Monday, September 30, 2013

SURVEY: Telekung 3 Layers

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:43:00 AM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Ini saje je aku nak buat survey awal. Just nak tanya...agak-agak ada tak sesiapa nak beli atau teringin nak beli telekung 3 layers. Ni aku tolong on behalf my future SIL. Dia ada jual telekung ni. Handmade ok...dari kain Lycra 320. Sejuk dan elok je jatuh. So kalau kita solat bawah kipas tu takde la kain telekung tu terbang-terbang. Harga pula dalam anggaran plus minus RM170. Ini dia la yang bagitau kat aku. Kalau nak diskaun direct tanya tokey cum designer la. Ok kat bawah ni aku tempek la gambar-gambar telekung tu.
See...elok je kain ni jatuh...berat tapi selesa

Kat bawah ni pula antara contoh-contoh telekung yang dah siap dijahit. Sample aje tau.
pink

grey

blue

various of colour to choose
 Yang ini pula new design yang tailor SIL ni tengah jahit.
new design 

new design

Ade ke yang berminat. Aku nak tengok ramai mana yang berminat dengan telekung ni. Kalau ramai yang berminat aku akan update lagi info pasal telekung ni. Kalau suram-suram kelabu tu, aku stop setakat ni je. 

Berminat ke?

Pizza Roti Paratha

masa minum teh ~*irjune*~ pada 8:00:00 AM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Masa tengah tadah telinga dengar ceramah untuk kursus kahwin, sempat lagi dok fikir ape nak makan untuk dinner nanti. Balik dari kursus terus shoot pergi kedai beli barang dapur. Kebetulan banyak stok makanan dah habis, so sambil-sambil beli untuk stok la (makanan kering dan nugget aje pun).

Balik rumah terus simpan stok dan terus masak. Aku masak pizza roti paratha. Dapat idea nak masak sebab adik aku pernah masak masa aku pergi rumah dia dulu. Simple dan mudah je. Boleh la untuk lepaskan gian nak makan pizza. Hihihi...

Ini adalah bahan-bahan pizza roti paratha aku.
Roti paratha (of course la kan), ayam kisar, sos prego untuk aku sapu atas roti paratha, keju mozzarella (sbb nak bagi nampak keju panjang-panjang), keju parmesan, dan juga capsicum, tomato dengan bawang holland untuk buat topping. Tabur semua atas roti yang dah disapu dengan sos prego, pastu aku bakar dalam pemanggang ajaib cap Haji Ismail Group (aku beli kat kedai Haji Ismail Group kat Langkawi, bukan pemanggang ajaib Menang Glassware punya tau). Bila nampak dah masak, aku masukkan dalam microwave untuk bagi keju tu makin cair. Dan hasilnya....taraaa...
Simple aje kan. Inilah dinner aku untuk malam ni. Nyum..nyum...nyum....

Sunday, September 29, 2013

Kursus Pra-Perkahwinan

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:57:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Dua hari ni aku pergi tadah telinga dengar ceramah untuk kursus pra-perkahwinan. Pergi sorang-sorang je sebab En.Syg dah ada sijil pra-perkahwinan 2 3 tahun lagi awal dari aku (semangat betul dia kan...hahahha). Jadinya, kalau orang lain pergi kursus dengan partner, aku je yang pulun pergi sorang-sorang. Tapi bagus juga pergi sorang-sorang ni. Ada part yang pasal urusan suami isteri tu takde la aku malu sangat bila dengar. Wakakakaka.

Nota_jari: Ade lagi ke buku "permata yang hilang" kat pasaran? Hahahahahahaha

Le Tour De Dapur

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:34:00 PM 18 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Hari ni kita buat lawatan sambil belajar ke dapur. Dapur lagi...hahha...apsal..korang boring ek? Ini dapur kesayangan aku, dapur impian aku. Buat ni pun hasil titik peluh duit simpanan aku. Takde guna satu sen duit laki tau (sebab aku kan single lagi). Jadi adalah sangat logik kalau aku sangat berbangga dengan dapur aku yang tidak seberapa gah ini tapi sangat hebat dimata dan hati nurani aku. Ok gambar dapur aku tu dah aku cerita masa kat sini.

Ini sinki aku yang biasa aje. Dapat free sebab beli set hop dan hud jenama Effegi. Jenama cabuk tapi dapat sinki free...kira ok la kan. Hahahaha...
Sebelah kanan sinki tu aku letak bahan-bahan gula, garam, minyak masak,bekas bawang, minyak zaiton dan sedikit bekas rempah yang tak muat nak masuk kabinet.
Semua bekas elok je warna putih dan merah kecuali bekas bawang je yang warna biru. Tapi bekas bawang tu bekas kesayangan aku sebab mak aku belikan masa aku mula-mula start merempat kat rumah sewa dulu. Walaupun murah tapi nostalgia tu. Bakul putih yang sebelah bekas bawang tu pula aku beli kat kedai Mr. D.I.Y je. Letak bekas minyak dan asam dalam bekas tu memudahkan aku masa nak mengemas.
Atas tempat gula garam tu adalah rak pinggan. Tinggi ooo rak ni. Kena jengket kalau nak simpan pinggan. Tapi ini tempat letak pinggan hadiah sabun Daia je. Pinggan yang aku pakai hari-hari je.
Ini pula keadaan sebelah kiri sinki. Tempat tapis air dan tempat periuk nasi. Bekas warna pink tu bakul sampah untuk sisa makanan yang ada lepas basuh pinggan mangkuk. Nak nampak ok sikit aku angkut bunga yang kat tepi tv kat ruang tamu letak kat dapur. Hahahahaha....
Bawah tempat masak nasi pula ada lagi rak pinggan. Kali ni aku buat simpan pinggan dan cawan yang aku beli kat Ikea. Set hijau tu. Hahahaha...Tiba-tiba aku rasa bila masuk rumah sendiri ni aku gila warna hijau la pula. Tapi bukan sembarangan hijau, aku suka hijau peer ni. Macam warna cat ruang tamu aku.
Rak pinggan ni ada 2 tingkat. Yang kat bawah tu aku buat untuk simpan kuali, periuk dan bekas-bekas plastik. Tapi tempat simpan ni hanya terhad untuk kuali dan periuk jenis biasa je. Frying pan, wok dgn periuk stainless steel aku simpan kat tempat lain. Yang tu nanti next entry pula. 
Inilah set dapur jenama Effegi aku. Murah je beli, ambah tolak RM1200 kalau tak silap aku. Lepas tu dapat free sinki. Jimat.
Sebelah kiri dapur tempat jug air aku. Selekeh lagi. Ada set caserol corelle kat sebelah. Set kesayangan ni. Usaha beli dan usung balik dari Langkawi tahun lepas masa gi bercuti dengan Rafeah. (Rafeah...masihkah kau ingat?)
Hujung kaunter dapur adalah peti sejuk aku. Dah 8 tahun berbakti dengan aku. So dah 2 kali la dia ikut aku pindah. Masa beli ni peti sejuk ni harga bawah RM1000 je. Sekarang ni just lampu dia je yg rosak, yang lain still in tip top condition.

Kalau nak diikutkan tempat simpanan makanan aku memang takde. Jadinya aku memang nak kena sediakan satu kabinet untuk simpanan barangan kering. nasib baik ada kabinet dapur kat bawah ni. Macam peti sejuk, dah 8 tahun kabinet ni hidup dengan aku. Tapi still ok lagi.
See...gagah lagi kan kabinet aku ni. Sebelah tu buat letak microwave, sebelah lagi letak dapur induksi. Dapur lagi...banyaknye...hahaha...ini dapur untuk backup kalau gas habis. Dulu dah pernah cerita dah pasal pantry aku dalam kabinet ni kat entri ini. Tapi kali ni aku nak tunjuk lagi details la pasal pantry aku ni.
Inilah pantry kecil aku. Buat simpan barang-barang kering. Siap letak penyerap kelembapan tu untuk elak bau hapak. Rak putih dengan bekas hijau tu aku beli kat Mr. D.I.Y je. Plan nak beli lagi tapi belum sempat nak singgah bila balik kg. Kat Kangar ni takde Mr. D.I.Y. Kurang impak la sikit.
Sebelah pantry tu ada laci tarik. Boleh buat letak botol. Aku letak botol simpan asam keping, breadcrumb dgn sagu. Bekas botol tinggi tu bekas spagetti, beli kat Daiso.

Last but not least, aku buat satu sudut untuk sarapan...konon je la. Aku dapat idea ni dari buku Impiana dan juga satu blog ni. Ape ntah blog dia...aku lupa. Hehehe...sekali lagi meja Ikea jadi pilihan aku. 
Inilah sudut sarapan aku. Belum siap sepenuhnya. Plan nak letak la carpet buat lapik kaki. Tapi tak jumpa yang berkenan (alasan). Kipas tu kipas masa kat rumah sewa dulu. Dah rumah ni semua bilik ada kipas, so aku letak kat dapur dulu. Sambil masak sambil pasang kipas. Plan nak beli kipas dinding tapi belum sempat nak beli lagi. Kalau dah ada kipas dinding boleh la start nak deko pulak.

Itulah lawatan sambil belajar kita kat dapur kecil aku ni. Ade lagi yang aku belum stori especially bahagian kabinet gantung. Fuhh!!...satu-satu la beb. Nak kena ambil gambar dulu, pastu resize pastu letak water mark. Kena ada mood dan idea menulis baru aku citer. Ok...

Friday, September 27, 2013

Meja Solek Aku

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:25:00 PM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Perghh...baru 2 3 hari tak update blog rasa macam kosong aje hidup aku ni. Kosong..kosong..ooooo....
Bila time semangat nak update blog tu, time tu la keje jadi menimbun. Hihihi....

Kali ni nak cerita pasal meja solek aku pula. Hati tu teringin nak masuk Cabaran Bulan September anjuran Fizah dari blog Susunatur Sioca, tapi tak tau caranya. Ntah-ntah dah habis dah kot tarikh tutup dia. Tapi aku nak update gak cerita ni sebab untuk bacaan sendiri bila boring.

Inilah rupa meja solek aku. Meja solek simple aje. Maklumlah 1st time ada set bilik tidur sendiri, jadi jangok la sikit. Gambar sebelum kemas aku tak ambil sebab memang buruk sangat rupenye. Malu ai...hahahaha
Meja solek aku ni terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian 1 adalah belakang cermin, bahagian 2 pula adalah tiga buah laci dan bahagian 3 pula adalah bahagian almari.
Aku tak reti nak cerita macam mana aku susun. So aku main aci tunjuk gambar aje la ek.
Ini keadaan dibelakang cermin tu. Bahagian 1. Cermin tu boleh sliding separuh je dan ada 3 rak kaca kat dalam. Rak first tu aku letak botol minyak wangi. Rak no 2 tu aku letak botol-botol bedak, toner, deodarant dll. Dan rak yang ketiga tu aku letak segala jenis ubat dalam botol, minyak angin, minyak gamat, pencungkil gigi dan cotton bud. Kat bahagian belakang cermin yang tersorok tu aku letak stok-stok kapas muka, pencuci muka dan juga bekas-bekas kecil yang aku nak simpan dan sayang nak buang lagi.

Inilah keadaannya bila aku besarkan gambar tu. Simple aje...lap-lap buang habuk pastu susun kasi elok-elok. Dah selesai.
dan juga yang ini
Ini pula kisah bahagian ke 2. Laci 3 serangkai aku panggil. Kat bawah ni rupa laci pertama aku.
Nampakkan ada macam-macam kotak dalam laci ni. 3 bekas putih sebelah kiri tu aku beli kat Daiso je. Yang pertama tu jenis panjang, aku buat letak bekas rantai tangan dan juga berus-berus mekap yang panjang-panjang tu. Yang saiz kecil 2 biji tu aku letak brooch dan pin tudung (satu bekas) dan satu bekas lagi letak lipstick mekap aku. Mekap aku takde la banyak mana pun. Maskara beli jenis sample je...tu pasal dapat yg bekas saiz lipstick. Comey. Ok..kotak biru tu pula adalah souvenir dari tempat kerja aku. Asalnya untuk diberi kepada orang tapi ada lebih, so aku ambil la. Dah lama dah simpan, tak tau nak bagi kat sape. Kotak gold yang ada riben silver tu aku buat simpan gelang tangan aku juga. Ish banyak pula gelang tangan ni tapi bukannya aku pakai pun. Hadiah kawan-kawan...aku simpan la. Yang dalam kotak Ephyra tu aku letak barang-barang yang kecil-kecil macam business kad kawan-kawan (dalam bekas ni), buku-buku bank, getah ikat rambut, bekas cincin tunang dan lain-lain lagi la. Ngam-ngam muat dalam laci ni. Itu pun aku dah terpotong penutupnya tapi aku pasang balik sebab tengok tak elok pula kalau kotak Ephyra tu takde penutup. At least kalau ada penutup tu boleh la cover keadaan berselerak dalam kotak pula. Heheheh...
Ini pula laci kedua aku. Aku buat tempat simpanan pakaian dalam. Haa...maaflah ek...aku blurkan sikit gambar tu sebab ketara la pula. Untuk divider laci ni aku guna kertas kotak yang keras tu je. Aku buat 2 divider je. Yang kotak tengah tu adalah kotak Ephyra bahagian dalam. Bahagian bawah tu pula aku lapik dengan lebihan plastik tutup meja makan aku. Aku dapat idea nak buat divider ni dari Youtube je.
Laci ketiga pula aku buat simpan tudung bawal. Pasal tudung bawal ni aku dah pernah story kat sini.

Ini nak cerita bahagian ketiga pula iaitu bahagian almari. Dalam almari ni ada 3 bahagian juga. Aku takde letak ape pun. Rak pertama aku letak tabung duit syiling je (alamak cerita kat sini nanti ada pencuri pula). Rak kedua buat simpan baju tidur. Bekas biru tu beli kat Ikea juga, lepas tu aku lipat baju tidur tu sepasang-sepasang dengan seluar and then letak dalam bekas biru tu. Nampak kemas dan senang nak ambil baju tidur yang nak dipakai. Dan rak terakhir tu aku buat simpan beg mekap untuk jalan-jalan. Banyak lagi ruang kosong ni dan sangat berpotensi untuk projek susunatur pada masa hadapan.
Oh...lupa nak cerita pula. Kat atas bahagian tiga tu aku letak bunga DIY yang pernah aku cerita kat sini. Lepas tu tempat penyangkut cekak dan gelang tangan tu pula aku ambil tempat sangkut mug yang aku beli masa study kat USM dulu. Masa tu beli sebab nak sangkut mug ramai-ramai dengan mug kawan-kawan. Bila dah masuk rumah sendiri ni, kalau sangkut mug kat situ nanti lama-lama berhabuk. Jadi dapat idea nak sangkut gelang tu lepas buat blogwalking kat satu blog ni. Dan tak lupa juga lantern putih yang aku dah lama beli since masa aku merempat kat rumah sewa dulu. Kan ke aku nak buat dekorasi bilik tidur warna putih, so haruslah lantern pun warna putih. Cuma tempat sangkut gelang tu je nanti aku nak spray gak dengan cat warna putih, baru matching dengan konsep.
Itulah cerita meja solek aku. Kat atas meja tu aku cuma letak kotak tisu dan bekas warna coklat tu yang aku jadikan sebagai drop zone untuk kunci, jam dan juga sepit rambut yang aku pakai setiap hari. Takde la istimewa sangat pun. In fact time aku taip entry ni pun meja solek aku dah kembali bersepah dan berhabuk. Hmmm....kat Perlis ni memang mudah sangat rumah tu nak ada habuk sebab dekat dengan sawah padi kot.
Nampak tak semua...hahahha...Oklah..takat ni je ek lawatan kita kat meja solek aku ni. Netx time kita melawat kat tempat lain pula.

Thursday, September 26, 2013

Aksi Semut Gelojoh

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:19:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Jom tengok aksi semut gelojoh kat rumah aku ni. Ape yang diorang nak cari pun aku tak tau. Bukan ade ape pun kat atas meja tu. Ade pin tudung je. Tapi tetap juga diorang hurung.
Nampak?....alamak tulisan tu kecil la sangat. Tapi tengok dalam bulatan tu...semut tu pi hurung pin aku. Memang gelojoh betul semut-semut ini.

Monday, September 23, 2013

Dapur Orang Bujang

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:59:00 PM 11 uncang teh
Assalamulaikum wbt.

Aku tengah layan sauna kat opis ni. Cuaca panas, aircond pulak rosak. Waktu rehat ada lagi berbaki 10 minit. So update blog la. Bukan nak sembang panjang pun, sekadar upload gambar dapur bujang aku yang simple ni.
Tengok ada hiasan kain buruk kat lantai la pula. Barang tu Alhamdulillah dah lengkap la, tapi nampak kosong je. Ohh...takde gambar utk deko. Patutlah macam bosan aje. Perlu idea untuk deko dapur pula. Help...help...

Friday, September 20, 2013

Rak Buku Ikea

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:52:00 AM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Lama dah nak beli rak buku untuk susun semua buku-buku aku. Tapi akibat kekangan budget dan masa, aku tak menyempat nak pergi jenguk kedai perabot.

Last weekend masa cuti Hari Malaysia aku kan pergi Shah Alam. Cuti lama jadi ambil kesempatan pergi Ikea la. Plan nak beli almari dresser yang aku berkenan tu. Tapi stok kaler hitam dah habis. So yang aku berjaya rembat adalah rak buku Laiva. Murah je cuma RM75. Aku beli dua unit.

Rak buku ni aku letak dalam bilik no 3. Bilik yang sekarang ni aku reserved jadi bilik untuk adik-adik bujang aku kalau diorang datang. Nak display kat ruang tamu tak sesuai sebab ruang tamu aku sempit..huhuhu...(sedih sikit).

Inilah rupe rak buku aku yang telah siap disusun.


Kalau ikutkan hati aku suka rak buku jenis Kilby ataupun jenis Billy, nampak kukuh sikit. Tapi dua-dua jenis ni sangat panjang. Tak boleh nak angkut dengan Edward de Bono aku tu. Kalau nak angkut juga kena sewa lori. Jadinya hanya jenis Laiva je yang sesuai diangkut dengan kereta aku. Itu pun aku letak kat seat belakang. Nak letak dalam bonet macam tak larat nak angkat. Berat tau, anggaran 14kg.

Rak buku Laiva ni macam kurang kukuh sikit. Tapi dia ada bekalkan sekali skru untuk ikat rak ni dengan dinding. Nanti bolehlah suruh En.Syg tolong buatkan bila dia free.

Thursday, September 19, 2013

DIY: Vase Bunga

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:16:00 AM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Asalnya daripada botol minyak ni...
Beli konon-konon nak letak olive oil macam rancangan memasak orang putih nun kat Astro, tapi last-last aku buat bekas minyak kelapa sawit je sebab botol olive oil dah cun melecun kecomelannya. Tapi penutup dia pecah la pula. Jadinya aku basuh sampai berkilat macam ni...
Bila dah berkilat tu...ape lagi cari balance bunga plastik yang guna nak buat hantaran aritu, maka jadilah macam ini pula...
Siap dah vase bunga aku. Tak perlu keluar belanja yang banyak sebab semua alatan adalah barang-barang yang boleh recycle kegunaannya semula.
Portable vase bunga, boleh diletak dimana-mana yang dilihat sesuai dengan citarasa anda, eh citarasa aku.

Perang Dengan Semut

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:33:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Sekarang ni aku dah melancarkan perang secara besar-besaran dengan semut. Segala jenis teknik dan taktik perang aku buat. Perang gerila, perang saraf, perang psikologi, perang dingin...semualah aku buat. Semua ni kerana rumah aku ni menjadi port masyarakat semut gatal yang sangat banyak.

Aku nak tanya...adakah ini sindrom rumah baru? Sebab masa rumah tengah renovate bagai takde pulak nampak semut berbaris balik dari ladang. Ini tak, pantang je ada makanan terdedah atau aku buang sampah jenis lebihan makanan, konpem tak lama mana semut hurung. 

So, inilah alat perang aku.....
Normal aje...aku guna penyembur racun aerosol dan juga cecair serai wangi. Aerosol tu aku sembut kat bakul sampah dan juga dinding serta laintai kalau nampak masyarakat semut sedang bergumbira. Yang serai wangi tu pula aku buat mop lantai every weekend (kalau rajin). Aku pernah baca satu blog ni dia bagi tau dia guna serai wangi untuk halau semut. Tapi kat rumah aku ni semut tu bukan dihalau tapi seolah-olah dijemput datang.

Takpelah, aku usaha je. Tapi kena ambil kira halaman rumah aku yang belum terurus tu. Mungkin itu juga yang menyebabkan penambahan koloni semut kat rumah aku. Wallahualam.

Wednesday, September 18, 2013

DIY: Bekas Simpanan Lebihan Minyak Menggoreng

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:41:00 AM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Rutin aku sebelum masuk tidur adalah mesti memastikan dapur aku kemas. Maklumlah dapur baru, jadi semangat nak mengemas tu still ada lagi. Hahahah...Masa kemas-kemas tu aku sempat juga fikir macam mana nak simpan lebihan minyak goreng nugget yang ada dalam kuali. Sebelum ni aku biarkan je minyak tu dalam kuali, tapi ianya amat-amat menyakitkan mata aku bila nengok kuali asik bertenggek kat dapur tu.

Jadinya malam tadi aku dapat idea untuk buat bekas simpan minyak tu. Bukan tak boleh nak letak dalam bekas biasa je, tapi selalunya bila kita tuang minyak tu mesti akan ada minyak yang meleleh keluar dan akhirnya akan menyebabkab kaunter tu terasa oily. Selalu aku akan lapik bekas tu dengan piring atau pinggan plastik. Tapi kali ni aku nak buat piring tu melekat terus dengan bekas minyak tu.

Mula-mula tu aku kumpul barang-barang yang diperlukan.
Korang nampak ape? Tudung botol mineralkan. Hahaha... Mula-mula tu aku ketuk-ketuk dulu bontot bekas aluminium tu. Bontot bekas tu dah tak sekata akibat usianya yang dah lama (aku buat bekas beku ais batu, sekali terus jadi kembung).
Ketuk-ketuk sikit bagi nampak sekata, lepas tu aku start letak gam.
Gigih betul aku time ni nak letak gam sambil nak snap gambar.
Lepas tu lekat je kat piring plastik melamine tu. Kelihatan bekas aku tu senget je. Nak bagi nampak stabil, aku letak gam banyak-banyak kat bawah keliling bekas tu (maklumlah...rod gam tu banyak lagi).

Ape guna tudung botol mineral tu? Tengok kat bawah ni.
Aku lekat penutup botol kat satu lagi piring tu. Dan hasilnya...
Sebagai pemegang penutup bekas minyak tu. Tapi bila letak satu penutup tu pemegang tu macam tak boleh nak pegang. Rendah sangat. Jadi aku tambah lagi satu penutup atas penutup sedia ada. Kali ni tak jumpa dah botol mineral kosong. Yang ada botol minyak kosong. Botol minyak pun jadilah, yang penting saiz penutup tu sama.
Nampak...tinggi sikitkan. Senang nak pegang.
Ideanya yang aku gam piring bawah bekas tu sebab nak elak minyak meleleh ke kaunter. Jadinya kalau ada minyak nak meleleh pun, ia akan meleleh dalam piring tu.
Dah siap. Selepas tu aku pun boleh masuk tidur dengan tenang dengan harapan bekas simpan minyak aku tu takkan dimasuki oleh lipas sesat dan semut yang gelojoh.
 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea