Friday, January 29, 2010

Aku Bengong??!!

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:13:00 AM
Sebelum aku nak teruskan ngan bebelan aku akibat daripada peristiwa yang berlaku hari ni, aku nak tanya dalam Kamus Dewan Edisi Terbaru ada tak perkataan "Bengong" ni. Kalau ada boleh bagi tau tak apa maknanya. Maaflah, kali terakhir aku bertemu muka dengan Kamus Dewan ni adalah masa aku sekolah dulu dan lebih spesifik lagi masa aku Form 5. Jadi bab perbendaharaan kata aku pun masih lagi edisi lama yang tak pernah di update.

Back to story...kenapa aku bengong?! Mungkin ini adalah kerana penangan serangan yang di panggil TEKANAN kot yang menyebabkan tahap bengong aku menjadi maksima pada hari ini. Tekanan perasaan, tekanan kerja, tekanan belajar dan tekanan sekeliling betul2 membuatkan aku jadi down sangat2 semenjak dua menjak ni.

Orang cakap kalau kita down....sedih....jangan dengar lagu yang spesis sedih, sbb nanti kita jadi lagi tak betul. Tapi since dari minggu lepas aku memang layan lagu Akak Ziana Zain aje. Almaklumlah...most of her song played during my school time.Jadi macam mengimbau kenangan masa zaman sekolah la ni. Zaman gonjeng2 gitu. Ahaks!!!!!!

Hari ni ntah mimpi ape ntah aku telah membuat satu tindakan yang aku rasa sangat-sangatlah membengongkan diri aku. Ntah hantu ape yang rasuk aku hari ni, dengan slumbernye aku dah buat satu confession kat sorang manusia ni yang aku suka dia. Heh! kalau korang..korang berani tak??? Ni semua sbb aku geram bila dia suruh aku berubah la which is aku pernah cakap dalam entri sebelum ini yang aku sangatlah tak suka dengan itu statement. Nasib baik aku mengaku dalam YM aje. Itu pun aku dapat agak yang manusia ni dah terkedu dengan pengakuan berani mati aku ni. Tapi kalau ngaku live pun konpem aku pun terkedu gak. Tapi aku cuma mengaku aku "SUKA" aje kat dia. Global meaning tu. (Korang...SUKA dengan MINAT tu tak sama kan??).  Takde lebih2 pun.

Ahaaa....malu tak bila aku buat pengakuan berani mati tu??? Jawapannya..malu beb! Walaupun cuma dalam YM je tapi aku malu gak sikit. Tapi takpe...esok aku amik cuti. Aku nak bangun lewat sok pagi...plan nak tido balik lepas solat subuh. Jadi confirm aku takkan jumpa ngan manusia ni sampai hari Ahad.Confirm dia akan lupa semua yang aku sembang ngan dia siang tadi. Pagi Isnin aku masuk keje everything will be normal. Hopefully..Insya Allah.

Kenapalah aku baik hati sangat citer kat dia yang aku suka kat dia siang tadi. Inilah bahananya kalau ade yang suka suki on suis kerek aku. Last2 benda yang aku cover selama ni dah terdedah. Nasib baik la dia ni manusia yang ada otak sikit. Kalau jenis yang takde otak...mau dikutuknya aku habis-habisan. Oh! Tidak...Oh! Tidak...

Sekali lagi nak tanya...SUKA dengan MINAT tu tak sama kan????

Oklah...aku stop dulu...tu assignment master-ji aku tgh menunggu untuk disiapkan.

Nota_jari: Sekarang aku tengah dengar lagu Ziana Zain...jiwang beb!


5 uncang teh :

Anonymous said...

yeyeay ijun suka dia :)

alaa jun, ok ape bgtau. kot dia pun ada rasa yg sama ke kan.

go ijun!

shida said...

eleh.. dia nak jual mahal je tu..
hang buat tak tau ja... nanti sure dia cari hang balik...

~*irjune*~ said...

huzz & pah: yup aku suka..tapi suka dengan minat lain kan. jadi aku tak obses sgt. satu lagi...dia nak cari aku balik apenye...dia dah ade awek la...
alaaa...tak kisah la...hidup kene terus...suka kat org lain pulak.

zuesaran said...

apa kata kalo aku ckp "ala...baru awek..yg ada bini pon leh tinggai bini dia.." ..ha?? amacam?? ada rasa gabra tak???

~*irjune*~ said...

walalala....zue..aku bukan jenis amik hak org walaupun org tu cuma secrect admire org lain.

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea