Ephyra. Ok...aku tunggu aje la kan sementara badan nak serasi.
Kesan paling ketara adalah masa nak raya hari tu aku tersembelih jari aku. Luka la sikit. Tapi selepas 2 3 hari luka tu dah kering dan selepas 2 3 minggu luka tu takde tinggal parut langsung. Sekarang ni bila tengok jari balik macam tak percaya je yang aku pernah gi sembelih jari aku tu.
Masa mula-mula kena sembelih, aku kapankan dengan kain putih je. Balance kain bedung adik-adik aku masa kecik-kecik dulu. Kalau tak dikapan karang semua famili aku jadi raja bersiong pula.
Ini keadaan selepas seminggu raya. Nampak lagi ade kuping parut tu. Tak lama lepas tu kulit tu jadi kulit mati dan tertanggal sendiri. Dan....walllaaa...takde parut langsung.
(upss...gambar selepas kulit mati tercabut tu takde snap...sori)
Tapi itulah kesan paling ketara yang aku boleh tunjuk nak membuktikan Ephyra ni bagus untuk diamalkan oleh semua orang tak kira lelaki dan perempuan. Walapun harganya sedikit mahal tapi berbaloi untuk diminum.
Sekarang ni aku dah sambung untuk kotak kedua pula. Nak tengok kesan pada rambut sebab aku ni jenis rambut gugur banyak. Nasib baik rambut tebal so takdela nak nampak botak. Kalau jenis rambut nipis...alamat dah botak la kepala aku.
1 uncang teh :
Salam,
being an authorised EPHYRA dealer, im so excited to share with you the product that has giving wonders to most of the ladies out there.
FYI, im selling EPHYRA at a very good deal! (below market price for sure!)
let me know if you are interested :)
spread the love!
Izza (EPHYRA Authorised Dealer)
0192198619
izza_grrl@hotmail.com
Post a Comment