Thursday, November 7, 2013

Lampu Labu Sayung

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:58:00 PM
Assalamualaikum wbt.

Ada satu entri tu aku ada cerita pasal aku letak labu sayung sebagai elemen deko kat ruang tamu aku. Kalau tak ingat boleh la klik disini.

Tapi sekarang ni labu sayung tu makin membesar dan tetiba berlubang-lubang. Adakah labu sayung aku tu "hidup". (Perasan ayat scary giler tu).
See...kan ke labu sayung aku tu dah jadi lain benor daripada dulu. Kalau dulu hitam legam, sekarang ni elok je jadi warna coklat berkilat. Apakah ia? (ayat skema tak hengat)
Hahaha...sebenarnya ini adalah lampu meja berbentuk labu sayung. Aku beli masa pergi jalan-jalan ke Kuala Kangsar/Sayung weekend hari tu. Saje je perabih minyak kereta. Dah singgah kat kedai labu sayung tu, nampak lampu ni dan harga pula berpatutan, so rembat la satu. Kan ke cantik bila dipasang, cahaya tu merembes keluar melalui lubang-lubang bercorak tu. Nampak cantik je kan.

Buat masa sekarang ni lampu ni landing dulu kat sini. Labu sayung yang asal tu aku alih dulu letak atas meja makan. Tunggu keluar idea baru pula untuk sesi dekorasi yang akan datang.

Tungguuuuu.....

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea