Thursday, October 10, 2013

Ultraman di Cmart Jitra

masa minum teh ~*irjune*~ pada 8:00:00 PM
Assalamualaikum wbt.

Cmart...antara pasaraya yang glamour juga kat area Kedah/Perlis. 

Weekend lepas sempat pergi melawat Cmart Jitra. Baru je buka masa bulan puasa haritu. Pergi melawat sambil menderma. Kopak duit aku. Eh...duit En.Syg. Hahahaha...(sian En.Syg).

Hari Selasa dapat breaking news Cmart Jitra runtuh. Uik!!...terkejut sekejap sebab baru je tinggal tapak kaki kat sana hari Ahad tu. Buka Youtube, betul la, dah ada Hamba Allah yang dah upload video rupanya. 

Habis cerita pasal Cmart Jitra runtuh

Aku ni jarang nak online whatsapp. Tak tau nak mencelah bila geng opis start bergebang siber. Jadi offline aje la status tu. Bila online whatsapp kat rumah, beratus yang msg masuk. Buka satu-satu nak baca tapi tak larat. Hp aku ni akan download semua picture yang di share di whatsapp dalam folder. Jadi perlu la selalu delete takut nanti tak cukup nak save picture yang aku nak snap. Bila time nak delete tu sambil-sambil la telek gambar yang ada. Hinggalah jumpa satu gambar ni (sebenarnya ada dua tapi yang satu lagi tu tak boleh nak transfer masuk laptop). Taktau nak cerita macam mana, baik tengok gambar tu sendiri.

Ya Allah, ada pula yang creative pi letak gambar ultraman kat runtuhan Cmart Jitra ni. Gelak terbahak-bahak aku. Nasib baik satu lagi gambar tak masuk laptop. Kalau tak lagi best sebab gambar tu depa letak ultraman tengah berlawan dengan raksasa Gorgon kat Cmart Jitra.

Hahahaha..lawak-lawak.

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea