Friday, October 11, 2013

Kain Untuk Baju Nikah

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:33:00 PM
Assalamualaikum wbt.

Weekend lepas ajak En.Syg outing ke Alor Star. Plan nak survey kain untuk buat baju nikah. Kalau ada yang berkenan terus beli. Oleh sebab bulan lepas pernah survey kat Jakel, so kali ni punya outing nak pergi ke Gullatis dulu.

Masuk Gullatis mata jadi rambang. Kain cantik-cantik, harga pun sangat-sangat menarik (mahal). Cari juga warna hijau yang berkenan dihati tapi takde. Oh..dah tau nama hijau tu, sage green. Tapi takde. Yang ada cuma green apple je. Plan awal nak beli kain chiffon terpaksa dilupakan bila warna dan corak yang disukai tiada yang berkenan dihati. Kalau ada pun harga dia melebihi budget. Nanges.

Aku dah nak tarik En.Syg keluar dah time tu. Nak gi jenguk Jakel pula. Tapi akak Gullatis pujuk lagi suruh tengok kain lace. Lining still lagi satin warna hijau apple. En.Syg cakap lace pun ok. So bagi peluang kain lace pula. Akak Gullatis keluarkan kain lace yang cantik dan sesuai dengan budget. Lace bermanik. Nampak cantik dan elegan. Aku berkenan hijau yang dull sikit. Sebab sedar kulit tak putih-putih melati. Tapi akak Gullatis syorkan hijau yang terang sikit. En.Syg pun setuju, dia kata cantik. Pejam mata pilih aje warna pilihan En.Syg. Belajar untuk terima pendapat orang kan. Macam ni la. Tapi hati tetap sedih sebab warna yang dicari tak dijumpai. Lagi sedih sebab lining satin warna hijau epal tu tak sesuai dengan kulit En. Syg.

Balik rumah memang tak puas hati lagi. Keesokkan hari minta tolong pakcik Google cari design yang sesuai dengan jenis kain. Jumpa la beberapa patern baju yang berkenan dihati. Itu pun sambil-sambil pujuk hati kata kain lace tu cantik bila dah siap jadi baju. Teringat ayat mak sebenarnya. Baru hati rasa lega.

So, inilah kain untuk baju nikah aku. Dari sage green ke apple green. Untuk En.Syg pula weekend ni baru nak gi cari kain lain pula untuk baju melayu dia. 
Cantik ke? Any komen?

4 uncang teh :

cik hani said...

Bg sy warna tu cantek jugak.insyaallah cantek bila jadi baju.dihiasi dgn pemakaian veil...manik..bunga tangan.. Mmg cantik.

~*irjune*~ said...

thanks cik hani...
warna tu mmg cantik cuma sy risau tak sesuai dengan tona kulit saya. takut nnt warna baju lagi menyerlah dari si pemakai...hehhehe

Rafeah Sapari said...

If u are confident u can pull off any colour. Anyway ko da beli pun. Make it a beautiful baju la. Kalo terang sangat, mix n match your selendang/tudung la to soften the colour

~*irjune*~ said...

Aku beli tudung warna cream

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea