Friday, January 15, 2010

Dua peristiwa di negeri Perlis dalam masa seminggu.

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:57:00 PM
Panjang pulak tajuk aku kali ni. Ini semua pasal kes buang ayah dan terbaru kes kena tipu pasal kahwin, yang mana kedua2 kes ni berlaku di negeri Perlis yang permai dan berlaku dalam masa seminggu. Semalam, Harian Metro melaporkan pasal kes pertama iaitu kes buang ayah (yang baru sahaja menjalani pembedahan jantung) di perhentian bas depan sekolah rendah di Kangar dan hari ni pula pasal laporan berita seorang inspektor polis yang datang untuk bernikah tetapi di sambut pengantin perempuan dengan hanya berkain batik sahaja (klik sini untuk bacaan lanjut). Dan berita mutakhir pula yang baru disiarkan di Buletin Utama dan dah di laporkan dalam Harian Metro online pula pasal ayah yang sakit jantung tapi ditinggalkan di sebuah pusat dialisis di Seriab (baca sini).

Kes 1: Buang ayah
Dalam seminggu ada 2 laporan di Harian Metro pasal kes buang ayah. Laporan pertama pasal ayah kena tinggal di perhentian bas, manakala yang terbaru seorang ayah ditinggalkan di sebuah pusat dialisis. Perkara pertama yang aku nak komen dan kutuk adalah anak lelaki 2 orang ayah tu tak layak jadi anak sesiapa pun. Ok, aku boleh terima kalau suatu ketika ketika ayah2 mereka itu masih muda mungkin ada selisih faham, selisih pendapat diantara anak dan ayah atau ada perkara yang menyebabkan si anak berkecil hati dengan ayah atau mungkin masa muda2 dulu ayah diorang ni merupakan ayah yang teruk. Aku pun sebagai manusia selalu gak berselisih pendapat dengan ayah aku. Normal la tu. Aku orang muda, cara fikir lain...ayah aku orang tua...cara fikir pun lain. Tapi itu bukan alasan untuk kita buang ayah sendiri.

Pada aku la kan....kalau tak disebabkan haram anak buang nama ayah yang dibin kepada anak diorang ni, aku rasa baik diorang buang sekali nama ayah yang dibinkan kat diorang. Tak malu ke...ko pandai buang ayah kat tepi jalan...tapi apsal dalam kad pengenalan dengan surat beranak tu nama ko masih lagi dibinkan kepada ayah ko tu? Kalau aku malu...tersangat malu. Tapi manusia bangang yang buang ayah diorang ni bongok tahap gaban. Buang ayah tapi bagi alasan yg sangat2 tidak logik dan tak masuk akal (eh! mamat yang buang ayah tu sekolah sampai darjah berapa ek?). Ada ke bagi alasan sebab ayah dia jadi pengacau dalam keluarga dia sebab tu dia nak buang ayah sendiri.

Aku rasa la kan, bukan ayah dia yang jadi pengacau, tapi anak dia tu yang dah sewel. Dia tak tau ke, Allah tu maha berkuasa, dia tu pun ada anak, apa yang dia rasa kalau satu hari nanti anak dia buang dia juga sama situasi macam dia buang ayah dia sekarang ni. Tak amibil iktibar betul dari iklan raya Petronas pasal anak perempuan dia yang jaga ayah yang baru keluar hospital sambil lewa tu.

Yang menantu orang tua tu a.k.a isteri kepada mamat sewel tu pun sama bodoh gak. Ko tak belajar agama ke? Macam mana ler dulu ko boleh lepas kursus masa nak kahwin tapi tak tau hukum hakam agama dan adab kekeluargaan. Ni mesti masa kahwin dulu jenis yang tak sabar nak pikir buat sex aje sampai ajaran agama pun tak ingat. Kalau tak tau meh sini aku yang bujang ni nak bagi tau, bila dah kahwin, ayah dan mak mertua tu taraf diorang dah sama taraf macam mak ayah sendiri dan hukumnya adalah wajib. Diulang...WAJIB. Jadi kepada isteri, adalah wajib kepada anda menjaga mak dan ayah mertua melebihi mak ayah sendiri sebab selepas perempuan kahwin, keluarga suaminya adalah keutamaan kepada si isteri. Tapi....nak buat macam mana bini mamat sewel tu pun sama sewel gak.

Kes 2: Kes Inspektor Polis tak jadi kahwin
Ni pulak kes pegawai polis yang nyaris2 nak kahwin dengan isteri orang. Pelik tak, selama ni masa merisik, bertunang dan menetap belanja takkan la keluarga lelaki tu tak pernah deal dengan mak ayah si perempuan tu. Ok, kata dah berkawan selama 3 tahun, takkan la si lelaki ni tak pernah sedar yang awek dia tu isteri orang. Dan, kata sama2 keja sebagai pegawai polis, takkan la tak boleh nak check status "tunang" tersayang tu. Nama aje pegawai tapi apsal la boleh tiba2 jadi camni (tak boleh kutuk polis lebih2 nnt kena saman).

Aku rasa yang salah ni si pompuan tu. Apa motif pun aku tak tau. Lepas tu boleh pulak ajak si lelaki tu kahwin lari kat Siam. Bodoh betul. Ko tu polis, apsal la nak cari pasal nak kahwin lari. Nasib la si lelaki ni panjang akal sikit so dia cepat sedar. Kalau tak sedar juga...hmmm...ntah apa ntah yang nak jadi. Mau 2 2 orang manusia ini kena tindakan tatatertib.

Itulah, ada yang bujang gi cari bini orang. Nasib baik cepat sedar. Kalau tak lagi la malu dan berdosa.

Kesimpulan:
Ape la lagi yang nak jadi dengan dunia sekarang ni. Mungkin inilah tanda2 akhir zaman. Anak menjadi tuan kepada orang tua, manusia berlumba-lumba membina bangunan tinggi, banyak ibu2 yang membuang anak sendiri, ramai manusia yang berpura2 alim dan lebih alim daripada orang alim, dan sana sini manusia berbuat dosa tanpa batasan.

Ya Allah...ampun dosa aku dan dosa kedua ibu bapa aku.

7 uncang teh :

jijah montel said...

banyak betul benda pelik sekarang ni.. ishh..

~*irjune*~ said...

btul tu kurt....tanda akhir zaman

shida said...

kalau tau anak dia nak buat mcm tu kat dia bila tua2.... kecik2 lagi dah picit hidung...
kesian bapak.. nangis terisak2... tak dak hati perut

~*irjune*~ said...

tapi kan pah...semalam aku baca komen pakar psikologi cakap tak boleh salahkan si anak 100% sbb mungkin masa kecik2 dulu si ayah tu terlalu garang atau ape ke. atau mungkin si anak marah ayah dia ceraikan mak dia ker. kita tak tau pe masalah depa tu.

shida said...

jun...
kalau kita berbalik pada agama kita, tiada istilah balas dendam dekat org yg telah membesarkan anak iaitu ibu dan bapa.. biar jahat mana pun, mereka tetap darah daging. DERHAKA lah seorang anak itu seandainya menjatuhkan setitik air mata ibu atau ayah,,,

shida said...

aku nak kongsi lagu nih...

ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....

~*irjune*~ said...

shida: hg ni kadang2 jiwang gak ek. hehhehe...aku suka...

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea