Thursday, November 28, 2013

Pokok Angkat

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:13:00 AM
Assalamualaikum wbt.

Aku ni jarang nak cerita pasal aktiviti kerja-kerja aku. Bukan ape, pada aku blog ni adalah tempat aku keluar sebentar daripada dunia pekerjaan aku yang kadang-kadang rasa dah tahap saturated ni. Bukan benci dengan amanah kerja yang aku buat ni, tapi dah 8 jam fikir pasal kerja aje, ape salahnya bila ada masa lapang tu kita lupakan sebentar cerita pasal kerja ni. Hahaha...

Tapi entri kali ni ada sedikit kaitan dengan tempat kerja aku. Sikit aje...tak banyak pun. Semalam la, ptj aku ni dapat arahan untuk tanam pokok sekitar jalan dalam kampus ni. Tak jauh sangat pun, dalam 200 meter aje jaraknya, lebih kurang 60 anak pokok. Jadi kami pun beramai-ramai la menyahut seruan untuk hijaukan bumi ni.
Inilah pokok yang aku tanam tu. Nama pokok ni "Merawan Siput Jantan". Jangan tanya aku kenapa pokok ni nama macam ni sebab aku pun tau nama pokok ni lepas PA bos aku email memaklumkan hal ni kat semua staf. Tapi itulah....bunyi nama pokok ni kalau dibaca amat menyedihkan pula..."merawan"..kah kah kah.

Aku tak tanam banyak pun, Just ambil tender satu pokok aje. Lagi pun lubang untuk pokok ni dah ready made, so aku cuma letak pokok dalam lubang, letak baja dan kambus balik dengan tanah la. Kira ni macam pokok angkat kami la ni. Mean kami kena jaga, kena belai, kena siram setiap hari sampai besar. Ish...bab siram ni aku memang malas sikit. So memandangkan pokok ni ditanam atas tanah, aku harap sangatlah akar pokok ini pandai berdikari untuk cari air dari sumber bawah. Untuk bab siram pula, aku tender kat air hujan ajelah untuk siram. Hahahahaha...
Ini gambar kenangan aku dengan pokok ni. Nama pun pokok angkatkan. Haruslah ada gambar kenang-kenangan. Nanti 30 tahun kalau umur panjang dan dah jadi Prof (moga-moga dikabulkan), bolehlah tunjuk gambar ni kat pokok sambil mengimbau kenangan masa mula-mula pokok ni ditanam. Kenangan menanam pokok masa jadi pekerja bawahan ni. Hahahah.....Itu pun kalau pokok ni hidup dan masih wujud lagi. 

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea