Tuesday, November 12, 2013

Bila Artis Jadi Pengiring

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:34:00 PM
Assalamualaikum wbt.

Satu Malaysia dah tahu kan pelakon Fizo Omar dah selamat bernikah dengan anak pengasas tudung Fareeda, Mawar Fareeda tu. Tahniah dari aku.
fizo omar dan mawar fareeda
Picture credit to Beautifulnara

Entry ni bukan nak review pasal majlis diorang sebab aku tau ramai yang dah keluar post pasal diorang ni. Ni aku nak review pasal pembawa dulang hantaran (pengiring eh?) rombongan Fizo Omar.
 photo 1402303_10152034617394414_79637301_o.jpg
Picture credit to Beautifulnara

Kelas kau...aku rasa tak pernah kot tengok majlis nikah artis, geng-geng artis turun padang jadi pembawa dulang hantaran. Tapi untuk majlis Fizo ni yang bawa dulang hantaran semuanya geng-geng artis. Ketua pembawa dulang ni pula Dato' Rosyam Noor. 
fizo omar dan mawar fareeda
Picture credit to Beautifulnara

Kalau kita perasan la kan, artis yang tolong bawa dulang hantaran Fizo ni semuanya bujang-bujang belaka, kecuali Rosyam Noor. Awww....amik berkat majlis Fizo ke bang. Ape pun kita tunggu pula daripada 7 orang "dayang-dayang" Fizo Omar ni (tak termasuk Rosyam Noor ye), yang mana dulu akan follow jejak langkah Fizo untuk naik pelamin. 

Nota_jari: Semua gambar ni bukan milik aku tapi diambil dari blog Beautifulnara. Harap maklum

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea