Thursday, October 10, 2013

Vase Dan Bunga

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:27:00 PM
Assalamualaikum wbt.

Beli vase Ikea. Pesan kat kawan yang balik ke KL 2 minggu lepas. Bukan pesan kosong tapi hulur duit juga ok.

Rumah aku masih lagi kekurangan elemen dekorasi. Nak beli bunga takde vase. Nak beli vase tapi takde yang berkenan dihati. Kalau ada pun mahal nak mampos. Wondow shopping kat ikea.com. Jumpa vase yang berkenan dihati tapi murah. Kebetulan kawan nak balik KL and nak pergi melawat Ikea. Ape lagi...wa pesan aje la. Tak pesan banyak pun, cuma pesan vase dengan bunga je.
Aku beli satu vase Rektangel dan 2 vase Olik. Aku ingat saiz 21cm untuk vase Rektangel tu besar la, rupanya kecil je. Hmm...silap tengok ukuran. Bunga matahari warna purple dan merah tu pun pesan beli kat Ikea juga. Pulunkan. Bukannya takde kat kedai bunga biasa ataupun kat Romantika ataupun kat Rainbow. Tapi sebab dah berkenan dengan bunga kat Ikea pesan juga la kat kawan aku tu suruh beli.
Kalau bunga matahari tu aku beli kat Ikea, tapi bunga orkid pelesu tu aku beli kat Romantika je. Bunga-bunga aku tu batangnya sangat la panjang. Haip...batang bunga ok. Terpaksa la aku potong sedikit dan kasi bengkok. Rugi. Beli mahal-mahal termasuk batang dia tapi end up kena buang sikit. Kalau tak dipendekkan nanti tak sesuai dengan saiz vase yang comel itu.
Buat sementara waktu aku letak atas meja makan tu. Terbias dek cermin di dinding, nampak cantik la pula (oh! puji diri sendiri la pula...cett). Aku ingat nak usung satu vase Olik tu ke opis aku. Tapi opis pula belum kemas cantik-cantik lagi. Haiyyaaa....
Snap gambar malam-malam tak cantik. Guna kamera hp, macam tu la. Pagi tadi sebelum datang keje sempat snap satu dua picture. Barulah warna bunga orkid tu menyerlah.
Sayang pula picture ni. Snap banya-banyak kalau tak tempek dalam blog rasa rugi pula. Jadi tempek lagi bagi semua orang meluat. Hahahaha...
Ok..sudah. Bukan orang lain yang meluat. Tapi aku sendiri yang meluat tengok gambar bunga banyak sangat. Hahahaha....

2 uncang teh :

Fizah said...

bunga orkid ni mmg cantiklaaa...kalu yg real punya mahal kemain, susah pulak tu nak bela..ni yg plastik pun dah ok sgt..comeyyyy ;)

~*irjune*~ said...

tq Fizah...
orkid real memang mahal lagi2 kalau yang jenis payah nak jumpa. beli bunga plastik tu kat Romantika je. Banyak pilihan warna, tapi pink kuning nampak lagi sesuai dengan rumah. Hehehe..

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea