Wednesday, January 27, 2010

Keturunan Si Tanggang telah dijumpai

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:02:00 AM
Sejak kecil lagi aku dah didedahkan dengan cerita Si Tanggang ni. Cerita macam mana seorang anak yang sangat2 disayangi oleh si ibu berubah sikap selepas mendapat sedikit kejayaan dan kekayaan. Akibat berkecil hati si ibu ni pun berdoa supaya anaknya di hukum tuhan dan seterusnya menjadi batu (Ok, ibu kalau mendoakan untuk keburukan sekali doa je dah dkabulkan---> ini fakta dan aku rasa bukan auta). Kenapa mesti Si Tanggang...kenapa namanya bukan Si Boncit, Si Boyot, Si Kesuma, Si Kencana atau lain2 lagi nama...kenapa Si Tanggang??? Ok, itu bukan masalah utama kalau nak letak nama apa pun sbb zaman sekarang ni memang ramai anak2 yang dah tak sepatutnya dipanggil anak sebab dah menganiaya ibu sendiri. Bak kata mak aku la kalau time marah kat anak2 dia. "kalau mak tau hampa degil dengan malas macam ni, dari kecik mak picit hidung hampa bg mati". Tapi nasib baik mak aku bela kami adik beradik sampai sekarang dah jadi tua bangka macam ni. Alhamdulillah.

Kasih ibu membawa ke syurga...Ibu..walau sejahat macam mana pun tetap sayangkan anak. Ibu yang tak sayangkan anak tu ibu bangang namanya sbb suka suki je nak buang anak, jirus anak dengan asid dan ada yang jual anak. Tapi bilangan ibu bangang ni tersangatlah kecil dan boleh di kuis dengan jari aje, bak kelemumur yang jatuh di bahu, pakai syampu Head and Shoulder confirm takde kelemumur.

Tapi anak yang jahat macam setan dan ada lagi jahat dari setan memang ramai. Tak terkira. Contohnya macam artikel ni "Ibu 'terbang' dari Sarawak terkilan dihalau anak". Menurut dari petikan akhba Kosmo ni, si ibu ni yang sanggup datang dari Sarawak telah diherdik oleh anak menantu sendiri. Kesian betul tengok si ibu ni. Datang dengan hajat tapi pulang dengan hampa. Aku ingat bila Si Tanggang dengan isteri dia dah jadi batu, maka habislah keturunan dia di muka bumi ni. Tapi terlepas juga satu keturunan dia yang dah bermastautin di bumi Malaysia ni. Rupanya akibat sumpahan batu oleh ibu Si Tanggang, habis keturunannya berhati batu dan berkepala batu sampai sanggup halau mak sendiri.

Makcik Tumi yang telah dihalau oleh anak sendiri ini

Teringin gak aku nak tau keadaan anak si ibu tu macam mana. Cantik sangat ke itu perempuan, kaya sangat ke suami dia tu, rumah batu berapa tingkat, kereta berapa buah, ada Ferrari ke tak. Kalau memang dah taraf jutawan tu nak halau ibu sendiri sampai tak nak mengaku mak tu memang berbaloi la. Tapi kalau setakat ada Honda Accord je (saje bg standard la skit..kalau kata kereta waja atau wira nanti kecik hati pula), lepas tu banglo sebuah dengan satu kompeni yang cuma harap projek kerajaan je, buat habis beras aje yang tak nak mengaku perempuan itu adalah ibu sendiri. Buat malu keturunan Si Tanggang aje sbb Si Tanggang ada kapal besar yang ko ada kete kecik je. Kalau macam ni punya manusia yg tak cukup harta, Tanggang pun tak nak mengaku keturunan dia. Hahahhahah....

Seorang sahabat Baginda pernah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW tentang antara ibu dan ayah yang mana satu perlu diutamakan dan dihormati. Maka jawab Baginda, "ibu mu". Selepas itu, tanya sahabat lagi, masih dijawab Baginda, "ibu mu". Selepas itu, "ibu mu" jawab Baginda untuk kali yang ketiga. Dan untuk pertanyaan kali ke empat barulah Baginda menjawab " ayah mu". Tengok, betapa mulianya taraf seorang ibu itu. Sebagai anak, kita kena mengutamakan ibu 3 kali ganda daripada ayah sendiri. Kalau nak bangkang cakap ayah masih boleh lagi tapi jangan sesekali bangkang cakap ibu sebab ibu tu ada hak yang lebih utama ke atas anak-anaknya.

Aku tak tau la spesis anak jenis apa yang tak nak mengaku ibu sendiri. Ingat la sikit, satu hari awk pun akan jadi ibu, ada anak, jadi apa perasaan ko kalau anak sendiri buang ko? Sedihkan...lepas tu mula la ungkit cerita tentang pengorbanan ko. Tapi ko tak sedar diri yang masa muda2 dulu ko pun jenis anak jahanam yang tak hormat mak ayah sendiri. Dunia ni bulat. Apa yang kita buat baik atau buruk akan datang balik kepada kita satu hari nanti. Kalau baik...baiklah balasannya. Kalau jahat...hahahha padan muka ko la. Ingat, redha seorang isteri adalah redha dari suami. Redha anak adalah redha dari ibu bapa. Selagi ibu bapa tak redha dan tak ampunkan kita sebagai anak, selama itulah tiada redha Allah untuk kita dan selama itulah amalan kita tak berguna. (maaf..aku ni bukanlah seorang yang arif mengenai agama)

Ok, aku ni mengaku bukanlah anak yang baik sangat dalam erti kata yang sebenar. Aku pun kadang2 ada selisih pendapat juga dengan mak aku. Tapi mati hidup semula, kalau ada sesapa yang cuba nak sakitkan hati mak aku, aku sanggup lawan balik org tu sampai dia musnah. Ni janji aku sebagai anak. Biarlah org nak cakap aku ni hantu brutal ke ape ke, janji maruah mak aku terjaga. Mak aku insan yang paling mulia dalam hidup aku. Dia bidadari syurga yang Allah bagi untuk jaga aku selama ni. Tak ada orang yang boleh lawan kecantikan mak aku, keterean mak aku dalam bab masak memasak,kesabaran mak aku dan kewangian bau badan mak aku walaupun mak aku tak mandi (hihihiihihihi....). Yang penting mak aku ni memang the best la untuk diri aku. Mak aku cukup menderita selama nak besarkan aku adik beradik. Jadi sekarang masa untuk aku balas balik derita mak aku tu dengan kebahagiaan yang tak seberapa ni.

Tapi bukan macam anak makcik dari Sarawak tu. Anak tak kenang budi (ayat stereotaip citer Melayu ni).

Kepada mak aku, Puan Normuia'ni binti Selamat (tengok nama mak aku pun dah menunjukkan mak aku ni sangatlah special), aku, Junaidah binti Ali Mohd Jobran (alamak full name la pulak...huhuhu...nama ayah aku pun special gak kan..the only one in Malaysia nama macam ni), dan adik2 yang lain serta abg sangat2 lah sayang kepada mak ....sayang kepada mak...sayang kepada mak dan sayang kepada ayah dunia dan akhirat. Mak ampunkan dosa kami adik beradik dan halalkan air susu mak yang kami minum selama ni.

Tengok..mak aku sempoi ngan stylo anak pun kena la stylo gak. ekekkeke

Klasik tak gambar mak aku ni.

Nota_jari: maaf aku sedikit emo bila bercakap perihal isu mak ni sbb aku sayang mak aku.


5 uncang teh :

shida said...

aduhai... menonong bijik mata aku baca petikan bebelan hang jun pagi2 buta ni...
apa pun... tabik la untuk hang jun sbb memperjuangkan nasib seorang ibu... heeeeeeee

zuesaran said...

hheheee.....bagus june...br je smlm aku suh hang tulih dlm blog..dah pon hang tulih..aku pnh gaduh ngan maklong aku sbb dia kurang ajar ngan mak aku..hampir je aku nak sepak muka mak long aku..sbb aku terlalu sygkan mak aku..jgn ada sesapa cuba usik or kurang ajar ngan mak aku....dan sekarang..mak longa ku takut ngan aku..dan aku masih hormat dia sperti dulu..blagak mcm tadak apa yg jadik..tp maklong aku dah tak berani nak kurang ajar ngan mak aku lagik...hihiii

Anonymous said...

anak menantu makcik Tumi tu kan, tak de hati, tak de otak, tak de apa pun. KOSONG!

ijun, aku pun sayang mak hang..hehehhehe

~*irjune*~ said...

shida: hahhahah....ye aku suka membebel kalau satu benda tu betul. tak salahkan kalau kita mengarut untuk satu perkara yg betul. walaupun aku ni takde anak lagi tapi aku tau la rasa macam mana nak bela anak sbb aku pun pernah bela anak kucing ngan anak hamster. hahhahaha....

zue: btul tu zue. aku pun kadang2 pi lawan cakap ngan tok aku sbb nak salahkan mak aku je kalau ade yg dia kurang puas ati. sebagai anak kita kena backing mak ayah kita. tapi lepas tu aku mesti buat tak tau pretend macam tak buat salah kat tok aku tu. ekekkeke...aku cukup hormat kat mak aku dan acu (adik ayah aku) sbb masa kecik depa la yg asuh aku sblm acu aku kawin. walaupun aku kdg2 hangin gak dengan acu aku tapi sbb dia pernah basuh berak aku so aku kena hormat gak dia macam aku hormat mak aku.

~*irjune*~ said...

huzz: thanks along. hehheh...even aku tak jumpa mak hg tapi aku pun sayang gak la kat mak hg sbb lahirkan seorang kawan yg best macam hg. hehheheh....

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea