Assalamualaikum wbt
Weekend lepas dalam sibuk-sibuk nak siapkan nota kuliah dan juga melilit bunga pahar, aku selit-selit juga aktiviti mengemas rumah. Hmmm....dah sebulan lebih tak kemas, memang tunggang langgang dan berhabuk rumah aku. Nampak sangat malas aku ni. Hahahaha...
Bila dah menyapu, mengemop dan mengemas tu, aku ubah la sikit susunan sofa dan armchair ruang tamu aku tu. Alaaa...bukan ketara sangat pun perubahan dia...just adjust keduduakn armchair tu aje pun.
SEBELUM: Armchair aku tu aku letak menyenget sikit. Gambar yang bawah tu aku snap dari jauh, nampakkan susunan armchair aku tu aku susun ikut bentuk tingkap rumah aku yang semi hexagonal tu.
SELEPAS: Ini pula gambar selepas. Kedudukan satu armchair tu aku selarikan dengan sofa dan satu lagi aku takde nak susun senget-senget dah. Muktamad pada sudut 90 darjah.
Kan ke aku dah cakap takde berubah banyak pun. Cuma aku rasa sendiri la kan, lepas buat susunan secara selari ni lepas tu tarik sikit sofa kelabu tu ke tengah nampak la ruang tu lagi luas. Perasaan aku aje kot. Hahaha..
Selain tu, aku tukar vase bunga tu aje pun. Vase bunga yang asalnya aku letak atas meja makan aku letak kat ruang tamu, manakala vase bunga ruang tamu tu aku letak kat meja makan. Berkalih tempat. Untuk labu sayung pula, aku letak balik labu sayung asal yang hitam legam tu. Lampu labu sayung yang aku baru cerita tempoh hari, aku angkut letak kat bilik belakang dulu. Hold la dulu sebelum dapat beli meja console atau kabinet atau apa-apa yang sewaktu dengannya.
SEBELUM
SELEPAS
4 uncang teh :
ijun..kemasnya rumah.
Comel kerusi yang 2 bijik tu.
Takp ijun..walaupun sikit je pengubahsuaian yang kite buat, tetap memberikan impak kelainan kan
tq cik hani.
kerusi dua biji tu beli sbb terpengaruh dengan rancangan makeover omputeh la. Yang berkenan yg kat Ikea warna puteh tu tapi jauh sangat nak angkut so beli je area sini. Tapi warna tu je yang available.
suka langsir tuuuu...samapi syiling..nampak tinggiii
tq umie sue....ikut nasihat eric leong ler ni. hahhaha
Post a Comment