Tuesday, September 10, 2013

Mengemas Laci Kabinet Dapur

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:39:00 AM
Assalamualaikum wbt.

Weekend lepas adalah hari yang paling heaven untuk diri aku sebab dapat meluangkan masa mengemas dan menyusun sedikit barang-barang plastik di dapur. Walaupun susunan yang aku buat tu belum lagi memuaskan hati aku dan belum mencapai tahap pro, tapi nampak la kemas sedikit untuk tempoh beberapa ketika ini. (perghhhh...ayat tak boleh blah...kui kui kui).

Alaaa...aku takde susun apenye pun. Saje buat operasi menghapuskan semut. Semut banyak betul. Bila dah siap operasi tu kena kemas la balik. So tu yang aku sempat nak kemas bekas-bekas plastik dalam laci.

Sori la beb...masih mencari rentak untuk mengemas. Tak boleh la nak mengalahkan otai-otai yang lain. Ape pun tips2 dan panduan otai-otai yang aku baca melalui blog dan lihat kat Youtube memang membantu. So jom layan sekeping dua gambar laci yang dah siap aku kemas dan yang belum sempurna dikemas.

Ini laci yang paling bawah sekali daripada 3 laci kabinet yang sedia ada. Aku buat simpan segala bekas plastik tipu-tipu ware ni. Nak beli jenama tupperware rasa macam belum keperluan lagi. Jadi aku beli je bekas plastik jenis PRUTA (tudung hijau) dan jenis JAMKA (tudung biru). Selain harga yang murah, bekas plastik ni boleh masuk dalam microwave. Kat dasar laci tu aku lapik dengan kertas aluminium beli kat Daiso. Lama dah membeli baru la habis diguna. Hihihih...Perasankan ruang kosong tu still ada lagi. Jangan tertipu. bekas-bekas plastik aku ni ade lagi kat luar. So tak semua habis disimpan. Kalau semua disimpan aku rasa kena buat rombakan kot supaya penggunaan ruang adalah pada tahap maksimum. So tunggu ye next time punya entri (jika ada/rajin)
Laci kedua (laci tengah) pula still ada ruang kosong. Buat sementara waktu aku letak mangkuk hadiah sabun Daia dan juga jug plastik yang selalu aku guna serta shaker. Aku rasa laci ni memang perlu dirombak sebab mangkuk kaca tu bukannya aku guna selalu pun. Maybe aku patut letak cawan dalam laci ni kot. Tapi tunggulah dulu...kena tengok kesesuaian dari segi penggunaan. Kalau kerap digunakan, baru boleh simpan dalam laci ni.
Ini pula laci pertama dari atas. Serabut lagi kan. Plan asal aku nak buat laci untuk simpan sudu garfu. Tapi habis dengan senduk, sudip semua aku simpan kat sini. Bekas plastik untuk sudu tu aku beli kat Ikea je. Sebenarnya ada lagi satu bekas sudu tu beli kat Daiso, tapi bila nak masukkan dalam laci tak muat plak.Jadinya untuk sementara waktu, macam ni lah laci sudu aku sementara aku memikirkan kaedah lain untuk simpan segala senduk dan sudip aku tu. 

Yeah...setakat ini je dulu lawatan kita ye. Yang lain-lain nanti aku cerita kemudian. Nak cerita semua sekali nanti takde idea pula. Jadi cerita la mana yang sempat dulu ye. Hehehhe.....

Nota_jari: itu pun ade lagi sekotak set sudu garfu yang aku tak simpan lagi. Masih segak baring dalam kotak sebab takde idea nak simpan kat mana. So, hold dulu la ek.

2 uncang teh :

Fizah said...

lbh kurang susunatur saya...laci satu temp sudu garpu, kedua utk cawan2, ketiga utk pinggan makan dan lauk pauk..nti cabaran bulanan dapur, sy akan up cerita ni..insyaAllah ;)

~*irjune*~ said...

Fizah...
masih diperingkat permulaan. Banyak lagi yang nak kena buat. Ish...segan pula nak masuk cabaran bulanan dapur sebab masih banyak kurangnye.
Anyway...tq sebab sudi jengah.

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea